BAB 3-SEKOLAH

3.3K 90 3
                                    

Bismillah🤗
-
LONCENG rumah berbunyi. Syifa yang baru sahaja selesai sembahyang asar bergegas ke bawah kerana sedari tadi lonceng rumah di tekan.

"Ye kejap!" Laung Syifa dari dalam. Dia membetulkan tudungnya. Dia melihat kearah lubang kecil siapa yang berada di luar. Kelihatan Firhad sedang menunggu. Dia pun membuka pintu.

"Abang Fir rupanya, adik ingat sia..." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Firhad sudah pergi. Sempat dia menolak bahu Syifa hingga jatuh terduduk.

"Adik!" Jerit Saiful yang baru muncul. Selepas melihat kelibat Firhad yang baru naik dengan marah, dia turun untuk melihat siapa yang buka pintu. Sungguh dia terkejut melihat adiknya terduduk di lantai.

"Adik okey tak ni?" Tanya Saiful cemas. Dia membantu Syifa berdiri namun nasib tidak menyelebahinya kerana Syifa terduduk semula.

"Kaki adik terseliuh ni." Habis saja kata-kata itu, terus Saiful mendukung Syifa menuju ke biliknya.

"Eh Sai, dik, kenapa ni?" Aiman Hakimi iaitu anak ke 5 dalam keluarga itu bertanya dengan hairan.

"Nanti Sai cerita. Ni abang, tolong bukak kan pintu bilik adik boleh tak?" Pintanya. Hakimi akur lalu dia menolak pintu bilik itu. Syifa di letakkan di atas katil. Saiful mengurur buku lali Syifa yang terseliuh.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Hakimi menyoalnya buat kali kedua. Saiful mengeluh. Syifa bersuara terlebih dahulu.

"Tadi, abang Fir macam marah waktu dia balik. Lepastu tanpa sengaja dia tertolak bahu adik. Adik hilang keseimbangan sebab tu adik jatuh." Ceritanya. Saiful senyum sinis.

"Tanpa sengaja? Kalau dia tak sengaja kenapa dia tak tolong adik waktu adik jatuh?" Sinis sekali soalannya itu. Syifa cuma diam. Hakimi berdiri.

"Abang nak pergi mana?" Soal Syifa apabila melihat abangnya bangkit dari duduk. Takut dia abangnya menyerang Firhad hanya sebab dia jatuh.

"Nak ke dapur. Abang sebenarnya keluar bilik tadi nak ambil air. Haus pula tekak lepas buat assignment tadi." Beritahunya walaupun hakikatnya salah. Syifa dan Saiful hanya mengangguk.
-
SEPERTI biasa, mereka sekeluarga akan duduk di ruang makan untuk makan malam sebelum azan isya berkumandang. Makan malam di sediakan oleh hajah Faezah dan Syifa.

"Hah, dah siap. Sai, baca doa makan." Arah Hajah Faezah pada Saiful. Saiful akur lalu doa makan di baca. Setelah itu, mereka menikmati makan malam dengan berselera sekali.

"Allahuakbar, Allahuakbar!" Laungan takbir azan isya kedengaran. Tepat pada masa, mereka sudah selesai menghabiskan lauk pauk yang di sediakan.

Syifa membawa pinggan-pinggan yang digunakan ke singki untuk di cuci manakala yang lain ada yang ke tandas, ambil air wudhu dan menuju ke surau. Selalunya, mereka akan sembahyang berjemaah.

Imam pada hari ini ialah Fauzi. Alunan bacaan surah amat lancar di dengar. Setelah bacaan doa di aminkan, mereka bersalam sesama sediri. Maklumlah,  semua mahram.

Semasa Syifa menyalami Firhad, dia dapat merasakan setelah dia mencium tangan Firhad, Firhad cepat-cepat melarikan tangannya. Syifa mengangkat kening. 'Ya Allah, apa salah aku? Kenapa abang Fir layan aku macam ni?' Getus hatinya.
-
TELEKONG di lipat kemas dan di simpan di dalam beg. Beg sekolah dan barang-barang keperluan yang lain di pastikan sudah ada. Baju, tudung dan kain sudah di seterika. Baju-baju lapis sudah di sediakan.

Tiba-tiba dadanya terasa sakit. Dia memegang dadanya itu. Dia melihat kearah jam dinding. Ianya menunjukkan pukul 8.10 malam. Patutlah, dia belum menyedut inhalernya. Dia menuju ke bilik Rayqal yang selang 4 bilik dari nya.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now