BAB 12-PEMERGIANNYA

2.3K 87 0
                                    

Bismillah🤗
-
WAKTU balik sudah tiba, Syifa, Naim dan Malissa mengemas barang. Mereka sekarang berada di kantin selepas belajar matapelajaran Bahasa Melayu.

"Lusa jangan lupa, kita belajar Matematik. Kalau ada yang tak faham tentang yang kita belajar hari ni, jangan malu nak tanya." Pesan Syifa mesra. Naim dan Malissa atau lebih senang di panggil Lisa mengangguk.

Syifa berjalan menuju ke arah basikalnya. Kelihatan rakannya, Usrah Jamilah sedang menunggu. Hot Boy tidak terkecuali. Belum sempat mereka membuka kunci basikal, beberapa buah kereta hitam berlaianan jenama masuk ke perkerangan sekolah.

'Abang Zi!' Seru hati Syifa dan Saiful. Ya, salah sebuah kereta itu ialah milik kereta abang mereka Fauzi.

"Abang kenapa abang ada dekat sini?" Soal Syifa. Kelihatan di situ ada Fendi, abang ipar Haiqal, ayah dan ibu Hot Boy juga Usrah Jamilah turut ada di situ.

"Jom balik. Masuk kereta keluarga masing-masing." Arah Fauzi tegas. Syifa dan Saiful mengangkat kening. Namun belum sempat mereka bertanya, tangan mereka di tarik masuk ke dalam kereta. Begitu juga Usrah Jamilah dan Hot Boy.
-
HOSPITAL menjadi destinasi 7 buah kereta tadi. Semua mengangkat kening. Namum bila mereka ber8 bertantangan mata, hanya angkat bahu sebagai jawapan. Mereka menuju ke arah jalan menuju ke bilik kecemasan.

"Abang, buat apa kita ke sini?" Soal Haiqal kepada Fendi. Fendi hanya berdiam diri.

Sesampainya di depan salah satu bilik kecemasan, kelihatan keluarga Syifa beserta tokpa, tokma, opahnya juga ahli keluarga yang lain turut berada di sini. Hajah Faezah pula menangis sambil di temani oleh Rafiq.

"Abang, kenapa semua ada dekat sini? Apa yang jadi bang Zi?" Soal Syifa lagi. Sungguh, hatinya berasa takut jikalau ada apa-apa yang buruk berlaku.

Belum sempat Fauzi menjawab, pintu bilik kecemasan terbuka dan keluarlah seorang doktor lelaki bernama Auf.

"Kamu semua keluarga Haji Mohamad?" Tanya doktor itu. Haji Mohamad? Bermaksud ada kena mengena dengan walid Syifa.

"Ye, saya isteri dia. Ini anak-anak dia. Ini adik beradik dia. Sahabat-sahabat dia. Dan ini ayah ibu dia serta mertua dia. Macam mana keadaan suami saya?" Cemas hajah Faezah berkata. Doktor Auf mengeluh kecil.

"Saya terlebih dahulu minta maaf. Kami tak dapat selamatkan Haji Mohamad. Allah lebih sayangkan dia. Haji Mohamad...sudah tiada." Bagai pecah saja hati Syifa mendengar kenyataan itu.

Hajah Faezah terduduk sambil menangis. Nazmi, Nazim, Fauzi dan Shahrul beristighafar. Hakimi dan Rafiq sudah mengalirkan air mata. Firhad meraup kasar wajahnya. Rayqal memeluk Syifa yang masih kaku mendengar berita itu.

Hot Boy memeluk Saiful yang di landa kesedihan. Siapa je yang tak sedih bila dapat berita ayah, walid dia telah pergi menhadap ilahi? Usrah Jamilah turut mengalirkan air mata. Haji Mohamad sangat baik terhadap mereka.

Tok ma, tok pa serta opah hanya mampu beristighfar. Syifa hanya mampu berdiam diri. Air mata perlahan-lahan turun di pipi mulusnya.

"Dokter, boleh kami tengok arwah?" Tanya Umar, ayah kepada Haiqal mewakili keluarga Syifa kerana dia tahu, kesedihan membuatkan mereka tidak mampu untuk berkata-kata.

"Boleh, silakan. Tapi jangan lama. Sebab kami nak uruskan jenazah. Memandangkan hari semakin petang dan hampir malam, kita akan uruskan mayatnya besok pagi. Seseorang ikut saya untuk isi borang." Arah Auf lagi.

Hajah Faezah terlebih dahulu masuk diikuti dengan AHMADS, AIMANS kemudian Syifa dan yang lain. Jasad arwah Haji Mohamad nampak tenang. Banyak yang mengalirkan air mata.

Haiqal sedari tadi memerhati Syifa. Gadis yang baru sahaja di uji dengan fitnah di sekolah dan sekarang, dia di uji lagi dengan pemergian walidnya yang tersayang. Pilu hatinya melihat air mata gadis itu.
-
BAK kata paklong Syifa, mereka baru sahaja pulang dari Sabah hari ini. Haji Mohamad kata dia nak buat kejutan. Haji Mohamad demam tapi dia tetap berkeras untuk memandu.

Tiba dia sebuah persimpangan lampu isyarat, ada sebuah motorsikal lalu menyebabkan Haji Mohamad brek mengejut dan terpusing stering kereta lalu keretanya terhempas pada tiang elektrik.

Cermin pecah. Depan kereta remek. Haji Mohamad sudah berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Haji Arsyad, paklong Syifa yang baru tiba amatlah terkejut dengan kejadian itu lalu dengan lantas, dia menelefon ambulans dan ahli keluarganya.

Sekarang ini, mereka semua berada di rumah keluarga Syifa. Tahlil kecil-kecilan di adakan pada malam itu. Hajah Faezah sedari tadi menangis kesedihan. Syifa, tokma, opah dan beberapa lagi ahli keluarga perempuan sedang memasak jamuan malam itu.

"Tokma, opah, maksu, maklong, Syifa naik atas dulu ye. Nak solat maghrib." Pinta Syifa. Yang lain hanya mengangguk.

Sewaktu dia ingin menaiki tangga, dia di sapa oleh Fauzi. Syifa menoleh dan senyum.

"Adik okey?" Risau Fauzi melihat muka pucat adiknya serta matanya yang sembap dan merah. Syifa mengangguk.

"Adik nak naik atas dulu abang. Nak solat. Nanti adik turun ye." Pamitnya. Fauzi membenarkan. Dalam hatinya amat sedih melihat air mata adiknya keluar semasa di hospital tadi.

'Ya Allah, begitu berat ujian yang kau berikan pada kami. Kau berikanlah kami kekuatan ya Allah.' Rintih hatinya.
-
Keesokan harinya...

DOA di aminkan. Semua tetamu beransur pulang dari kubur dan pulang kerumah untuk beristirehat. Malam nanti, akan diadakan tahlil sehari.

Hajah Faezah masih lagi di kubur. Merintih dan menangis atas pemergian suaminya. Syifa di sisinya hanya mampu melihat dan menahannya dari menjerit atau meraung.

"Ummi, mari kita balik. Tak baik ummi macam ni. Nanti arwah walid tak tenang." Ucap Syifa. Dia mengarahkan abang-abangnya untuk pergi dulu.

Namun, Saiful, Hot Boy dan Usrah Jamilah masih setia menunggu. Ye, mereka semua minta cuti atas hal kematian arwah haji Mohamad.

"Abang, kenapa abang pergi dulu sebelum Ez. Ez nak ikut abang!" Rintih Hajah Faezah dalam tangisan. Hampir saja empangan air mata Syifa pecah namun dia tahan.

"Ummi, tak baik macam ni. Jangan cakap macam tu. Kalau ummi pergi, siapa nak jaga kami adik beradik? Kalau ummi pergi, dengan siapa lagi adik nak bermanja." Sebak. Itu yang di rasa oleh siapa yang melihat situasi itu.

"Dah ummi, jom balik. Besok kita datang lagi. Ummi kena rehat. Tak boleh macam ni. Biarkan walid tenang kat sana." Ujarnya lagi. Kali ini, Hajah Faezah akur. Saiful menolong adiknya dan umminya keluar dari tapak perkuburan.

Saiful dan Hajah Faezah sudah jauh di hadapan. Usrah Jamilah dan Hot Boy mengikuti langkah Syifa. Syifa memerhati lagi kubur arwah walidnya. 'Adik janji walid. Adik janji akan jaga keluarga kita. Walid tenanglah disana.'

1000 words

"Syifa, kau tak sedih ke?" Muiz mengajukan soalan. Sejak semalam, dia perhati saja Syifa. Syifa nampak tenang berbanding umminya dan adik beradiknya yang lain.

Syifa pandang setiap wajah rakannya. Dia senyum nipis.

"Iz, tipulah kalau aku cakap aku tak sedih. Walid aku dah takde. Walid yang aku sayang, yang jaga aku dari kecil, yang selalu bergurau dengan aku dah takde. Kau rasa aku tak sedih ke?" Luahnya.

"Tapi, aku redho. Redho, tawakal dan sabar. 3 perkara yang kita perlukan kalau kita di uji. Allah sayangkan walid sebab tu Dia ambil walid. Allah taknak walid aku buat dosa lagi dekat dunia." Jeda.

"Aku nak buat macam mana? Dah takdir kan. Nak menangis? Marah? Meranung? Walid aku takkan kembali. Aku redho kalau itu yang terbaik. Sebaik-baik keputusan ialah keputusan dari-Nya." Katanya.

Yang lain terkedu. 'Ya Allah, kuatnya hati gadis di depanku ini. Tabahnya dia.' Bisik hari mereka ber6. Mereka semua masuk kereta keluarga masing-masing menuju destinasi yang berlainan.

Bersambung...

Tadaa! Triple update...nak lagi tak?

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now