BAB 9-BERULANG LAGI

2K 79 1
                                    

Bismillah...☺

Notes:(TULISAN)

AA=BIASA
AA=FLASHBACK/ENGLISH/LAGU/BUNYI/TEKS/TELEFON
AA=BERTUKAR SCENE
'AA'=CAKAP DALAM HATI
-AA-=SIGNAL MATA/MULUT
-
SESAMPAINYA di garaj rumah, mereka keluar dari kereta. Syifa di papah oleh Saiful sambil tangan kirinya memegang plastik berisi inhaler yang baru sahaja di beli.

Muka Syifa nampak sedikit pucat. Namun, senyuman lebarnya menampak seri di wajah putih itu. Masuk sahaja di rumah, mereka di sapa oleh Faezah dan Nazmi, anak sulung keluarga itu.

"Hah, Shah, Sai, adik, kenapa balik lewat? Dah nak pukul 5.30 petang ni." Tegur ummi.

"Tadi adik pe..." kata-kata Shah terhenti bila Syifa menendang sikit kakinya. Shahrul memandang kearah anak mata Syifa yang memberi tanda -rahsiakan-hal-tadi. Shahrul yang faham menutup mulutnya.

"Ee, maaf ye ummi. Tadi taklimat tu tamat lewat. Lagipun adik dan kawan-kawan adik terlewat masuk. Sebab tu lambat." Tipu Syifa. 'Maaf ummi, adik terpaksa tipu ummi.'

"Adik naik bilik dulu tau. Nak rehat sat. Nanti adik turun." Beritahunya. Setelah mendapat anggukan dari ummi dan Nazmi, dia menaiki anak tangga menuju ke biliknya yang berada di tingkat 1.
-
BAJU labuh muslimah yang berwarna merah jambu cerah bersama taris bewarna coklet di sarungkan ke badannya. Ianya di pasangkan dengan seluar coklet dan tudung hajra labuh coklet.

Malam itu, ummi mengajaknya untuk pergi ke butik tempat dia bekerja. Pakaian yang di pakai Syifa bukanlah pakaian khas. Pakaian khas butik itu ialah seragam bewarna maroon dan tudung empat segi.

Syifa tidak lupa untuk membawa inhalernya kerana selalunya umminya akan pulang selepas pukul 8.30 malam. Kata Faezah, ada tetamu istimewa yang nak datang. Syifa bertanya jawapannya, "rahsia." Syifa pun diam saja.

Sampainya dia di butik, dia dan umminya di sambut oleh pekerja di situ. Semuanya perempuan. 20 ke 30 an nampaknya. Syifa di arahkan untuk menjadi pelayan sementara dia melayan tetamu di dalam.

TING!

Telefonnya berbunyi tanda ada teks masuk. Dia membuka whatsapp dan menekan chat yang menteksnya. Nombor yang tidak di kenali itu membuatkan Syifa mengangkat kening.

Unknown Number: Bersedialah untuk hari esok!😏

"Bah!" Kejut seseorang dari belakang. Syifa yang terkejut terlompat sedikit ke belakang sambil mengurut dadanya.

"Allah! Kau ni, nak aku mati cepat ke apa!" Marah Syifa pada Haiqal. Ye. Haiqal. Orang yang mengejutkannya tadi. Keluarganyalah tetamu istimewa itu.

"Itupun nak marah. Tak padan dengan orang lepas pengsan." Haiqal berkata dan ianya membuatkan mata Syifa membulat.

"Tolong, jangan beritahu ummi aku pasal tadi." Arah Syifa. Keadaan nampak tegang di antara mereka.

"Kenapa pulak? Kau nak rahsiakan benda ni dari ummi kau? Tentang sir Shah pegang kau pun nak di rahsiakan? Ummi kau berhak tahu semua ni. Cakap pasal sir Shah kan, masa kau pengsan, Saiful dan Syirah pergi jumpa sir. Kenapa eh?" Soalan panas di ajukan.

Syifa mula tak keruan. Entah apa yang dia hendak jawab. Haiqal yang melihat Syifa seperti gelisah itu senyum sinis.

"Jadi betullah firasat aku? Kau dah sir ada hubungan?" Tembak Haiqal dengan sinis.

"Ye, memang. Memang aku ada hubungan." 'Hubungan adik beradik.' Sambungnya dalam hati.

"Hubungan apa? Suami isteri? Ke belum halal lagi?" Soalnya lagi. Belum sempat Syifa menjawab, dadanya mula terasa sakit. Sakit melebihi semalam. Dia melihat jam dinding. Tingal seminit sebelum pukul 8.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now