BAB 46-JUJUR

1.3K 54 0
                                    

Bismillah...💛
-
TUBUH yang terbaring kaku itu di pandang. Dengan muka juga bibir yang pucat. Risau. Ye dia amatlah risau dengan keadaan sepupunya itu.

Tadi, tanpa sengaja dia lihat Saiful memberi Syifa ubat pil. Kalau inhaler, dia tahu Syifa asma tapi ubat tu? Dia tak tahu. Bila tanya Saiful, pucat saja mukanya. Sekarang, dia menjaga Syifa kerana dia sendiri mahu.

Tiba-tiba, tubuh Syifa bergerak. Khairil menghampiri Syifa yang sedaya upaya bangun.

"Baguslah kau dah bangun." Syifa menepis tangan Khairil yang cuba membantunya.

"Takpe, bukan mahram." Syifa senyum pucat.

"Nah minum air ni." Syifa akur. Hanya setengah gelas, dia berhenti.

"Ifa."

"Kalau kau tak kesah aku nak tanya sesuatu." Syifa menoleh.

"Kau ada sorokkan sesuatu dari aku? Maksud aku keadaan kau." Terkejut Syifa. Macam mana...

"Aku tak nak kau balas dengan soalan macam mana aku tahu. Tolong Ifa, bagitahu aku." Khairil merayu. Semua sudah tidur, jadi dia berani berbuat sedemikian.

"Kalau aku bagitahu, kau janji kau takkan bagitahu sesiapa walaupun keluarga kau." Khairil angguk.

"Aku sakit." Khairil mengangkat keningnya.

"Sakit? Sakit apa?"

"Kanser." Kali ini, Khairil terkejut.

"Weh Ifa, jangan main-main wei." Khairil bagaikan tidak percaya.

"Kau rasa aku main-main ke? Aku kanser. Kanser hati tahap 2." Khairil terkaku.

"Tapi penyakit tu bukan ke punca..."

"Arwah atuk dan arwah ummi aku meninggal." Potong Syifa pantas.

"Ifa, kenapa kau rahsiakan? Benda ni semua patut tahu. Ni Haiqal tahu tak?" Syifa geleng. Baru dia ingat, tiada sesiapa selain abang-abangnya juga keluarga Haiqal tahu tentang hal pemutusan pertunangannya itu.

"Ifa, dia berhak tahu. Dia tunang kau."

"Bukan lagi."

"Maksud kau?" Tanya Khairil yang benar-benar tidak faham.

"Aku dan Haiqal, bukan tunang lagi. Kami dah putus. Tak silap aku sebulan lepas kut." Sekali lagi, Khairil terkaku, terkedu, terkejut dan segala TER- lah.

"Kenapa boleh putus?" Aih Khairil ni macam wartawan pulak.

"Abang aku salah faham awalnya. Dia fikir Haiqal penyebab aku..." Syifa terhenti di situ. Sekali lagi dia baru teringat yang keluarga itu belum mengetahui dia koma.

"Penyebab kau?" Syifa menarik nafas.

"Penyebab aku koma."

"What!?" Khairil separa menjerit perlahan.

"Kau koma? Kenapa tak bagitahu aku? Macam mana kau boleh koma?" Bertubi-tubi soalan di lontarkan.

"Ye aku koma. Waktu aku koma tulah abang aku putuskan hubungan pertunangan aku dengan Haiqal. Mana sempat aku nak bagitahu kau. Yang tahu pun cuma keluarga aku, kawan-kawan aku yang terlibat dalam perkhemahan."

"Perkhemahan? Perkhemahan apa pulak ni?" Makin banyak pulak tanda soal dia.

"Sekolah kami adakan kem bina semangat dekat hutan Sri Intan. Dekat situ, aku dan Haiqal kena culik. Ada orang dengki dengan aku. Dia tikam aku dan aku koma. Abang aku tuduh Haiqal punca aku jadi macam ni. Sebab tu putus."

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now