BAB 7-MENTOR

2.1K 87 6
                                    

Bismillah, selamat membaca semua💕
-
KEPALANYA diletakkan di atas meja. Memandang seorang pun pelajar dari kelas belum datang, dia mengambil kesempatan untuk merehatkan kepalanya.

Sungguh dia penat, kalau kejadian yang sama berlaku lagi, ianya dah masuk kali ketiga. Tak mustahil Syifa boleh masuk semula ke hospital. Benda itu paling di benci olehnya.

"Yow Fa, kau okey tak ni?" Tegur Ikmal yang baru tiba.

"Waalaikumsalam, aah aku okey je." Balas Syifa bersama perlian.

"Ish kau ni, pagi-pagi dan perli orang." Marah Ikmal sambil meletakkan begnya di kerusi tempat dia duduk. Dia duduk sebaris dengan Syifa cuma dia hujung sebelah kiri dan Syifa sebelah kanan.

"Kau bertugas tak hari ni?" Soal Ikmal lagi.

"Mestilah, dahlah perbarisan pagi. Aku kena jaga barisan perempuan tingkatan 3, 4 dan 5 yang gediknya masha Allah." Bebel Syifa. Walaupun dia menahan sakit, dia tetap tersenyum.

"Yow bro, sis. Bual apa?" Sampuk Kasyaf iaitu rakan sekelas mereka merangkap sahabat kepada Ikmal yang datang entah dari mana.

"Waalaikumsalam." Perli Syifa dan Ikmal serentak. Ketawa mereka melihat muka cemberut Kasyaf.

"Assalamualaikum." Ucap Waliyah, penolong ketua kelas 5 Teratai.

"Waalaikumsalam." Dah banyak kali jawab salam. Tapi takpe. Jawab salam wajib. Masalahnya tadi tu takde orang bagi salam pun dia jawab salam jugak.

"Ni baru betul. Bukan masuk main terjah je." Sindir Syifa kepada Ikmal dan Kasyaf. Walaupun dirinya tidak berapa suka bergaul dengan lelaki, tapi untuk hubungan KAWAN SAHAJA dia boleh.

"Eh dahlah, aku kena tur..." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, sewaktu dia berdiri, dia hampir terjatuh kerana kepalanya berdenyut kencang. Namun tangannya sempat memegang kearah meja.

Waliyah yang perasan hal tersebut menerpa kearah Syifa.

"Fa okey tak ni?" Soal Waliyah cemas. Siapa tak cemas lihat kawan sendiri yang boleh tahan rapat buat muka macam menahan sakit yang...tak payahlah terangkan.

"Aku okey, aku okey." Balas Syifa.

"Weh serious lah. Okey apanya kau hampir jatuh, then muka kau macam tahan sakit. Betul-betullah." Desak Ikmal.

"Ye betul aku okey. Dahlah aku nak pergi bertugas. Korang jangan lambat. Kalau lambat, dengarlah ceramah percuma dari aku." Pesan Syifa dengan gurauan. Haih, sakit-sakit pun bergurau.

"Yelah, yelah, kami ni bukan baru hari ni sekolah kat sini." Marah Kashaf. Syifa ketawa kecil lalu berlalu keluar dari kelas itu.

Keluar kelas, terserempak pula dengan manusia yang kalau boleh dia tak nak jumpa selepas apa yang dia katakan semalam. Dialah Haiqal. Syifa cuba mengelak namun namanya di laung.

"Ye kenapa?" Soal Syifa.

"Kau jaga tingkatan 3, 4 dan 5 bahagian perempuan." Katanya walaupun bukan itu yang hendak dikatan sebenarnya.

"Tahu."

"Ee..."

"Ada apa-apa lagi?" Soal Syifa dengan nada menyampah rasanya.

"Sukan nanti dekat dewan." Syifa pelik.

"Kau ingat aku ni takde telefon ke sampai tak baca teks teks dekat grup?" Pelik dengan perangai Haiqal.

Gadis BiasaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora