SPECIAL CHAPTER 6 : FIRHAD × NAURA

794 31 0
                                    

Bismillah...
-
FIRHAD keluar dari ruang Designer selepas bertemu dengan rakannya, Irfan. Selepas ini, dia mahu bertemu dengan kekasih hatinya, Kayla Dania.

"Nia!" Jerit Firhad apabila melihat Dania yang baru sahaja keliar dari ruang modelling.

"Ad!" Dania melambai tangannya kearah Firhad. Kakinya laju sahaja berlari kearah Firhad lalu tanpa memikirkan dosa pahala, dia memeluk tubuh Firhad.

"Rindunya Nia dekat Ad." Pelukan terlerai.

"Ad pun rindu Nia. Ni, Nia dah habis kelas kan?" Soal Firhad lembut.

"A'ah, kenapa?"

"Jom, Ad bawak Nia pergi shopping." Bersinar mata Dania mendengar ucapan Firhad.

"Betul?" Teruja Dania bertanya.

"Yeay! Thanks Ad!" Dania bersorak gembira apabila melihat anggukan Firhdad.

"Very much welcome, Nia. I love you." Ucap Firhad pernuh syahdu.

"Love you too." Balas Dania.

"Nia tunggu sini eh. Ad pergi ambil kereta jap." Arah Firhad.

"Okey." Dania senyum. Pemergian Firhad membuatkan senyuman manisnya tadi bertukar menjadi senyuman sinis.

"Oh Firhad, why you're so stup**? Aku cakap aku cintakan kau? Tak. Aku cintakan duit kau je." Dia tergelak sinis.

"Amboi, sedapnya ketawa." Dania terkejut lalu menoleh. Hakimi mendekati diri Dania.

"Suka kenakan adik aku?" Meskipun muka mereka seiras, Dania masih dapat kenal mana satu Firhad.

"Kau tak payah sibuk lah!" Jerkah Dania geram.

"Tak payah sibuk kau kata?" Kali ini, Hakimi pula tersenyum sinis.

"Hey girl, his my brother. Kami berkongsi segalanya bersama. Kami dari ayah dan ibu yang sama. Lahir dari rahim wanita yang sama. Berkongsi tarikh lahir yang sama walaupun aku dan dia jarak beberapa minit. Dan kau kata aku tak payah sibuk?" Hakimi berjeda.

"Aku dah lama perhatikan kau. Dan aku tahu, Firhad bukan satu-satunya lelaki yang menjadi teman lelaki kau sekarang, kan?" Dania terkejut. Rahsianya perlahan-lahan terbongkar. Macam mana- adakah Hakimi mengetahui yang dia-

"Kau tak payah buat muka macam tu lah Dani! Kau ingat aku tak tahu ke semua tentang kau. Semua tentang kembar aku, hal peribadi kembar aku, aku akan cari tahu. Termasuk dengan siapa mereka berkawan. Dah tahu diri tu dah tak suci lagi, masih tak rasa bersalah ke hah?!" Jerit Hakimi keras. Meskipun marah, dia tidak mahu menjerit. Ini aib Dania. Muka Dania berubah pucat.

"Dani...Dani..." Hakimi menggelengkan kepalanya.

"Jangan panggil aku Dani lah! Aku Nia!" Marah Dania.

"Ye, aku tahu. Tapi Dani yang aku kenal dulu tak sama dengan Nia yang aku kenal sekarang." Ye, Dani dan Nia adalah orang yang sama. Hanya berbeza masa dan perwatakan.

"Dani! Come on! Mana Dani yang aku kenal dulu? Yang kasar tapi masih ada sikap wanita. Yang jaga maruah dia sebagai wanita. Mana? Aku nak Dani yang dulu! Kenapa kau berubah? Kenapa biarkan diri kau di sentuh? Kenapa perlu teguk air setan tu?" Hakimi meluahkan perasaannya. Lama Dania mendiamkan diri.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now