SPECIAL CHAPTER 5 : HAKIMI × AYISHA

798 28 0
                                    

Bismillah...sorry for the long hiatus. And sorry for the late update. Nothing to care. I just go for a long time due to my upcoming examinations. Again, i'm sorry!
-
LAMBAIAN seseorang membuatkan angan-angannya terbantut.

"Amboi, jauh termenung!" Tegur gadis itu. Ayisha mengelengkan kepala melihat sengihan lelaki di hadapannya ini.

"Yang awak senyum-senyum ni kenapa? Angan-angan apa sampai jadi macam ni?" Soalnya sangsi.

"Angan-angankan hari nikah kita." Hakimi senyum lebar kerana dapat mengenakan  kekasih hatinya.

"Nak saya cia-cia ke?" Hilang terus senyuman di bibir Hakimi.

"Ala awak ni, saya nak jadi romantik ni." Hakimi bersuara kendur.

"Awak tak perlu nak jadi romantik untuk saya. Asalkan awak jadi diri awak sendiri dah cukup untuk saya. Dan setia, itu je yang saya nak." Ucap Ayisha. Perubahan wajahnya yang ketara membuatkan Hakimi merenungnya.

"Isha, saya nak awak tahu, tak ade siapa yang boleh gantikan awak dalam hati saya. Walaupun awak nampak saya selalu mesra dengan perempuan, awak, arwah ummi dan adik saya sentiasa nombor satu dalam hati saya." Ucap Hakimi ikhlas.

"Terima kasih Kimi, awak terlalu baik untuk saya. Awak buat saya terlalu bahagia. Dan saya bersyukur Allah kurniakan awak untuk saya." Balas Ayisha.

"Jom, jangan nak buat drama pulak. Kite pergi makan dulu. Lepas tu kite pergi shopping." Ajak Hakimi ceria. Ayisha senyum dan akur.
-
"ISHA." Panggilan seseorang membuatkan dirinya menoleh.

"Ye mak, ada ape?" Tanya Ayisha lembut lalu menuju ke katil.

"Isha." Ibunya memanggil lagi dan kini semakin kendur.

"Mak, kenapa ni?" Suara Ayisha kedengaran menunjukkan dirinya risau.

"Isha, mak dah banyak susahkan Isha. Maafkan mak." Ibunya menangis tanpa henti.

"Mak, mak tak pernah susahkan Isha. Cuba cakap dengan Isha. Kenapa ni?" Soal Isha lembut.

"Pemilik rumah sewa ni nak kita bayar hutang rumah 3 bulan hujung minggu ni. 3 bulan Isha. Semuanya $3000 Isha." Luluh jantung Ayisha yang mendengarnya.

"Bukan tu je Isha. Hutang mak pada along untuk beli barang keperluan kita, sebenarnya, mak tak bayar lagi. Sekarang, semua $1000." Sekali lagi, hampir saja Ayisha jatuh ke lantai. Kakinya, tangannya dan seluruh tubuhnya bergetar hebat.

"Mak, mak jangan risau. Isha janji Isha akan cari duit untuk selesaikan semua hutang kita." Senyum Ayisha.

"Tapi macam ma-"

"Takpe mak, Isha akan cari cara Isha sendiri. Yang penting, mak jaga kesihatan mak. Kalau mak tak sanggup kerja, biar Isha je kerja. Isha sanggup berhenti belajar." Tekad Ayisha.

"Jangan Isha. Keluarga kite tinggal kite berdua sahaja lagi. Kalau Isha berhenti belajar, macam mana kehidupan kite?" Sedih wajah ibunya.

"Yelah mak, Isha tak akan berhenti belajar. Isha janji Isha akan cari duit. Mak sabar ye." Ujar Ayisha tenang.

Di sebalik ketenangan senyumannya, terselit 1001 duka yang tidak mampu di ungkap. Macam mana dia nak dapat duit dengan jumlah sebesar itu dalam masa seminggu?

'YaAllah, bantulah hamba mu ini.'

Saat-saat itu, dia teringat pada Hakimi. Tak! Dia tidak boleh meminta pertolongan lelaki. Cukuplah di sekolah menengah lelaki itu seringkali membantunya. Lagi-lagi, lelaki itu baru sahaja kehilangan ibunya yang tercinta.
-
AYISHA berlari dengan cepat keluar dari pagar kolej itu. Jikalau boleh, dia tidak mahu bertembung dengan Hakimi. Dia tidak mahu dirinya gagal memgawal perasaan. Sudah hampir 5 hari dia bekerja menjual barang-barang buangan namun, hasilnya tidak memadai usahanya.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now