BAB 47-KELAS INTENSIF DAN KEJUTAN

1.3K 58 9
                                    

Bismillah💜Happy 1k readers😍thanks semua😘
-
SETELAH 17 hari cuti, mereka kembali ke sekolah dengan semangat yang berkobar-kobar. Lagi 3 bulan lebih hendak SPM. Jadi mereka harus berusaha keras untuk mendapat kejayaan.

Syifa mengemas bukunya. Mereka telah di berikan jadual kelas intensif. Syifa berada di kelasnya bersama Ikmal dan 2 lagi pelajar yang lain. Semangat Syifa yang membara kian luntur bila melihat satu susuk tubuh masuk. Dialah Haiqal.

Ikmal tahu Syifa pasti tidak selesa dengan kehadiran Haiqal. Dia menarik Natasya, rakan kelas mereka untuk duduk di sebelah Syifa manakala Hilmi, rakan kelas mereka juga di sebelahnya. Sekarang, Haiqal tidak dapat duduk berhampiran Syifa.

"Baik semua, hari ini kelas akan di mulakan dengan matapelajaran Add Maths. Seperti yang kamu tahu, ..." dan bla bla bla. Banyak yang di terangkan oleh Sir Adam.

Tangan Syifa pantas menulis segala yang di tuturkan oleh Sir Adam. Ikmal di hadapannya hanya mendengar. Sir Adam ada memberi tips-tips menjawab kertas perperiksaan dan format kertas perperiksaan.

Satu yang paling terkenal pada diri Sir Adam ialah dia selalu memberi latihan mengejut. Sebab itu setiap kelas yang di ajar oleh Sir Adam selalu bersiap sedia dengan formula-formula dan nota. Tepat jam 10 pagi, mereka di benarkan keluar untuk rehat.

Hari itu, Syifa rehat bersama Usrah Jamilah. Hot Boy tidak ketinggalan cuma sekarang tempat duduknya berbeza. Kalau sebelum ni Usrah Jamilah berhadapanan dengan Hot Bot, tapi kini, Insyirah di depannya Ain sebelah Ain Iqah, depan Iqah Syifa, sebelah Syifa Saiful, depan Saiful Mika, sebelah Mika Muiz dan depan Muiz Haiqal.

Mereka hanya senyap. Langsung tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut masing-masing sebelum Ain bersuara.

"Korang semua ni ada buat voice vocal yang high note ke?" Soalnya. Semua pelik. Kenapa pula di bawa vokal ni?

"Apa kau merepek ni Ain?" Tanya Muiz.

"Taklah. Mana tahu korang menyanyi atau melalak sampai hilang suara. Ni dari tadi takde dengar sepatah haram pun dari mulut korang."

"Ehem, aku dah siap makan. Nak bertugas. Assalamualaikum." Pamit Syifa sebelum bangkit dari duduknya.

"Em, aku pun nak balik kelas. Nak kemas buku. Assalamualaikum." Saiful pula meninggalkan meja itu.

"Aku pun. Ustazah Wardah nak jumpa so got to go. Assalamualaikum." Semua menjawab salam.

Mereka berlima memandang satu sama lain sebelum semua mengangkat bahu.

"Kita ada terlepas apa-apa ke?" Iqah bersuara.

"Entah. Tapi aku pasti ada sesuatu yang berlaku. Aku rasa dorang bertiga macam mengelak antara satu sama lain." Mika pula menyuarakan pendapatnya.

"Ataupun aku rasa yang lebih tepat, Syifa dan Saiful cuba jauhi diri dari Haiqal. Kau tak perasan ke tadi lepas je Syifa pergi, Saiful kalut habiskan makanan dia?"

Insyirah diam. Dia tahu apa yang berlaku. Namun janji tetap janji. Dia takkan sesekali memecahkan rahsia yang sudah di amanahkan.
-
SYIFA berada di tingkat 5. Waktu itu hanya dia seorang sahaja yang bertugas kerana pasangannya, Zalika pelu bersiap sedia untuk peperiksaan PT3.

Jam tepat menunjukkan pukul 10.25 pagi. Syifa mengambil keputusan untuk pergi melapor. Sewaktu berada di tangga, entah mana silapnya sehingga membuatkan dia tersungkur.

Namun belum sempat tubuhnya mencecah lantai, ada seseorang memaut pinggangnya. Syifa menarik nafas lega sebelum menoleh gerangan yang menyelamatkannya.

Gadis BiasaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt