BAB 17-SEDIH

1.8K 73 1
                                    

Bismillah, mari mulakan🤗
-
BOSAN. Satu perkataan. Namun cukup buat semua tak nak benda itu ada dalam hidup. Ada yang suka bosan kat sini? Kalau ada, pandai-pandailah isi masa bosan tu.

Seperti yang semua tahu, Syifa di beri cuti hari ni. Tiada siapa yang menemaninya. AHMADS kerja. AIMANS pergi uni. Saiful pergi sekolah. Sedari tadi dia cuma di bilik kerana Nazmi mengarahkannya untuk berbuat sedemikian.

Tiba-tiba pintu di ketuk lalu di buka dari luar. 'Huish, siapa pulak ada dekat rumah ni? Seingat aku semua abang kerja, pergi uni dan sekolah.' Bisik hati Syifa. Kemudian terserlah wajah hajah Faezah di muka pintu.

"Adik, boleh ummi masuk?" Pintanya lembut. Syifa senyum lalu mengangguk perlahan.

"Adik, ummi minta maaf tau sebab apa yang ummi cakap hari tu." Dia meminta maaf. Entah kenapa Syifa terasa sebak.

"Takpelah ummi, ummi tak salah. Kalau ummi buat salah dekat adik pun, adik dah lama maafkan." Balas Syifa. Dia memeluk tubuh ibunya itu.

"Adik kena tahu tau, ummi sayangkan adik dan abang-abang adik. Kalau ummi dah takde satu hari nanti, adik kena kuat. Ingat yang ummi sentiasa ada dekat sini." Kata Hajah Faezah lagi sambil menunjuk kearah dada Syifa.

"Apa ni ummi, janganlah cakap macam tu." Rengek Syifa manja. Hajah Faezah senyum.

"Eeyy, dah besar pun masih nak manja." Usik umminya lagi.

"Manja dengan ummi je." Mereka berdua bergelak tawa. Hajah Faezah berfikir sesuatu.

'Masih ke Syifa nak ketawa, senyum macam ni kalau dia tahu tentang keadaan aku? Masih ke kalau aku dah takde satu hari nanti?' Gumam hati kecil itu.

"Ummi, ummi okey tak ni?" Soal Syifa bila melihat umminya termenung. Lantas, hajah Faezah tersedar dari lamunan.

"Ummi okey je. Ni Syifa okey tak? Ade sakit mana-mana ke?" Mereka berbual mengenai topik yang lain.

"Adik." Panggil Hajah Faezah. Syifa mendongak. Hajah Faezah mengeluarkan sesuatu dari belakang.

"Ni ada surat untuk adik dan abang-abang baca." Syifa mengangkat kening.

"Surat apa ummi?" Dia hampir membuka surat itu tapi di tahan.

"Surat ni, baca hari Jumaat." Arahnya. Semakin pelik Syifa di buatnya.

"Kenapa tak bagi esok je, lusa ke, Khamis? Tak pun hari jumaat tu je bagi?" Soalnya. 'Sebab ummi takut tak sempat sayang. Mungkin tak lama lagi ummi akan jumpa arwah walid.' Namun dia hanya mampu suarakan di lubuk hatinya.

Melihat umminya berdiam diri, timbul rasa curiga dan risau di hatinya. 'Ya Allah, kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang buruk bakal berlaku? Ya Allah, kau lindungilah diriku, keluargaku dan sahabatku juga orang di sekelilingku.' Rintih hatinya.
-
HARI sudah larut malam. Syifa berada di dalam bilik membuat kerja rumah Add Maths dan Fizik yang di beritahu oleh Saiful petang tadi. Jam menunjukkan pukul 8.30 malam.

Dia bangun dari meja setelah selesai membuat kerja. Dia berlalu ke tandas untuk mengambil wudhu dan mencuci kaki. Katil menjadi destinasi. Baru sahaja dia hendak melelapkan mata...

Prang!

Bunyi kaca pecah kedengaran. Lantas mata Syifa terbuka luas. Dia cepat-cepat keluar dari bilik. Di tingkat 1, semasa Syifa membuka bilik, yang lain turut sama membuka pintu.

Syifa yang paling dekat dengan tangga meluru di hadapan. Mereka menuju ke dapur. Di tangga, terserempak pula dengan AHMADS juga Firhad yang biliknya terletak di tingkat 2.

Gadis Biasaजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें