SPECIAL CHAPTER 3 : FAUZI × MAISARA

810 29 0
                                    

Bismillah...this chapter, Ly nak minta maaf sangat-sangat sebab Ly tahu ia akan hambar. Sebab plot yang Ly fikirkan sekarang ni, sumpah SIMPLE. InshaAllah Ly akan cuba untuk buatkan ia sedikit feeling. I guess😅
-
Zaman kolej

"SARA! Tunggulah!" Jerit Fauzi yang sedang mengejar langkah Maisara.

"Apa awak nak ni, Zi? Sara penatlah." Fauzi mengeluh. Dia tahu salah dia kerana terlalu melayan perasaan sehingga membuat Maisara merajuk sehingga sekarang.

"Zi minta maaf. Zi tak ada niat nak marah Sara. Masa tu, Zi marah sangat sebab tengok Sara bermesra dengan Zaid." Ujar Fauzi lembut.

"Zi, Sara jumpa Zaid sebab nak pulangkan buku yang Sara pinjam dari dia. Kan dia ada dalam kumpulan Sara nak bentang tajuk kedua, kelas prof Hadi. Takkan Zi tak ingat?" Suara Maisara berubah kendur.

"Ye, Zi ingat. Sebab tu Zi nak minta maaf sebab banyak tuduh Sara bukan-bukan." Kendur saja wajah Fauzi. Maisara senyum.

"Ye, Sara maafkan Zi." Fauzi senyum girang. Dirinya beruntung mendapat kekasih seperti Maisara.

"Eh Zi, Sara kena balik ni. Sara kena jemput adik Sara balik sekolah. Sara balik dulu tau. Assalamualaikum." Sejurus berkata begitu, Maisara berlalu pergi.

Fauzi membalas salam seraya senyum. Bahagia. Ye, dia sangat bahagia.
-
Zaman bekerja

"Assalamualaikum Zi, maaf Sara lambat. Tadi Iman minta tolong cover dia sekejap." Sapa Maisara.

"Waalaikumsalam, takpe Zi faham. Dokter mestilah busy, kan?" Balas Fauzi.

"Thanks, Zi sebab faham kerja Sara. Zi macam mana kerja? Photographer takkan tak sibuk?" Soalnya.

"Sibuk tu, sibuk lah juga tapi ada masa yang benar-benar sibuk. Tapi kalau masa rehat, kami wajib rehat. Sebab rehat tu sekali je setiap shif. Kalau ponteng masa kerja memang nasiblah kena buang kerja."

"Ooo macam tu. Ni, kenapa Zi nak jumpa Sara? Macam hal penting je." Tanya Sara lagi.

"Sebenarnya, malam ni Zi nak luahkan sesuatu." Hati Sara berdegup kencang.

'Lahai duhai hati, janganlah mengharap sangat.' Getus hati Sara.

"Maisara Raihana binti Haji Khalid, saya tak tahu kenapa masa pertama kali kita bertembung mata, jantung saya berdegup kencang macam berlari maraton tanpa henti. Mata awak, buat hati saya tak keruan. Perangai awak yang sopan santun, hormat ayah dan ibu awak buat saya tertarik dengan awak. Selama saya bersama awak, saya- saya tahu yang awaklah bakal zaujah yang terbaik buat saya."

"Maisara Raihana binti Haji Khalid, dengan bersaksikan langit dan bintang, sudi tak awak menjadi zaujah sehingga akhir hayat saya?" Sara terkedu dan terharu. Air mata kegembiraannya jatuh.

"Setuju. Terima kasih Zi, Sara terharu sangat."

"Sara, Zi ada nak cakap lagi." Potong Fauzi.

"Apa dia?"

"Sara tahu abang kembar Zi, kan?"

"Yang mana? Nazmi ke?" Soal Sara. Setahu Sara, Fauzi ada dua abang kembar. Tapi dia hanya mengenali Nazmi sahaja.

"Tak, yang kedua, Nazim."

"Kenapa dengan dia?" Fauzi menarik nafas sebelum menceritakan kisah Nazim pada Sara.

"YaAllah, kesiannya dekat dia. Habistu sekarang dia macam mana?" Sara bersimpati atas nasib yang menimpa Nazim.

"Dia jadi dingin sejak tu. Tapi Zi tahu, yang ada seseorang yang dah bertakhta di hati dia. Petang tadi, Zi nampak dia dengan seorang perempuan. Mesra sangat. Zi pergi dekat meja belakang dia. Zi dengar semua perbualan dia. Zi tahu, dia tak mudah berbual dengan perempuan. Tapi, Zi yakin yang hati dia dah terbuka, hanya untuk perempuan tadi." Cerita Fauzi.

"Jadi, Zi nak buat apa?"

"Em, macam ni, Zi ingat nak buat akad nikah sekali dengan dia. Sara okey tak?"

"Sara okey je, takde masalah pun."

"Sara sanggup tunggu Zi, kan?"

"Kalau tak sanggup, bukan namanya memahami. Setiap pasangan kan perlu ada sikap memahami antara satu sama lain." Fauzi menarik nafas lega.

"Terima kasih sebab faham Zi."

"Sama-sama." Fauzi senyum. Dia sangat bahagia di temukan dengan Sara. Semoga takdir mereka menyatukan mereka sampai bila-bila.
-
Bersambung...

Again, sorry sebab lama tak update.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Saya susun sepuluh jari memohon maaf kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa dan ada membuat perkata yang menyakiti hati semua. Sekali lagi, happy eid mubarak🤗

Next update: selepas raya inshaAllah

Special chapter 4: Shahrul × Damia

*macam mana mereka kenal
*hubungan mereka
*melamar

Simple je, tak hebat mana. Tapi, akan ada kejutan pada bab seterusnya di mana Ly akan ceritakan konflik sekali. Sekali lagi, Selamat hari raya aidilfitri❤

Gadis BiasaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz