BAB 35-BUNTU

1.5K 61 0
                                    

Bismillah, semoga semua suka😄
-
MAJLIS akad nikah berlangsung di rumah pengantin perempuan. Rata-rata tetamu berkumpul di dalam rumah. Hati pengatin lelaki dan perempuan? Tak usah cakap. Bergetar habis. Macam nak keluar pun ada.

"Nazmi Ahmad bin Haji Mohammad?"

"Saya."

"Aku nikahkan kau dengan anakku Nur Iman Sofea binti Haji Aris dengan mas kahwinnya RM 300 tunai." Ucap Haji Aris sebagai wali pada Iman.

"Saya terima nikahnya, Nur Iman Sofea binti Haji Aris dengan mas kahwinnya RM 300 tunai."

"Sah?"

"Sah." Ucap saksi pertama.

"Sah?"

"Sah." Dan alhamdulillah, dengan selafaz saja Nazmi dan Iman sudah sah menjadi suami isteri. Iman sudah menangis. Syifa senyum melihat abang sulungnya sudah menjadi suami orang.

Sekarang tiba masa untuk acara pembatalan air sembahyang. Haji Aris menarik tangan kanan Nazmi dan meletakkannya pada kepala Iman. Mereka berselawat ketas Nabi SAW.

Nazmi duduk bertimpuh. Dia menarik tangan Iman dan menyarungkan sebentuk cincin ke jari manisnya. Selepas itu Iman mencium tangannya. Giliran Iman menyarungkan sebentuk cincin di jari manis Nazmi. Sekali lagi tangan Nazmi di kucup.

Nazmi menghampiri bibirnya ke dahi Iman lalu di kucupnya. Tetamu di jemput makan jamuan petang yang di sediakan. Setelah itu, tamatlah majlis akad nikah kedua mempelai itu. Menunggu lagi 2 hari untuk majlis resepsi.

Nazmi dan Iman belum dibenarkan tidur sebilik selagi majlis resepsi belum tamat. Mereka berdua hanya akur.

(Scene ni khas untuk Nazmi dan Iman saja)
-
MALL menjadi destinasi Syifa. Dia melangkah masuk ke butik Ezfa. Sudah lama dia tidak mejejak kaki di situ. Banyak fail berada di meja ofisnya. Nasib saja kerja sekolahnya tidak banyak kalau tidak takdenya dia akan siapkan fail-fail ni.

"Syifa, kita ada klien dari Jepun. Dia nak bekerjasama dengan kita. Hari tu saya dah tanya cik Faizah dia kate ikut keputusan Syifa." Beritahu Wawa.

"Kita tengok dulu. Suruh mereka tunggu di bilik meeting. Sekejap lagi Syifa pergi. Wawa pergi sekali ye." Wawa merupakan P.Anya sebab tu Wawa rapat dengannya.

Syifa dan Wawa bergerak menuju ke bilik perjumpaan. Di situ ada dalam 5 orang lelaki dan nampak mereka bukan orang melayu.

"Are you Faezah?" Tanya seorang lelaki di sebelah kirinya.

"No i'm not. Faezah is my mother and she just passed away a month ago." Ucap Syifa tenang.

"Oh, i'm sorry for you. So you are?"

"I'm the only one daughter of Hajah Faezah. My name is Syifa Aulia Nur Hasanah. Call me Syifa." Dia memperkenalkan diri.

"I'm Eric. Nice to meet you Syifa."

"Nice to meet you too, Eric."

"It seems like i'm older than you." Teka Eric lagi.

"I think so. I REALLY think you're older." Eric membuat muka -like-seriously-

"Maybe not. I'm just 18 years old."

"And i'm 17." Terkejut Eric. Belum SPM dah kerja siapa tak terkejut?

"17? Wow you're to young for handling such a big business. Can you?"

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now