BAB 10-DI FITNAH

2.2K 78 0
                                    

Bismillah, semoga semua berpuas hati😊
-
PELAJAR sekolah memandang sinis ke arah Usrah Jamilah yang sedang dalam perjalanan pulang dari perpustakaan menuju ke kelas. Usrah Jamilah memandang pelik.

"Hei, dia kan pelajar yang menggedik dengan sir tu." Bisik salah seorang pelajar. Bisik apanya kalau orang yang dia katakan tu dengar.

"Eleh depan tunjuk baik, belakang perangai macam syaitan." Kutuk lagi seorang pelajar perempuan berdekatan.

"Harap je pengawas tapi rupanya dia ni syaitan bertopengkan manusia!" Kali ini, Syifa dan Ain mula gelisah. Yelah, dalam Usrah Jamilah mereka je yang pengawas.

Syifa teringat balik pesanan yang dia dapat semalam.

'Bersedialah untuk hari esok!'😏

Hari esok? Bermakna hari ini. 'Ini ke yang penghantar pesanan semalam maksudkan? Tapi kenapa pula orang pandang aku macam tu? Apa yang terjadi?' Banyak persoalan muncul di dalam fikiran Syifa.

Tiba-tiba, Usrah Jamilah terserempak dengan Hot Boy. Mereka mendekati Hot Boy tapi lain pula jadinya.

"Kor.." belum sempat Syifa menghabiskan ayatnya, dia terhenti bila melihat Haiqal tersenyum sinis sebelum mukanya berubah dingin.

"Kau nak apa syaitan?" Dan kata-kata itu membuat Usrah Jamilah terkejut.

"Apa ni Haiqal? Takde angin takde ribut tiba-tiba panggil aku dan geng aku syaitan. Kau pahal?" Marah Syifa. Ketika itu, Saiful tiada bersama.

"Heh, korang tak payah nak berpura-pura tak tahulah. Syifa, aku ingat selama ni kau perempuan yang baik. Tak terhegeh-hegeh atau tergedik-gedik dengan lelaki, rupanya, heh, kau sama je dengan dorang." Balas Muiz. Tidak memikirkan lagi hati gadis yang mendengarnya.

"Masih nak selindung Syifa. Kau tengok ni." Haiqal mengeluarkan kertas dari poket seluarnya yang sudah di gumpal lalu di buka semula.

Berita Tergempar Guyz!!!

Image.

'Nampak tak penolong ketua pengawas kita iaitu Syifa Aulia Nur Hasanah tergedik dengan guru kita iaitu sir Shah. Sampai suruh sir Shah pegang bahu dia lagi. Tambah lagi, dia keluar dari bilik sakit. Entah apa yang dia buat dalam tu. Eww, layak ke dia ni jadi penolong pengawas kita? I don't think so. Muka depan baik tapi belakang, rupanya dia ni syaitan. Syaitan bertopengkan manusia! Entah-entah geng dia pun sama. Usrah Jamilah, tak layak nama kumpulan itu di sebut-sebut kalau mereka sendiri buat perkara tak elok!'

Syifa menutup mulutnya tanda terkejut. Gambar itu, gambar di mana Shahrul memapahnya dengan memegang bahunya dari belakang. Gambar yang mempunyai maksud yang tersembunyi. Bermaksud tidak lama lagi, pasti rahsia akan terbongkar.

"Masih nak selindung Usrah Jamilah?" Soal Haiqal sinis. Bencinya terhadap Usrah Jamilah lebih-lebih lagi Syifa semakin bertambah dan membuak-buak.

"Aku tak buat semua tu!" Bentak Syifa. Ye. Dia akui gambar itu benar. Tapi kenyataan itu salah. Shahrul adalah abangnya. Dia ada hak untuk pegang Syifa kerana Syifa ialah mahramnya.

"Kau jangan nak nafikan lagilah! Bukti dah ada! Perempuan macam kau tak layak jadi penolong aku!" Jeritnya sehingga membuat ramai yang menjadi pemerhati drama percuma itu.

Haiqal menolak tubuh Syifa sehingga jatuh. Hampir sahaja dia menampar gadis itu tapi di tahan oleh Mika. Dia merasa simpati pada gadis itu. Walaupun dia tahu tentang perkara yang di sebarkan itu, melihat kesungguhan Syifa membentak tadi, dia tahu pasti ada sesuatu yang di sorokkan iaitu kebenaran.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now