BAB 28-MANJA

1.7K 61 0
                                    

Bismillah
-
PAGI yang cerah di sinari oleh matahari. Kedengaran burung berkicauan bersama embun seperti baru selepas bumi ini di basahi hujan. Hari ini, hari terakhir berada di sekolah sebelum cuti. Manakala besok, mereka akan mengadakan Sukan Ria di sebuah padang khas.

Langit di tenung. Tenang rasa hati. Memandang hari ini hari terakhir sebelum cuti, mereka di beri kebebasan untuk keluar dari kelas. Untuk tingkatan 3, 4 dan 5 sahaja. Lagipun pelajar tingkatan 1 dan 2 sudah mula bercuti

Tidak ramai yang hadir pada hari itu. Syifa juga rakannya lain hanya hadir walaupun tiada apa yang bakal di pelajari. Syifa duduk keseorangan di taman berdekatan kolam ikan sekolah. Di situlah tempat paling tenang di sekolah itu. Tempat kedua paling tenang ialah rooftop.

Hari ini pula, latihan sukan di tiadakan. Motifnya supaya para pelajar dapat release tension dan mendapat tenaga sewaktu bermain besok. Nak tahu mana rakan Syifa pergi? Insyirah pergi ladies. Ain dan Iqah lepak dekat kantin dengan Mika juga Muiz. Saiful tak tahu. Haiqal? Dia pergi jumpa guru disiplin.

(#otakLyjammed)😅

"Dekat sini rupanya adik." Terkejut Syifa di buatnya. Orang islam ke bukan main tegur tak bagi salam. Syifa jeling. Siapa lagi nak panggil dia adik dengan mengejut kalau bukan Saiful?

"Abang ni suka buat adik terkejut." Rungut Syifa lalu mencebik mulutnya 2 inci😂

"Hah hah, cebik lagi mulut tu panjang-panjang. Dapat gantung baju." Saiful berloyar buruk. Syifa menjeling.

"Hah jeling lah lagi. Juling nanti mata tu baru tahu." Usik Saiful lagi.

"Hish abang ni...suka kacau Syifa. Bagitahu abang Ray." Rengeknya manja serupa kanak-kanak 5 tahun tidak di belikan mainan yang di inginkan.

Jap, nak share urutan abang yang Syifa rapat.

1. Saiful
2. Rayqal
3. Fauzi
4. Rafiq
5. Shahrul
6. Hakimi
7. Nazmi
8. Nazim
9. Firhad

Done!

"Manja!"

"Biarlah." Marah Syifa pula.

"Hm, adik buat apa kat sini?" Soal Saiful mengubah topik.

"Kenapa? Tak boleh ke adik duduk sini?" Suara manjanya itu membuatkan Saiful merenungnya tajam.

"Takdelah. Saje ambil angin." Sekarang nada suara Syifa kembali biasa. Tidak lagi ada rengekan manja.

"Abang datang sini buat apa?" Tanya Syifa pula.

"Aik, macam tak suka je abang kat sini?"

"Memang tak suka pun. Macam sesak nafas bila abang ada kat sini." Gelak terus Syifa di buatnya.

"Amboi-amboi adik ni. Memang nak kena." Lalu bermula sesi kejar mengejar antara suami eh silap! Antara adik beradik kembar itu.

Satu masa, Syifa silap langkah lalu terjatuh. Saiful mendekatinya. Bukan untuk menolong tetapi menggeletek tubuh Syifa. Bergema ketawa Syifa di buatnya.

"Ya Allah korang ni! Gila ke apa!" Sampuk satu suara. Mereka berdua menoleh. Kelihatan Usrah Jamilah dan Hot Boy turut ada di situ.

"Tak..ni..haha...abang...dia...haha...keletek...aku...ha." Tak keruan nafas Syifa di buatnya.

"Kau ni pun Sai, tak pasal-pasal nanti Syifa asma." Marah Mika pula.

"Sebab aku tahu dia takkan asma pagi ni lah aku buat dia macam tu." Balas Saiful. Usrah Jamilah dan Hot Boy menggelengkan kepala. Tanpa mereka semua sedari, Syifa dan Haiqal berbalas senyuman.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now