SPECIAL CHAPTER 9 : NASRUL × SAFIYA

757 28 0
                                    

Bismillah...

NASRUL membelek-belek fail hitam di tangannya. Sedang sibuk membaca, telefonnya pula berdering kuat.

"Assalamualaikum, inspektor Nasrullah bercakap." Sapa Nasrul sambil mata hanya tertacap pada fail.

"Waalaikumsalam, abang. Ini adik. Abang sibuk tak?" Suara Syifa menyapa gegendang telinganya. Terus matanya teralih dari fail.

"Hm sibuklah jugak. Kenapa?" Jam tangannya di tatap sebelum melihat jam di dinding.

"Err, takpelah. Maaf ganggu." Kata Syifa. Suaranya amat ketara dalam nada kecewa.

"Say it." Tegas Nasrul. Ye, sememangnya Nasrul seorang yang tegas semenjak bekerja. Namun, masih terselit rasa sayang pada kembarnya itu.

"Tak adelah. Sebenarnya nak minta abang teman makan tengahari. Tapi kalau abang sibuk takpe, adik makan kat kafe bawah je." Nasrul mengeluh perlahan. Tahu adiknya hanya ingin meluangkan masa bersamanya.

Semenjak mendapat pangkat 'inspektor', dirinya semakin sibuk. Lebih-lebih lagi sekarang ada banyak kes yang berlaku. Dia cuba mengingat bila kali terakhir dia meluangkan masa bersama adik bongsunya itu setelah menaiki pangkat, namun hampa, tiada satu pun yang muncul di benak fikirannya.

"Adik, abang bukan tak nak tapi-" belum sempat menghabiskan ayatnya, Syifa pantas memotong.

"Takpe! Adik boleh pergi sendiri. Maaf ganggu masa abang, assalamualaikum." Pintas Syifa.

"Adik, abang-" tidak sempat. Syifa telah memutuskan panggilan.

Dia mengeluh. Sudah berapa kali benda ini berlaku. Berapa kali jugalah dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Namun, ianya tetap berlaku.

"Maafkan abang, dik." Nasrul berkata sendiri.

"Bro." Bahunya di tepuk perlahan. Dia menoleh dan kelihatan Khairil di situ.

"Kenapa monyok je ni? Gaduh dengan girlfriend ke?" Usik Khairil.

"Girlfriend kepala hotak kau! Adik aku ni." Marah Nasrul sebelum dia mengeluh panjang.

"Kenapa dengan Syifa?" Soal Khairil hairan. Tak pernah-pernah dua kembar ni buat hal, kenapa tiba-tiba?

"Dia ajak aku makan tengahari. Kau pun tahu aku sibuk kan? Aku mana ada masa nak keluar dengan dia." Ujar Nasrul senada.

"Bro, aku cakap sikit eh. Kalau kau nak tahu, kau sebenarnya yang sibukkan diri kau." Nasrul mengangkat kening tanda tidak memahami.

"Aku tahu, bila dah naik pangkat ni mesti ada banyak kerja nak buat. Kena hantar itu ini pada pihak atasan. Tapi, kau kena ingat bukan kau seorang je inspektor kat sini. Sesibuk aku, aku masih boleh cari masa untuk keluarga aku. Kau sebenarnya yang tak cari masa. Benda yang sepatutnya hantar minggu depan kau hantar esok. Semakin cepat kau buat kerja, semakin cepat jugalah kau dapat kerja baru. Aku bukan tak sokong kau, buat kerja tepat pada masa tapi masa itu beharga bro. Kita tak tahu apa akan jadi pada kita." Terang Khairil panjang lebar.

Nasrul terkedu sendiri.

"Cuba kau fikirkan benda ni. Kau tahu kan adik kau sakit? Macam mana kalau kau tak sempat nak luangkan masa dengan dia?" Kali ini, Nasrul memejam matanya. Tidak sanggup memikirkan penyesalannya jika perkara itu terjadi.

"Terima kasih, bro. Aku akan ingat kata-kata kau sampai bila-bila." Nasrul senyum kearah Khairil. Meskipun baru sahaja mengenali sesama sendiri, hubungan mereka tersangatlah akrab.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now