BAB 56-NOTHING CAN STOP ME

1.6K 57 7
                                    

Bismillah💚
-
KEADAAN Syifa sudah stabil namun belum pada fizikalnya. Syifa masih nampak pucat dan seringkali batuk. Kadang bukan saja batuk biasa, tapi batuk darah. Mengikut dokter peribadi Syifa, kanser Syifa semakin teruk.

Syifa cuba untuk menjauhkan dirinya daripada Haiqal. Dia tidak mahu sesiapa sedih dengan pemergiannya satu hari nanti. Dokumen di tangannya di bawa. Sampai di satu simpang laluan, Syifa ternampak Haiqal yang sedang berbual dengan pesakit warga emas.

Layannya yang lemah lembut pada warga emas itu membuatkan hatinya cair. Lamunannya terhenti bila jari di petik di hadapannya. Matanya terkebil-kebil melihat susuk tubuh Haiqal di hadapannya kini.

"Dah puas tenung saya, cik Syifa?" Haiqal ketawa kecil. Tak sangka Syifa memerhatinya dari jauh.

"Err, se...sejak bila k..kau ada dekat sini?" Tergagap Syifa menyusun ayatnya.

"Hm, mungkin beberapa minit sebelum awak tersedar dari tenung saya sedari tadi." Pipi Syifa memerah.

"Eh, dia blushing." Usik Haiqal. Syifa tidak betah di situ. Dia terus berlalu pergi.

"Kejap Syifa." Haiqal menarik tangan Syifa.

"Haiqal jangan peganglah!" Marah Syifa.

"Kenapa muka kau pucat? Kau demam ke? Dah tahu sakit tak payahlah datang kerja." Soal Haiqal bertalu-talu.

Entah kenapa Syifa rasa hendak mengeluarkan air mata. Terharu mungkin. Namun, otaknya masih ligat memikir. Apa reaksi Haiqal bila dia tahu yang Syifa sakit?

"Syifa, kau okey tak?" Tegur Haiqal. Muka Syifa berubah dingin.

"Qal, boleh mau tolong aku?"

"Aku akan cuba selagi aku mampu."

"Tolong, jauhkan diri kau dari aku. Jangan pernah bercakap dengan aku kecuali hal kerja. Jangan pernah nak tolong aku selagi aku masih mampu tolong diri aku. That's all, senangkan? Aku pergi dulu." Syifa meninggalkan Haiqal yang masih terkedu.

'Apa yang berlaku pada kau Fa? Huh, ingat dengan arahan kau aku akan berhenti kejar kau? Never, my dear. Nothing can stop me.'
-
PAGI ITU, mereka sekeluarga meluangkan masa bersama. Memandangkan waktu itu hujung minggu, mereka semua tidak bekerja. Syifa pula bekerja syif malam.

HON! HON!

Bunyi hon menarik perhatian mereka ke luar tingkap. Banyak kereta yang berada di luar pagar. Ada juga beberapa orang di situ. Dan mereka dapat menangkap susuk tubuh yang amat mereka kenali. KELUARGA HAIQAL!

Nazmi keluar membuka pagar lalu menjemput mereka masuk. Keluarga Syifa hanya mempamerkan wajah yang ketat serta dingin.

"Apa tujuan kamu kesini?" Soal Nazmi sebagai ketua keluarga.

"Kami kesini membawa hajat. Ingin meminang Haiqal untuk Syifa." Ujar Haji Umar.

"Tak, saya tak setuju." Bantah Firhad pantas.

"Firhad, duduk." Arah Nazmi tegas.

"Tapi kenapa? Dia dah hina adik saya sekarang nak ikat adik saya semula?" Sinis soalan Nazmi. Haiqal memberanikan diri tampil kehadapan.

"Saya nak kahwin dengan Syifa ikhlas. Saya akan tebus segala kesalahan saya semula. Saya harap pinangan ini di terima." Ujarnya. Semua terdiam. Semua mata memandang kearah Syifa. Menanti jawapan dari pihak wanita.

"Abang berilah apa keputusan abang. Adik akan hormat keputusan tu. Asalkan ianya baik untuk semua orang." Syifa senyum nipis sebelum berlalu naik ke bilik.

Dia hanya menunggu untuk mendengar apa jawapan yang di berikan pada para rombongan Haiqal itu. Dan ternyata, jawapannya ialah ya.
-
HARI ITU, mereka pergi ke sebuah butik pengantin. Lagi sebulan mereka bakal di satukan. Saiful dan Nasrul turut bersama mereka. Bak kata Syifa, Saiful dan Nasrul perlu ada memandangkan Haiqal dan dia belum halal.

"Eh kau ni, tak paham bahasa ke? Adik aku ni nak kahwin bukan pergi fashion show!" Suara Saiful yang memekak sedari tadi kedengaran.

Mana tak memekak? Pekerja butik itu memberi baju lengan pendek pada Syifa. Tambahan lagi berwarna merah. Apehal?

"Kau ni, berapa kali aku nak ulang. ADIK AKU NAK KAHWIN. Bukan nak bekabung. Yang kau bagi baju warna hitam asal?"

"Urgh, pendek sangat. Kau ingat adik aku nak pergi kelab malam ke?"

"Buat apa nak pakai jaket bagai untuk tutup lengan? Ei, macam mana bos kau boleh ambil kau kerja hah?!"

Kesian pekerja itu menjadi tempat amarah Saiful.

"Sai, kau kenapa marah-marah ni? Datang bulan ke?"

"Datang bulan ngok kau! Takkan kau nak biarkan waktu kau kahwin nanti isteri kau tak tutup aurat?" Marah Saiful. Haiqal ketawa melihat muka marah Saiful. Berbeza dengan Nasrul, nampak tenang saja.

"Abang." Suara Syifa kedengaran. Mereka semula menoleh. Saat itu, mereka bagai di jampi. Badan bagai dijadikan ais. Beku tidak bergerak. Lidah bagai kelu seribu kelu.

Syifa yang memakai jubah labuh pengantin bewarna baby pink dikenakan pula dengan shawl sama warna. Sangat padan.

"Err, kenapa tengok adik macam tu? Baju ni tak elok ke? Kalau macam tu adik tukar dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Err, kenapa tengok adik macam tu? Baju ni tak elok ke? Kalau macam tu adik tukar dulu." Syifa berura-ura ingin masuk kembali ke bilik penukaran pakaian.

"Eh eh adik. Tak. Adik nampak...cantik sangat." Puji Saiful. Haiqal masih terdiam.

'Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu.' Pujinya tapi hanya di dalam hati. Malu nak luah.

"Hah, dahlah tu tenung adik aku. Lepas kahwin nanti tenunglah puas-puas." Tegur Nasrul. Dia menahan ketawa melihat Haiqal dan Syifa yang sudah memerah mukanya.
-
Bersambung...

Allahu, sorry sangat-sangat sebab pendek. Dan maaf sangat-sangat sebab dah lama tinggalkan Aku Hanya Seorang Gadis Biasa.

Almaklum dah sekolah. Tahun ni exam kelayakan. Every week confirm ada test yang diadakan. So i need to focus. Korang faham kan macam mana hidup pelajar yang nak exam besar ni.

Disebabkan story ni pendek, biar saya promote story yang korang boleh baca sambil tunggu may story update.

Story by:

FAzzahrah

1. The Hidden
2. The Real
3. Quotes Space
4. A Girl With Red Dragon

__sweetypie

1. Mission V.S Love

Story dorang, best gilerr!!!!! Confirm korang rasa macam tertunggu-tunggu untuk update dorang. Baca tau, lepas baca tu vote. Lepas vote, komen. Okay itu saja, assalamualaikum👋

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now