BAB 18-TABAH

1.7K 75 3
                                    

Bismillah, i'm here.😉
-
KALAU bukan di sebabkan arahan ummi dan abangnya, dia takkan hadir ke sekolah hari ini. Dia mahu menjaga Hajah Faezah. Dia tahu ilmu itu penting. Tapi di antara ilmu dan ibu, mana lagi penting?

Dia datang awal pagi itu kerana Nazmi perlu menghantar adik beradiknya yang belajar di uni tu. Shahrul pula datang lewat sikit. Dia masuk ke kelas dalam keadaan yang muram.

Dia cuma duduk di tempatnya sementara menunggu rakannya yang lain datang. Dan seperti biasa, yang datang selepasnya semestinta Ikmal dan Kasyaf. Waliyah tidak hadir kerana ayahnya outstation dan tiada siapa dapat menghantarnya.

"Weh Fa, kau okey tak?" Tanya Ikmal selepas meletak begnya di tempanya.

"Aku okey jelah." Balas Syifa.

"Habistu, muka kau monyok ni apesal?" Soal Kasyaf pula.

"Aku, aku risaulah weh. Ummi aku. Dia dekat hospital sebenarnya aku tak nak datang pun hari ni. Tapi ummi aku paksa." Beritahunya. Ikmal dan Kasyaf terdiam. Tidak tahu apa yang hendak dijawab.

"Hm, aku...aku tak tahu apa nak cakaplah Syifa. Tapi, aku tahu kau kuat. Kau perempuan yang paling kuat aku pernah jumpa. Paling tabah bila kau di landa ujian." Kata Ikmal.

"Hm, takpe. Terima kasihlah untuk ayat entah pape kau tu." Gelak Syifa.

"Dahlah turun. Perbarisan dah nak mula tu." Arah Syifa.

"Ngok kau, baru 6.45 pagi." Balas Kasyaf.

"Eh, yeke? Maaf wayar otak aku putus." Gelak 3 manusia itu di buatnya.

"Sedar rupanya kau ni." Syifa menggelengkan kepalanya. Dia keluar dari kelas selepas itu untuk bersedia di tempat bertugas.
-
DIA bertugas menjaga barisan seperti biasa. Tapi kali ini, dia menjaga bahagian perempuan tingkatan 1 dan 2. Banyaklah juga ragam nakal mereka. Ada yang berbual. Bergelak tawa. Di tegur, menikus terus.

Selesai sahaja perbarisan, kelas setiap tingkatan di arahkan untuk beratur untuk menuju ke kelas masing-masing. Syifa, Haiqal, Ain dan Muiz menuju ke tingkat 6 untuk melapor.

"Fa, ummi kau macam mana?" Tanya Muiz. Syifa menoleh.

"Macam tu jelah Iz. Masa makan, makan. Tidur, tidur. Bual pun sikit je. Tadi pun kalau boleh aku tak nak datang, tapi sebab ummi aku paksa, aku datanglah juga." Beritahunya.

"Tabahlah Syifa. Aku tahu kau kuat." Pujuk Ain pabila melihat wajah redup Syifa.

"Ye. Apelah korang ni, bila masa aku sedih?" Riang Syifa berkata. Boleh pula dia buat aksi lompat bintang dia.

"Dah, jom lumba masuk kelas." Ajak Syifa lalu pecut.

"Huish, mana aci!" Rungut Ain lalu mengejar Syifa.

"Aci dekat India, Ain." Kata Muiz dari jauh lalu mengikuti larian sahabatnya. Haiqal terpinga-pinga. 'Bengong punya kawan! Boleh dia tinggal aku.' Rungut hati Haiqal. Ape lagi, pecutlah.

Hati Syifa terasa tenang. Walaupun dia di uji, namun masih ada kesenangan yang dia dapat. Beruntung dia mendapat sahabat yang baik. 'Terima kasih Ya Allah.'
-(Skip)
SUDU berisi bubur di suakan pada Hajah Faezah. Setelah 10 sudu, Hajah Faezah memberitahu dirinya sudah kenyang. Syifa menghulurkan cawan berisi air sedikit. Kemudian, ubat pil sebanyak 2 biji di arahkan untuk di makan.

Air di beri lagi. Pada masa itu jua, pintu di kuak dari luar. Keluarga Haiqal masuk ke dalam. Syifa nampak perubahan muka Hajah Faezah. Tadinya nampak pucat dan lemah kini pucat tetapi senyum.

Syifa menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Hajah Amirah, Syasya dan Mirza. Hajah Amirah mengambil tempat di sebelah kiri Hajah Faezah.

"Kau apa khabar Ez?" Tanya Hajah Amirah kepada sahabatnya itu. Tipulah kalau kata dia tak sedih bila tengok keadaan sahabatnya itu.

"Macam ni jelah. Tunggu saat malaikat maut jemput je." Katanya menahan sebak.

"Haish kau ni, janganlah cakap macam tu." Ujar Haji Umar pula di selangi ketawa menutup duka. Jam menunjukkan pukul 6.28 malam. Azan maghrib kedengaran dari telefon Syifa.

"Ee, Syifa nak pergi surau kejap ye." Pamit Syifa.

"Boleh je. Ni uncle pun nak pergi jugak. Dah jom."

"Mira jaga Ez ye bang." Pinta Hajah Amirah.

"Hm yelah. Fendi, Qal, Waiz, Mirza, Sya, jom." Ajak Haji Umar.

"Sya tak dapat lah, yah." Tolak Syasya. Mereka yang lain faham lalu menuju ke surau yang tersedia. Mereka menunaikan solat fardhu maghrib berjemaah. Syifa menadah tangan berdoa kepada Allah agar memanjangkan umur Hajah Faezah.
-
SYIFA bermalam di hospital di temani Nazmi, Shahrul dan Saiful. Nazim dan Fauzi kerja overtime. Yang lain dekat rumah buat assignment.

Tepat pukul 9 malam, mereka semua melelapkan mata setelah suis lampu di tutup. Syifa cepat saja terlelap. Namun, Nazmi dapat menangkap yang adiknya kesejukan.

Lantas dia membuka jaketnya untuk di sarungkan ke badan Syifa. Biar dia yang kesejukan bukan adiknya. Nazmi dan Syifa tidur sebalah kanan manakala Shahrul dan Saiful sebelah kiri.

Pada tengah malam iaitu pukul 12, Syifa terjaga kerana hendak membuang air. Dia sedar ada jaket yang menutupi tubuhnya. Dia tahu itu jaket kepunyaan Nazmi.

Dia berjalan menuju je tandas di dalam bilik itu. Dia tidak dapat tidur semula. Kesejukan bilik itu cukup buat dia beku. Syifa menyarungkan pula jaket Nazmi di tubuh Nazmi. Tidak mahu abang sulungnya itu kesejukan.

Tanpa dia sedari, Hajah Faezah tidak tidur. Dari semalam dia melihat Nazmi menyarungkan jaket ke tubuh Syifa. Kali ini, dia melihat pula Syifa menyarungkan jaket Nazmi semula.

Syifa berjalan menuju ke beg pakaiannya. Dia mengeluarkan lagi 2 jaket yang dia bawa. Dia fikir Shahrul membawa jaket sendiri. Rupanya tidak.

Dia menyarungkan jaket merah pada tubuh Saiful manakala jaket hijau pada tubuh Shahrul. Dia di biarkan tiada jaket. Dia tidak membuang masa. Dia membuka sejadah lalu menunaikan solat tahajud dan solat hajat.

"Ya Allah ya Tuhanku, kau ampunilah dosa kami ya Allah. Panjangkanlah umur ummi. Sihatkanlah tubuh badannya. Sembuhkanlah dia dari penyakit. Sungguh aku sayang ummi ya Allah." Rintihnya. Tangisan perlahan di buat.

Siapa tak sedih bila lihat keluarga sendiri seperti menunggu masa di cabut nyawa. Bukankah seksa apabila nyawa di cabut? Ketika itu jua, air mata seorang ibu mengalir dalam kegelapan.
-
Bersambung...

Sorry short update...and sorry kalau ada typo

Gadis BiasaOnde histórias criam vida. Descubra agora