BAB 45-BALIK KAMPONG

1.4K 56 2
                                    

Bismillah...💜
-
UDARA yang segar itu di hirup. Sudah lama rasanya tidak menjejak kaki di kampong itu. Kali terakhir sewaktu cuti sekolah tahun lepas.

"Adik, dah-dahlah tengok sana tu. Petang nanti kita keluar. Jom masuk." Ajak Rayqal. Dia menolong membawa beg adiknya naik ke dalam rumah.

"Assalamualaikum! Tok ma! Tok pa! Opah! Kami datang ni!" Jerit Nazmi bila kakinya menjejak ke dalam rumah. Nanti masuk sesuka hati di cop pencuri pulak.

"Waalaikumsalam, ya Allah, cucu tok!" Sahut Haji Ahmad.

"Eh, dah balik? Kenapa tak bagitahu?" Muncul pula Hajah Raifah dengan senduk di tangan. Tengah masak tadi.

"Saja." Balas Nazim selamba. Bahunya di tepuk perlahan.

"Saja, saja." Marah Hajah Wajilah yang turut berada di situ. Selepas kematian suaminya, Haji Imran, dia tinggal bersama besannya di kampung itu. Manakala rumah dia tinggal dulu di biarkan saja. Tidak mahu di jual. Katanya banyak kenangan di situ.

"Dah-dah, kamu rehat dulu. Tentu penatkan perjalanan kamu. Bukannya bandar tu dekat." Ujar Hajah Raifah.

"Yang penatnya Az, Zim, Zi dengan Shah, tok ma. Kitaorang yang pandu. Dorang tahu tidur je. Tadikan, Rafiq dekat kereta tidur sampai meleleh air liur dia." Adu Shahrul. Dengan Tok ma dia je dia manja.

"Adik pun tak tidur tadi. Hadap jelah mulut abang Az yang pok pek 24 jam ni." Beritahu Iman.

"Ha Iman, tak nak rehat ke? Kan berbadan dua tu."

"Iman okey je. Lagipun kandungan ni masih awal." Dalih Iman.

"Dah pergi bilik masing-masing. Kamu nak jalan-jalan ke petang ni?" Tanya Hajah Raifah lagi.

"Ifa nak pergi tengok air terjun tengahari ni." Beritahu Syifa. Ifa ialah panggilan namanya pada saudaranya.

"Dengan siapa?"

"Sorang kut. Lagipun abang nak rehat kan? Lagipun Ifa kan dah biasa sorang-sorang." Semua angguk saja mendengar kata-kata Syifa itu.

"Tok ma, kitaorang masuk bilik dulu." Pinta Nazmi. Lalu semua masuk ke dalam bilik masing-masing dimana bilik itu sering digunakan sewaktu pulang ke kampung.
-
Skip petang...

PETANG itu, Syifa mengenakan baju t-shirt labuh bewarna kelabu dan seluar sukan bewarna hitam. Tudung pula hanya tudung masuk Hajra sahaja kerana tidak mahu berlebihan. Alah joging dan tengok air terjun je kut.

Badan Syifa yang kurus seperti lempeng itu membuatkan t-shirt saiz M itu kelihatan longgar. Syifa keluar daripada bilik. Jam dinding ditilik. Sudah pukul 4 petang. Lagi beberapa jam hendak berbuka. Dia akan balik cepat untuk menolong apa yang patut.

"Pergi dulu!" Jerit Syifa lalu memakai kasut sebelum pergi.

Syifa berjalan dengan berhati-hati ke kawasan air terjun yang jaraknya mengambil masa hampit setengah jam. Sesudah sampai, dia memghirup udara segar. 'Indahnya ciptaan-Mu, ya Allah.'

"BAH!" Seseorang mengejutkannya dari belakang sehingga membuat dirinya hampir terjatuh ke air deras disitu namun pinggangnya sempat di paut.

Jantung? Jangan cakap, berdebar habis. Rasa macam nak keluar je jantung bila hampir dia masuk ke dalam air. Dahlah trauma lemas. Haih...dia melihat gerangan yang memaut pinggangnya dan mengejutkannya.

Khairil Izzan! Ingat? Sepupu Syifa iaitu anak kepada abang walidnya merangkap paklong Syifa.

"Weh kau okey tak Fa? Sorry wei. Aku tak tahu pulak kau terkejut sangat." Khairil berkata dengan cemas selepas melepaskan pautan Syifa.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now