BAB 67-SAAT TERAKHIR

2.6K 65 0
                                    

Bismillah...
-
MATANYA yang tertutup itu terbuka sedikit demi sedikit. Pandangannya yang kabur itu mula menerang. Bau ubat menyapa rongga hidungnya. Apa yang terjadi? Dia meingati semula kejadian di petang hari tadi.

Dia masuk ke tandas. Selepas melepas hajat, dia berdiri lalu bergerak ke singki. Tanpa di sedarinya, lantai yang licin menyebabkan dia tergelincir lalu terjatuh. Kesakitan di perut serta ari-arinya tidak bisa di ungkap.

Darah? Perut? Syifa terkejut. Tangannya di bawa ke perut. Namun kesakitan jarum yang dicucuk ke tangannya amat terasa.

"Adik? Adik dah bangun? Abang! Abang, adik dah bangun. Panggil dokter." Jerit Saiful.

Dokter Wani masuk ke dalam wad Syifa bersama seorang lagi jururawat untuk memeriksa keadaan Syifa.

"Alhamdulillah, keadaan Syifa sudah stabil. Cuma Syifa perlu banyak berehat. Syifa kena tahan di wad sehingga hari pembedahan." Syifa terkejut. Wajah yang berada di situ di pandang.

"Adik akan buat pembedahan 2 minggu depan." Terbuntang luas mata Syifa. Kalau sekiranya dia membuat pembedahan bermaksud...

"Abang, Haiqal mana?" Nazmi mengeluh perlahan.

"Dia balik kejap. Maaf adik, kami tak dapat rahsiakan hal tu dari dia." Air mata Syifa terasa ingin mengalir.

"Syifa!" Jerit suara-suara yang baru masuk.

Insyirah berlari mendapatkan sahabatnya itu lalu mendakap tubuh kecil itu.

"YaAllah Syifa, kenapa sampai jadi macam ni?" Tangis Ain.

"Maaf." Sepatah saja Syifa menjawab.

"Kenapa kau mintak maaf pulak?"

"Ain, Iqah, Iz, Mika, maafkan aku. Aku rahsiakan tentang penyakit aku dari korang." Sebak.

"Pe..penyakit? Penyakit apa?"

"Aku...aku sakit. Kanser hati tahap 3." Lalu tiada lagi rahsia yabg Syifa simpan. Semuanya sudah terbongkar.

"Ke...kenapa kau tak bagitahu kami?" Iqah menyoal dalam nada kecewa.

"Maaf, aku takde niat nak buat korang rasa kecewa."

"Tapi kau dah buat! Kau cakap kita sahabat kan? Kenapa tak bagitahu kami!" Ain meracau lalu air matanya keluar.

"Maafkan aku. Aku tak kesah kalau korang dah benci aku. Yang aku tahu, aku memang takde niat nak buat korang rasa sedih macam ni." Ain dan Iqah serta Insyirah menghampiri Syifa lalu mereka berpelukan.

"Bodohlah kau ni. Buat apa aku nak benci kau. Kami sentiasa di sini untuk sokong kau, Fa. Kau kena kuat. Kuat hadapi semua ni." Ain memberi semangat. Mereka senyum.

'YaAllah, panjangkanlah umurku. Sekiranya nyawaku di tarik saat pembedahan itu, aku mohon jagakan mereka untukku.' Bisik hati Syifa.
-
SYIFA menundukkan pandang pada tangannya ketika dia sedar Haiqal merenung dirinya. Ketika itu, semua ahli keluarga juga sahabatnya telah pulang memandangkan waktu melawat telah pun tamat.

"Kacak sangat ke tangan tu sampai muka abang pun tak nak tengok?" Syifa terkejut apabila Haiqal tiba-tiba bersuara.

"A..."

"Kenapa rahsiakan semua ni dari abang?"

"Abang..."

"Abang suami sayang. Sepatutnya tiada rahsia antara kita." Potong Haiqal tanpa mengendahkan kata-kata Syifa.

"Sorry." Air mata Syifa mengalir setitik demi setitik ke pipinya.

"Hey, patutnya abang yang sedih sebab isteri abang tipu abang." Lembut suara Haiqal sambil tangannya mengusap pipi mulus Syifa.

"I feel so bad when i know about your condition, sayang. I feel like i'm a bad husband for..." kata-kata Haiqal terhenti bila jari telunjuk Syifa tepat pada bibirnya.

"Jangan cakap macam tu. Sayang sayang abang. Abang syurga sayang dan abang akan sentiasa jadi suami yang terbaik untuk sayang. Sayang minta maaf sebab rahsiakan semua ni dari abang." Pujuk Syifa.

Haiqal senyum. Dia tak marah. Cuma terkilan sedikit. Namun pujuk rayu Syifa membuat tembok kecewanya itu roboh begitu sahaja. Tangannya yang memegang tangan Syifa jatuh ke perut Syifa.

"Anak-anak walid dekat dalam ni, suka kacau ummi ye sampai ummi jatuh. Cepat membesar ye. Kita jumpa lagi 2 minggu." Bisik Haiqal. Syifa senyum. Muka Haiqal di tenung. Adakah ini akan menjadi saat terakhirnya bersama Haiqal?

'YaAllah, kalau ini saat terakhir ku melihat wajahnya, mendengar suara aku mohon, biarlah ia berkekalan. Aku tidak mahu kehilangannya YaAllah. Jagakan dia untukku bila nyawaku telah di ambil olehMu.' Syifa menangis dalam hati.
-
Bersambung...

Again, short update. Sebab? Takde orang vote bab lepas. Ly nak merajuk sehari tau. Haha👋

Next bab, Ly akan cuba buat bab sedih. Tapi tak tahu sedih atau tak. Ly ni cepat sedih walaupun part tu tak sedih pun sebenarnya, haha😁

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now