BAB 29-HARI SUKAN

1.5K 60 0
                                    

Bismillah...sila tegur kalau ada kesilapan🤗
-
"KAU!"

Terkejut Syifa bila melihat....Khairil, sepupu sebelah walidnya iaitu anak kepada paklongnya sendiri. Bukan Khairul Hot Prince ye. Syifa dan Khairil dulu rapat. Umur Khairil dan Syifa beza 2 tahun saja. Kira sebaya dengan AIMANS.

"Weh, bila balik? Tak bagitahu pun." Rungut Syifa.

"Semalam. Alah kau ni. Kalau aku bagitahu tak terkejutlah kau." Sengih Khairil. Walaupun umur mereka beza 2 tahun, mereka lebih biasa memakai kau-aku berbanding awak-saya atau abang-nama.

"Terkejutlah sangat. Kalau aku terkejut sampai sakit jantung macam mana?" Marah Syifa lagi. Khairil menggosok belakang tengkuknya mendengar bebelan Syifa.

"Eh bro, bila balik?" Sampuk satu suara. Mereka berdua menoleh. Saiful rupanya. Mereka berdua berpelukan.

"Semalam. Eh, aku nak minta maaf tak datang waktu kenduri tahlil arwah hari tu. Aku nak minta cuti tak di benarkan. Dah takziah." Ucap Khairil. Syifa dan Saiful hanya mengangguk.

"Kawan-kawan korang ke?" Khairil menunjuk pada Usrah Jamilah dan Hot Boy.

"A'ah."

"Khairil Izzan, sepupu belah walid dorang." Terang Khairil. Haiqal bergerak ke depan.

"Haiqal Syafawi. Panggil Haiqal. Dia ni Muizzudin Hamidi. Panggil Muiz. Ni pula Naufal Mikael. Panggil Mika." Jelas Haiqal.

"Haiqal? Oh kau kan tun..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Syifa memotong.

"Hah yang ni pulak Siti Izzati Insyirah. Panggil Syirah. Ni Nurul Ainul Husna. Panggil Ain. Yang terakhir Nur Syafiqah Arisa. Panggi Iqah." Jelas Syifa pula.

"Korang dah nak balik ke?" Tanya Khairil.

"Kitaorang nak solat i'sya dulu. Makan lepastu baru balik. Kau nak join?" Ajak Syifa. Khairil menggeleng.

"Aku kena balik. Lagipun daddy dan mummy aku marah kalau aku balik lewat. Aku pergi dulu. Bro." Dia bersalaman dengan mahram sendiri lalu mereka berlambai tangan. Sebelum keluar, mereka sembahyang i'sya terlebih dahulu di surau khas berimamkan Haiqal.

"Wawa, jangan lupa tutup kedai nanti. Korang balik awal kan. Pastikan semua kemas ye. Esok mungkin saya tak datang." Ujar Syifa. Staf-staf yang mendengar mengangguk.

Mereka ber8 keluar dari butik lalu menuju ke foodcourt untuk makan malam. Sesudah selesai, mereka beransur pulang.
-
HARI yang di nantikan telah tiba. Rata-rata semua pelajar tingkatan 3 hingga 5 beserta guru-guru hadir ke padang untuk menyaksikan bakat kesukanan para pelajar sekolah Menengah Tun Bakar.

(Ps. Bayangkan hari ni, tingkatan 3 hingga 5 saja sukan ria. Semalam, kan tingkatam 1 dan 2 cuti. Itu sebab dorang ada sukan ria. Faham tak? Semalam untuk tingkatan 1 dan 2. Hari ni, 3, 4 dan 5. Tak faham boleh komen.)

"Bismillahirrohmannirrohim. Yang mulia, guru besar sekolah Menengah Tun Bakar, Haji Faizal bin Haji Awang. Penolong pengetua pentadbiran, Hajah Siti Waiqah binti Haji Ali. Penolong Timbalan pengetua, Hajah Wardah binti Haji Tangah. Yang mulia, guru-guru. Kakitangan sekolah, pelajar-pelajar dan hadirin hadirat yang di kasihi sekalian, Assalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh." MC 1 memulakan bicara.

"Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan kurnianya jua, kita dapat berkumpul bersama-sama pada hari ini bagi acara Sukan Ria Tahun 2*** masihi bersamaan tahun 14** hijrah." Ujar MC 2 pula.

"Baik, mari kita mulakan acara kita dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat yang bakal di ketuai oleh Ustaz Qowaz. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan." Ustaz Qowaz tampil ke hadapan. Semua menadah tangan lalu mengaminkan doa yang di baca.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now