BAB 69-ENDING

3.1K 60 0
                                    

Bismillah...
-
SEMUA masih tidak percaya apa yang berlaku di hadapan mereka. Syifa yang baring di hadapan mereka di tenung.

"Err, kenapa semua pandang macam tu?" Soal Syifa ragu-ragu.

"Oh my, Syifa! Kau tahu tak kau dah buat jantung kami macam nak gugur bila dapat tahu kau dah takde? And now, kau hidup and talk like nothing happen just now!" Marah Ain.

"Sorrylah, kau ingat tak sakit ke? Dahlah orang tu tangan dia terketar-ketar je tadi." Sempat Syifa memerli Haiqal.

"Okay now, tell us everything. Macam mana adik boleh hidup semula?"

"I...i don't know. Semua ni takdir Allah untuk adik. Allah takdirkan adik untuk pergi sekejap sebelum hidup semula." Terang Syifa.

"Kau membazirkan air mata aku tahu tak!" Marah Iqah pula. Semua gelak dengan amarah Iqah itu.

Mereka semua berbual selama beberapa jam sebelum waktu melawat tamat.

"Bro, jaga adik aku baik-baik. Sorry marahkan kau tadi. Aku..."

"Takpe aku faham. Adik kesayangan kan? Takpe bro." Haiqal menumbuk sedikit bahu Saiful. Mereka bersalam gaya mereka sendiri sebelum Saiful meminta diri.

"Sayang."

"Hm?"

"Jangan tinggalkan abang lagi. Sayang tahu tak sayang dah buat air mata jantan abang keluar depan abang-abang dan sahabat kita tadi?" Syifa tergelak dengan kenyataan di hujung itu.

"Hish, sayang. Orang tengah marah dia gelak pula." Suara Haiqal sudah seperti merajuk.

"Alah abang, okey okey sayang tak gelak. Janganlah merajuk." Tangan Syifa cuba menyapai tangan Haiqal namun Haiqal sengaja menjarakkan dirinya.

Syifa mengeluh. Kesan jahitan di perutnya yang berlapik baju itu di pandang. 'Takpe kut.'

"Argh!" Syifa mengerang kesakitan. Apabila dia cuba menggerakkan tubuhnya mendekati Haiqal, tiba-tiba terasa sakit pada kesan jahitannya itu.

"YaAllah sayang!" Jerit Haiqal. Haiqal meletakkan tubuh Syifa kembali ke kepala katil.

"Hish sayang ni, susahlah abang nak merajuk kalau macam ni." Rungut Haiqal. Syifa ketawa kecil.

"Eh, abang tak kerja ke?" Soal Syifa.

"Lah, kan abang shif petang tadi."

"Kenapa tak tukar baju? Kan lepas bedah tadi."

"Hm, yelah. Abang pergi tukar dulu. Sayang jangan gerak tau. Ingat, kesan jahitan tu belum pulih sepenuhnya." Arah Haiqal. Syifa hanya mengangguk tanda akur.

Syifa melihat susuk tubuh Haiqal yang berlalu ke tandas.

'YaAllah, terima kasih kerana memberi aku peluang untuk hidup di muka bumi ini lagi bersama orang yang aku sayang. YaAllah, terima kasih kerana menghadirkan Haiqal sebagai suamiku. Sungguh, aku amat menyayanginya.'
-
SUDAH semingu berada di hospital. Syifa di benarkan untuk berpantang secara tradisional di rumah. Namun begitu, dia di arahkan oleh pihak hospital untuk tidak banyak bergerak kerana takut kesan jahitannya terbuka.

"Sayang, jom makan." Wajah Haiqal terpancul di muka pintu.

"Eh abang, kenapa bawa masuk makanan. Sayang boleh jalan lagilah." Ujar Syifa.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now