BAB 53-KECEWA

1.6K 47 3
                                    

Bismillah...🤗Short update only, sorry
-
DINDING bilik di tumbuk geram. Tangannya yang sakit di biarkan. Baginya, hatinya lagi sakit di perlakuan sebegitu oleh Syifa. 5 tahun dia menunggu gadis itu. 5 tahun dia setia. Tapi akhirnya? Semuanya sia-sia.

"Kenapa Syifa? Kenapa kau buat aku macam ni!" Haiqal meraung kuat. Hatinya rasa seperti di persiakan. Kenapa Syifa beri Haiqal peluang sedangkan dia ada niat untuk membuat hubungan ketika dia pergi?

"Aku benci kau! Aku benci kau Syifa Aulia Nur Hasanah!" Kali ini dia tekad, tiada lagi nama Syifa Aulia Nur Hasanah dalam hatinya. Tapi itu cuma kata di mulut, hatinya pula macam mana?
-
SYIFA termenung di ruang balkoni. Selalunya saat-saat begini Haiqal akan turut berada di balkoninya. Tapi kini, semuanya tiada. Haiqal seperti sudah mula mengelak dari dirinya.

'Ya Allah, apa patut aku lakukan?' Rintih hati Syifa.

"Dik." Terhinjut bahu Syifa akibat terkejut dengan suara itu.

"Abang, bila abang ada kat sini?" Soal Syifa dengan nada terkejut bila melihat Nasrul ada di belakangnya.

"Dah lama abang kat sini. Sempat jugaklah tengok adik termenung. Macam nak tembus je rumah jiran tu adik tenung." Gurau Nasrul namun tidak membuat Syifa ketawa.

"Rumah tu...rumah Haiqal." Keluhan terlepas. Nasrul hilang kata. Patutlah Syifa macam takde mood.

"Nanti abang tolong korang baik semula." Senyum Nasrul. Syifa menggeleng.

"Takpelah, bang. Ini masalah kami berdua. Terpulang pada Haiqal. Kalau dia nak maafkan adik, maafkan. Kalau dia nak berdendam dengan adik, he's the one who choose it." Sekali lagi, Nasrul terdiam.

Kenapa kuat sangat hati adiknya itu? Kenapa dia tak pernah nak tunjuk kesedihan dia? Kenapa tak pernah nak bagitahu masalah dia? Kuatnya hatimu, wahai Syifa Aulia Nur Hasanah.
-
HON KERETA dari luar rumah kedengaran. Ianya membuatkan Syifa keluar dari rumah. Pagar di buka menggunakan alat kawalan jauh. Dan orangnya ialah Carl.

"Assalamualaikum." Ucap Carl. Carl islam okay.

"Waalaikumsalam Carl. Err, kita duduk luar jelah ye. Abang semua pergi kerja." Carl akur. Takkan nak bedua-duaan dalam rumah je kan. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah.

"Oh ye, Qaira dah pergi tadika ke?" Soal Syifa.

"A'ah baru je dalam pukul 8 tadi. Ni pukul 11 nak kena ambil dia. Nak balik macam tak ada guna je. Jadi lebih baik saya datang melawat awak." Ucap Carl dengan senyuman.

"Oh. Eh, Allah! Tuan rumah macam apalah saya ni tak buatkan air untuk tetamu. Kejap ye." Carl mahu menghalang tapi Syifa lebih pantas berlari ke dapur.

Carl hanya termenung. Memikirkan hal yang berlaku beberapa hari lepas di lapangan terbang. Lelaki itu adalah bekas tunang Syifa. Dan dorang bergaduh? Maksudnya...

'Aku ada peluang ke nak rebut hati Syifa?'
-
SYIFA membawa dulang berisi seteko teh panas bersama 2 cawan kecil. Dia meletakkan di atas meja berhadapan dengan Carl. Dia menuang teh itu kedalam cawan sebelum di beri kearah Carl. Takkan nak bagi cawan kosong je kan?

"Carl, minumlah." Pelawa Syifa. Carl hanya mengangguk.

"Hati-hati, panas tu." Namun semuanya terlambat. Carl yang dahaga, terus menghirup laju. Akibatnya, lidah serta bibir kepanasan. Cawan yang di pegang Carl hampir panas.

"Ah ah, panas!" Jerit Carl. Syifa yang gelabah mengambil cawan dari tangan Carl. Syifa mengambil sehelai tisu lalu melap pada mulut Carl yang sedikit basah akibat teh tadi.

"Tu lah. Lain kali hati-hati." Syifa masih melap mulut Carl. Carl pula kelu dengan tindakan Syifa.

"Astaghfirullah, maaf Carl. Tak sengaja." Syifa bagai baru tersedar dengan tindakannya.

"Err haha, eh takpelah. Kau kan tak sengaja." Carl ketawa menghilangkan rasa kekok.

"Elah, buat apa nak malu-malu. Suami isteri kan?" Sinis seseorang berbicara. Syifa memandang dengan riak biasa namun hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Carl pula memandang riak hairan.

"Lah bisu pulak. Tak sangka aku yang aku ni bercakap dengan orang kurang upaya." Sindirnya. Hati Syifa bagai sudah retak. Itu bukan hanya sindiran tapi seperti hinaan.

"Tak nak aku keluar dengan kau petang nanti." Syifa baru teringat. Sahabat-sahabatnya ingin bertemu. Mungkin sahabat yang lain sudah tahu. Dia sendiri yang mengarahkan Insyirah untuk memberitahu semuanya.

"Qal, walaupun tak nak keluar dengan aku, sekurang-kurangnya ingat pada sahabat kita yang nak jumpa kau." Syufa bersuara.

"Oops! Pembetulan, sahabat aku. Aku tak nak ada orang yang bagi harapan palsu jadi sahabat aku." Selepas ayat itu, terus saja Haiqal berlalu pergi.

Syifa menunduk. Ini bukan kali pertama dia di sindir, di hina seperti itu oleh Haiqal. Malah setiap kali bertembung ada saja ayat yang tidak enak di dengar di ungkapkan.

Carl pula jatuh simpati pada Syifa. Hampir saja penumbuk melayang ke muka Haiqal namun dia masih waras. Dia perlu lakukan sesuatu. Demi kebahagiaan Syifa.
-
Bersambung...

Op op op, apa Carl nak buat tu?

Hmm...korang team siapa?

#QalLia = Haiqal + Syifa(Lia = Aulia)

#RilIfa = Khairil + Syifa

#CarlSyifa = Carl + Syifa

Stay tuned for next chapter😉

Hm, double or triple?

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now