BAB 42-KEJAM

1.5K 54 0
                                    

Bismillah...harap semua suka😄
-
KEPALANYA terasa berdenyut. Pening. Belakangnya pula sakit di sebabkan hentakan tadi. Apa yang berlaku? Dimana dia sekarang. Dia ternampak sekujur tubuh sedaya upaya untuk bangun. Bila tubuh itu menoleh, dia terkejut.

"Syifa?"

"Ha..Haiqal?" Terkejut Syifa. Begitu juga dengan Haiqal.

"Macam mana kau boleh ada kat sini?" Tanya Haiqal sambil mengurut sisi kepalanya.

"Aku tak tahu, aku ke tandas tadi. Tapi lepas keluar je ada benda hentak aku dari belakang. Bangun...tup tup aku kat sini." Cerita Syifa.

"Kau kena hentak? Dekat mana? Sakit tak?" Soal Haiqal prihatin dan risau.

"Aku okey je. Aku kan kuat." Senyum Syifa.

"Kau pulak macam mana boleh ada kat sini? Keluar tandas kena hentak jugak ke?" Soal Syifa.

"Tak. Kan waktu tu aktiviti bebas. Aku nak masuk hutan. Muiz, Mika dan Sai tak nak so aku masuk sendiri. Tiba-tiba aku dengar bunyi dekat sebelah kiri aku, aku pusing. Aku nampak benda hitam senyum sinis. Lepastu aku kena pukul dekat sini." Ujar Haiqal panjang sambil menunjuk kearah kepalanya.

"Qal, aku takutlah." Syifa sudah mula rasa gerun. Bulu romanya naik apabila mendengar cerita Haiqal. Benda hitam? Apa tu?

"Lah tak payah takut. Aku ada. Aku sebagai kawan merangkap sahabat dan tunang pada kau akan lindungi kau." Haiqal memandang raut wajah Syifa yang kelihatan takut.

Jujur dia juga merasa takut namun, dia tidak mampu melihat orang yang dia sayang sedih mahupun takut. Tiba-tiba tombol pintu di pulas dan pintu itu terbuka. Seseorang masuk. Dia yang berpakaian hitam masuk sambil senyum sinis.

"Kau siapa hah?" Marah Haiqal. Orang itu membuka kepala jaketnya dan...

Tak mungkin...

"Emma?" Sebut saja nama itu, bulu roma Syifa naik.

"Ape kau nak hah!" Haiqal dapat rasakan tubuh Syifa di belakangnya menggigil.

"It's so simple dear. I want you." Gedik. Dasar minah sotong.

"Aku tak nak pun dekat kau." Balas Haiqal lagi.

"Oh, okey. Kalau kau tak nak serah diri, aku akan ambil dia." Haiqal masih blur.

Melihat Haiqal yang leka, dia menarik tangan Syifa yang berada di belakang Haiqal ke arahnya. Haiqal pula tidak sempat bertindak. Sebilah pisau di keluarkan lalu di acukan pada leher Syifa. Emma sudah senyum sinis.
-
Di kem...

"Jumpa tak?" Soal Michael pada Jack dan anak buahnya yang lain. Melihat gelengan dari Jack membuatkan semua resah. Saiful dan Shahrul juga Hot Boy meraup kasar kepala mereka.

Sudah 2 jam selepas berita kehilangan Syifa dan Haiqal di sampaikan. Insyirah yang berada di pangkuan Ain mengeluh kecil. Selepas mendapat tahu Syifa hilang, dia rebah. Nasib ada Ain menyambutnya.

"Saya tak kira. Saya nak masuk dalam hutan." Putus Shahrul. Dia tak kesah apa-apa pun risiko yang bakal jadi asal adiknya selamat.

"Kami pun!" Sokong Hot Boy.

"Kami akan ikut. Bahaya kalau kamu sahaja pergi. Saya akan arahkan beberapa ahli penyelamat kami untuk ikut." Beritahu Michael.

"Kalau dalam masa 1 jam kami tak keluar. Tolong telefon polis." Arah Shahrul sebelum melangkah kaki ke dalam hutan diikuti Sai dengan yang lain.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now