SPECIAL CHAPTER 4 : SHAHRUL × DAMIA

751 28 0
                                    

Bismillah...
-
"SHAH!"

Shahrul menoleh apabila namanya di panggil. Kelihatan Damia sedang berlari anak menuju kearahnya.

"Kenapa Mia?" Tanya Shahrul apabila melihat Damia berlari kearahnya.

"Ni awak tinggal telefon dekat kerusi menunggu." Hulur Damia.

"Eh, yelah. Terima kasih."

"Em sama-sama. Err Shah." Panggil Damia ragu-ragu.

"Ye, kenapa?"

"Err boleh tolong tak?" Soal Damia.

"Tolong apa? Kalau saya boleh tolong saya tolong."

"Err ehem, saya...er boleh tak tolong hantar saya balik?"

"Eh boleh je, kenapa? Kereta awak rosak ke? Biar saya telefon mekanik untuk tengok kereta awak." Pantas Damia memintas.

"Eh taklah, saya takde kereta pun. Cuma sebelum ni ayah saya yang ambil. Hari ni ayah saya kurang sihat. Ibu pulak tak pandai memandu. Saya tak nak susahkan abang saya. Saya ni jenis penakut. Adik-adik saya belum capai umur." Tangkas Damia.

"Ooo, okey jomlah kita naik kereta saya."
-
"RUMAH awak dekat mana?" Terkelu Damia mendengar soalan itu.

"Err..."

"Mia, saya tanya ni." Gesa Shahrul apabila melihat Damia berdiam diri.

"Ha? Err awak hantar saya dekat perhentian bas dekat situ je. Saya jalan kaki ke rumah saya je."

"Eh, kenapa tak bagi saya hantar ke rumah je terus?" Sekali lagi, dia terkelu.

"Err..."

"Takpe, beritahu je mana rumah awak, saya hantar." Putus Shahrul.
-
"AWAK berhenti sini je." Arah Damia.

"Sini?" Hairan Shahrul di buatnya. Sekarang, kereta Shahrul berhenti di tepi jalan. Tidak kah takut Damia pada kawasan yang sunyi sepi ini?

"A'ah, terima kasih ye." Ucap Damia lalu dengan laju dia keluar dari kereta.

"Kejap, Mia!" Panggil Shahrul.

"Mana rumah awak?"

"Err..." Damia terdiam.

"Mia!" Jerit seorang lelaki dari arah semak.

"Mia, siapa ni?" Tanya lelaki asing itu.

"Ni, ni kawan sekerja Mia." Beritahu Damia seraya melihat kearah Shahrul.

"Kenapa tak suruh abang je ambik?" Keras suara lelaki itu.

"Err..."

"Eh takpe, saya memang nak balik juga. Alang-alang jalan sehala saya pelawa Damia naik dengan saya sekali." Kata Shahrul.

"Emm..."

"Saya Shahrul Ahmad, boleh panggil saya Shah." Shahrul memperkenalkan dirinya seraya menghulurkan tangannya.

"Adam." Balas lelaki itu dingin namun dia tetap membalas huluran tangan Shahrul.

"Err... kalau macam tu saya balik dulu ye. Kalau besok takde siapa nak hanyar Mia, telefon je saya. Saya boleh tolong."

"Assalamualaikum." Ucap Shahrul lalu berlalu ke dalam kereta.

Damia di situ terdiam. Tambahan lagi sekarang Adam sedang melihat kearahnya.

"Kenapa tak telefon abang suruh ambik? Abang balik rumah terus ibu tanya mana Mia. Haih Mia, Mia." Damia menjeling Adam iaitu abangnya yang sudah mula membebel.

"Hah, jeling lagi. Esok lusa juling terus." Adam berlalu masuk ke semak samun.

Damia mengeluh perlahan. Nasib sahaja Shahrul sudah pulang. Bukan apa, dia tak mahu orang tahu dia hidup susah. Cukuplah orang tahu dia hidup serba kekurangan.

Dia tinggal di sebuah rumah kayu yang tampak usang di sebalik semak samun di situ. Itu sahaja yang dia mampu. Duit gajinya cukup-cukup untuk makan minum mereka. Gaji abangnya pula hanya untuk perbelanjaan barang-barang keperluan rumah.

Belum di tambah dengan bil sekolah adik-adiknya yang semakin bertambah. Hendak minta tolong? Bukan tak nak, cuma dia tidak mahu menyusahkan orang lain.

Dari jauh, seseorang memerhati pergerakan Damia. Dia mengikuti Damia dan melihat di mana tempat tinggal gadis itu. Apabila melihat, terkedu dia melihat. Ye, dialah Shahrul. Hatinya mula merasa simpati dan berazam untuk membantu.
-
"ABANG." Suara itu menyentakkan lamunan Shahrul.

"Eh adik, kenapa tak tidur?" Tanya Shahrul.

"Adik tak boleh tidur, tekak adik haus." Balas Syifa seraya bergerak kearah almari untuk mengambil cawan.

"Oh, adik duduk. Biar abang yang ambilkan air." Arah Shahrul.

"Terima kasih abang." Ucap Syifa.

Ting!

Ting!

Ting!

Bunyi yang menandakan ada meses yang masuk berbunyi. Syifa melihat kearah Shahrul yang ralit melap air yang tertumpah olehnya. Melihat Shahrul yang sibuk, dia mengambil kesempatan untuk membuka teks itu.

Mia❤

Assalamualaikum Shah

Em saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi hantar saya tadi

Dan saya minta maaf kalau awak terasa dengan sikap dingin abang saya

Dia memang macam tu

Dan dia kembar saya

Sebab tu dia caring sangat

Sekali lagi, saya minta maaf dan terima kasih sekali lagi❤

Syifa senyum.

'Alahai, abang aku ni. Kalau sayang cakaplah sayang. Nak tunjuk dengan perbuatan lah tu.' Getus hati Syifa

"Nah air, adik." Hukur Shahrul yang baru tiba.

"Ni kenapa senyum-senyum ni?" Soal Shahrul hairan.

"Abang ada apa-apa eh dengan teacher Mia?" Usik Syifa. Muka Shahrul berubah riak dan kemudian berubah merah.

"Eh, apa pulak adik ni cakap macam tu." Malu-malu kucing pulak Shahrul.

"Hm yelah, adik naik dulu. Dia ada teks tu. Sampai hantar dia balik, save contact ada love pulak tu. Kalau dah suka abang, jangan pendam, takut terlepas." Sempat dia berpesan dalam nada mengusik.

'Haih, kalaulah aku ada keberanian nak luahkan perasaan aku ni dekat kau, Mia, dah lama aku luahkan. Tapi, layakkah aku untuk kau?' Desis hatinya.

Dia tekad, ingin membantu Damia dan keluarganya dan ingin mengambil hati Damia.
-

T A M A T

Kisah mereka terhenti di situ. Hihi, tahukan dorang akan kahwin. Sebab tu Ly hentikan kat situ.

Hihi, nak tunggu habis raya rasa tak sanggup pulak tinggal lama-lama. Rindi, hihi.

So next chapter, HAKIMI AND AYIESHA❤ Yang ni baru panjang sikit inshaAllah. Akan di publish selepas raya inshaAllah.

Kalau tak silap inshaAllah cerita ni akan tamat bulan september nanti. Teruskan sokong Ly ye😗

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now