BAB 55-TRY ME

1.7K 50 0
                                    

Bismillah 💙
-
BENGANG Syifa di buatnya apabila mendapat tahu dia bekerja dalam hospital yang sama seperti Haiqal. Aduh! Yang paling buat dia bengang adalah sedari tadi Haiqal mengekorinya. Itu masih boleh. Tapi ini, Haiqal menjerit namanya seperti hanya mereka berdua di dalam hospital tersebut.

"Syifa!"

"Syifa! Tunggulah." Haiqal mencapai tangan Syifa namun laju saja dia menepis.

"What you want from me, Haiqal?" Tanya Syifa bengang.

"Nak kau." Haiqal senyum nakal. Syifa membulatkan matanya.

Dia menghiraukan Haiqal lalu kakinya melangkah keluar dari hospital. Syifnya telah tamat jadi dia mengambil keputusan untuk memeriksa butiknya.

"Syifa." Sekali lagi, Haiqal memanggilnya. Kali ini, Haiqal mencapai tangan Syifa. Syifa menepis kuat. Entah kenapa dia rasa getaran yang sangat kuat berlaku dalam badannya ketika itu.

"Syifa, tolong. Bagi aku peluang." Pinta Haiqal.

"Peluang apa Qal? Banyak peluang aku dah bagi kau. Dari awal kau tuduh aku, dari kau menjauh dari aku sejak aku sedar dari koma. Kau nak aku bagi kau peluang apa lagi?" Marah Syifa.

"Bagi aku peluang untuk rebut hati kau. Bagi aku peluang untuk kembalikan cinta kau pada aku. Tolong, Syifa." Rayu Haiqal sayu.

Dia tahu dia banyak buat salah pada Syifa. Dia tahu dia patut tanggung segala dugaan yang ada. Pandai buat, pandai tanggung.

"Okay, i'll give you the last chance. Rebut hati aku, kembalikan cinta aku. Try me if you can." Sejurus ayat itu, Syifa melangkah pergi meninggalkan Haiqal.

Haiqal senyum kemenangan. Dia dapat apa yang dia nak. Peluang. Dia bertekad tidak akan mensia-siakan peluang terakhirnya itu.
-
SYIFA melangkah ke bilik atau lebih tepat, pejabatnya. Sampai saja di sana, dia mendapati ada sejambak bunga ros merah bersama sekeping surat. Syifa membuka surat itu.

'Roses are red,
Violets are blue,
Out of hundred,
I will choose you.'

Sincerly from your love,
Haiqal

Syifa tersenyum.

"Haiqal, Haiqal, pickupline yang lapuk kau guna ni." Syifa tergeleng-gelengkan kepalanya. Dia menghidu bunga itu. Harum. Syifa kembali membuat kerjanya.

Setiap hari, ada saja 'hadiah' yang di beri oleh Haiqal. Kadang bunga ros, kadang coklet, kadang keduanya sekali. Paling wajib, surat cinta. Isinya berlainan, antaranya...

Syifa, kau bagai oxygen, tanpa kau, aku mati.

Syifa, aku dah call polis. Lapor kau mencuri. Kenapa aku tulis kau mencuri? Sebab kau dah curi hati aku.

1E8veg8u

Apa benda tu? Kalau kau padam sikit atas dia, jadi...

ILoveYou

Macam tu lah kebanyakan surat yang Haiqal beri pada Syifa. Syifa pun kadang meluat juga bila setiap hari ros dan coklet je atas meja dia. Kadang, dia tak ambil pun hadiah tu. Dia beri pada orang lain.

Kejam tak Syifa?
-
SYIFA bergegas masuk ke dalam pejabatnya. Geram saja dia. Dokter Razak iaitu ketua bahagian atas baru saja memberitahunya bahawa dia bekerja pada syif malam.

Tipulah kalau dia tak terkejut. Dahlah tadi pagi. Tup tup, kerja lagi malam ni. Dokter Razak kata besok dia kerja separuh hari saja. Tabahlah ada ketua macam tu.

Gadis Biasaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن