BAB 59-BEING A DOCTOR

1.6K 52 0
                                    

Bismillah💜
-
PAGI ITU, Syifa menyiapkan tugasan yang berselerak di atas meja. Dia sudah kembali bekerja selepas seminggu bergelar isteri kepada Haiqal. Syifa sudah di pindahkan ke bahagian wanita dan kanak-kanak. Manakala Haiqal masih berada di tempatnya.

Meskipun begitu, Haiqal sentiasa berjumpa dengan Syifa sewaktu makan tengahari. Tidak lupa dia meminta kepada ketuanya untuk menyamakan syifnya dengan syif Syifa.

Tentang penyakit Syifa pula, Syifa masih memilih untuk merahsiakannya meskipun abangnya sudah banyak kali menegur untuk memberitahu hal sebenar kepada Haiqal. Namun, Syifa tetap dengan keputusannya.

Semakin hari semakin timbul bibit-bibit cinta antara mereka berdua. Hanya satu hal yang Syifa takut. Tentang penyakitnya. Bukan soal apa yang akan terjadi padanya. Tapi soal apa yang akan jadi pada Haiqal dan orang sekelilingnya.

Bencikah mereka pada Syifa di kemudian hari? Kecewakah mereka?

"SYIFA AULIA NUR HASANAH!" Sakit telinga Syifa bila Haiqal menjerit tepat di telinga kanannya. Dahinya bekerut sambil tangannya mengusap telinganya. Boleh pecah eardrumnya.

"Tahu pun sakit. Lepas ni beranganlah lagi waktu abang bercakap. Biar pekak terus." Tegas Haiqal.

"Abang sukakan kalau sayang pekak. Dapat cari pengganti." Syifa seolah-olah mencabar Haiqal. Belum sempat sesuap nasi masuk ke mulut Syifa, meja sudah di hempas kuat.

"Stop it, sayang. Abang tak akan cari pengganti buat sayang. No one will take your place in my heart. Note it!" Haiqal meninggikan sedikit suaranya.

Syifa terdiam. Bukan kerana di tengking, tapi kata-kata Haiqal memberi kesan di hatinya.

"No one will take your place in my heart."

Kata-kata itu terngiang-ngiang di kepalanya. Macam mana kalau satu hari nanti dia pergi dari hidup Haiqal? Ada ke pengganti buat dirinya?

Syifa meneruskan kunyahannya yang tergantung tadi. Haiqal pula membulatkan matanya. Dia tengking Syifa Syifa buat nothing je?

'Seriously sayang?'
-
SYIFA membiarkan masa berlalu dengan bagai angin. Dia bekerja lebih masa pada hari ani kerana besok dia mengambil cuti. Cuti itu untuk meluangkan masa bersama keluarganya.

Syifa menyambung kembali tugasnya setelah memakan dua pil ubat bersama setengah botol air mineral. Nasib saja Haiqal berada di bahagian lain. Kalau tidak, mungkin kejadian lama akan berulang.

Jam menunjukkan pukul 12 malam. Masih berbaki 7 jam sebelum shif malam tamat. Syifa sempat melelapkan mata pada jam 9 malam selama sati jam bagi mengelakkan rasa mengantuk. Tambahan pula, Haiqal menyuruhnya untuk meminum segelas kopi.

Sekarang, ada 20 senarai nama pesakit yang perlu di periksanya. Dia juga perlu memeriksa keadaan pesakit bersama rakan sekerjanya, iaitu kakak iparnya sendiri. Ingat Iman Sofea? Isteri kepada abang pertama Syifa Nazmi Ahmad.

Katil pertama ialah seorang warga emas perempuan. Pesakit itu tiada ahli keluarga. Sejak kebelakangan ini, dia asyik meracau memanggil nama seorang perempuan yang tidak di ketahui identitinya.

Katil kedua pula juga seorang warga emas. Dia memiliku kesusahan untuk berjalan akibat kakinya yang sudah lemah. Dia harus menggunakan kerusi roda untuk kemana-mana. Begitu juga warga emas di katil 3 hingga katil 9.

Katil kesepuluh pula, seorang kanak-kanak berusia dalam 10 tahun yang menghidap penyakit leukimia. Luluh juga hati Syifa melihat anak kecil yang kehilangan rambut atas kesan sampingan penyakitnya itu.

Katil kesebelah hingga kelima belas juga merupakan kanak-kanak dibawah umur satu tahun yang dilahirkan tidak cukup bulan. Mereka di letakkan di sebuah ruang khas. Tak silap Ly NICU eh? Kalau korang tahu, beritahu ye.

Manakala katil keenam belas hingga katil kedua puluh merupakan ibu yang baru sahaja selepas melahirkan anak mereka. Bayi mereka berada dalam keadaan sihat. Salah seorang dari mereka merupakan ibu tunggal.

Syifa terharu apabila mendapat tahu bagaimana kesusahan yang di hadapi oleh ibu tunggal itu semenjak suaminya meninggal dunia semasa usia kandungannya mencecah 5 bulan.

Selesai memeriksa pesakit-pesakitnya, Iman meminta diri untuk kembali ke biliknya. Tanpa sedar, jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

Syifa meneruskan tugasnya yang masih belum selesai.
-
Bersambung...

Pendek, yes Ly akui bab kali ni pendek

Ly takde idea. Lagipun dah lama sangat tak update. Takut readers bosan tunggu lepas tu tak simpan dah story ni dekat library. Teruskan sokong Ly untuk upate cerita ni.

Promote kejap:

Tajuk:Tasbih Rindu
tylassz_cat

So siapa nak saya promote cerita dia boleh dm saya😊

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now