BAB 66-TERBONGKAR RAHSIA

2.2K 56 0
                                    

Bismillah...
-
HAIQAL mundar mandir di luar bilik kecemasan. Kalaulah dia tidak mengambil cuti sudah tentu dia yang akan merawat Syifa, isterinya.

"Qal!" Teriak seseorang. Haiqal menoleh.

"Apa dah jadi?" Tanya Saiful sesudah dia sampai di hadapan Haiqal. Seluruh keluarga Syifa turut berada di situ

"Syifa jatuh dalam tandas. Sekarang dokter tengah periksa dia." Haiqal meruap wajahnya.

"Kenapa bukan kau?"

"Aku cuti sebab nak teman Syifa semenjak dia dah sarat ni. Bukan aku tak sedar muka dia makin pucat kebelakangan ni. Syifa sakit ke?" Soalan Haiqal membuat semua adik beradik Syifa terdiam.

"Kenapa diam? Jawab..." Belum sempat Haiqal meneruskan bicara, seorang dokter wanita iaitu dokter Wani keluar dari wad kecemasan.

"Macam mana keadaan adik saya?" Tanya Nazmi.

"Hm 50 50. Masa ni keadaan dia dah stabil. Cuma dia perlu buat pembedahan setelah kandungan dia mencecah 7 bulan. Kalau tidak, keselamatan bayi tidak akan terjamin atau risiko penyakit Syifa akan mereka ke seluruh tubuh badannya serta anak yang bakal di lahirkannya." Terang dokter Wani.

"Kejap, penyakit? Penyakit Syifa? Apa semua ni?" Riak wajah Haiqal tampak tidak berpuas hati.

"Guys, mind to explain to me. What is happening!" Marah Haiqal cuba di tahan.

"Terima kasih dokter." Nazmi senyum pada dokter Wani sebelum dokter Wani berlalu pergi.

"Apa semua ni?"

"Tenang Haiqal, biar abang terangkan." Nazmi menarik nafas dalam-dalam lalu menceritakan segalanya. Haiqal kelihatan terkejut, terkedu, tergamam dan segala TER- lah senangnya mendengar cerita yang di sampaikan oleh abang iparnya itu.

"Kenapa Qal tak tahu? Qal suami dia sepatutnya dia tak perlu rahsiakan apa-apa dari Qal!" Keluarkan air matanya akibat menahan kemarahan bercampur kesedihan yang melanda dirinya.

"Dia tak nak kau risau Qal, malah keluarga sebelah walid dan ummi aku pun tak tahu lagi. Sahabat korang pun belum tahu lagi. Faham keadaan dia Qal, dia terdesak. Dia tak nak orang sedih bila dapat tahu semua ni." Lembut Fauzi berbicara.

"Qal suami tak guna ke?" Sayu suara Haiqal.

"Tak Qal. Jangan fikir macam tu. Ambil peluang ni Qal. Tinggal 2 minggu kan sebelum kandungan Syifa mencecah 7 bulan. Bila kau mula kerja semula?" Tanya Saiful.

"Lagi seminggu lebih."

"Hah maksudnya, kau ada beberapa hari untuk rawat Syifa. Apa kata kalau waktu pembedahan tu kau yang uruskan?" Cadang Saiful lagi.

"Aku takut. Aku takut aku tak kuat. Tak kuat nak tengok keadaan Syifa nanti."

"Kau kena kuat Qal. Untuk Syifa. Untuk anak-anak korang yang bakal lahir."  Ujar Nasrul memberi semangat.

Haiqal bangkit lalu mengesat air matanya. Dia tahu dia perlu kuat. Kuat untuk Syifa, anak-anaknya yang bakal lahir dan semua keluarganya. Dia yang akan menyambut anak-anak mereka yang bakal lahir. Dia akan pastikan dirinya ada bersama Syifa waktu itu.
-
Bersambung....

Haha, ketara sangat idea dah kering. Adoi...sorry ye semua. Ly kena bahagikan bab lagi. Teruskan sokong Ly✊🏻

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now