BAB 6-BERSALAH

2K 87 6
                                    

Bismillah, selamat membaca☺

Media:Syifa, Insyirah, Ainul dan Syafiqah
-

MALL menjadi tempat mereka berjumpa. Syifa sudah berpesan kepada Fauzi untuk mengambilnya jam 7.00 malam iaitu selepas maghrib.

Mereka semua melihat wayang yang di siarkan selama 2 jam. Selepas itu, mereka menuju ke kedai makan Jolibee dan memesan makanan dan minuman ringan. Mereka bergelak tawa. Entah di mana kelakarnya.

6.30 petang ialah waktu maghrib. Mereka menuju ke butik ummi Syifa iaitu butik EZFA. Umminya tiada di rumah sebab bekerja. Jadi sebab tu dia tak kesah kalau pergi ke Mall.

"Selamat datang cik Fa." Kata seorang pekerja di situ. Namanya Farwa atau lebih mesra dipanggil Wawa.

"Kak Wa, jangan panggil cik. Berapa kali nak cakap. Ni, ummi ada tak?" Soal Syifa.

"Ada, puan Ezah dekat dalam dengan tetamu. Tetamu tu datang dengan keluarga dia." Beritahu Wawa.

Syifa terangguk-angguk. Dia memang hafal semua client Faezah kecuali yang barulah. Dan client itu amat mengenali Syifa. Ialah, Syifa satu-satu anak perempuan Faezah dan Syifa merupakan pewaris butik itu.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum ummi, boleh Syifa masuk?" Pinta Syifa.

"Waalaikumsalam, hah Syifa. Panjang umur kamu. Mari masuk. Tengok siapa yang datang." Jemput Faezah. Setelah dia masuk, kelihatan keluarga Haiqal serta Haiqal sendiri berada di situ.

"Eh aunti Mira rupanya." Seru Syifa ceria. Dia menyalami tangan mahramnya lalu dia pergi ke arah umminya. Kawan-kawannya mengikutnya dari belakang.

"Dah besar dah Syifa. Kalau tak silap, dah 2 tahun kan kita tak jumpa?" Mereka berbual mesra.

"A'ah waktu Syifa 15 tahun. Masa tu Syifa jarang pergi butik ni. Lagipun waktu nak PT3." Terangnya. Umar, ayah Haiqal dan Mira ibu Haiqal cuma menganggukkan kepala.

"Em, Syifa minta diri dulu ye. Nak pergi surau kejap." Dia berlalu pergi setelah menerima anggukan.

Haiqal pula sedari tadi merenung Syifa. Dia masih tersentap dengan ayat Syifa petang tadi. Syifa pula sebaliknya. Tak sekali pun dia melihat kearah Haiqal. Benci kah dia?

"Tak baik renung dia. Anak dara orang tu." Usik Fendi, suami kepada kakak sulungnya Syasya.

"Ish mana ada abang ni." Dalih Haiqal.

Fendi ketawa. Suka dia mengusik adik iparnya itu.
-
PADA jam 7.30 malam, mereka sekeluarga menikmati jamuan makan malam yang di sediakan oleh Syifa sendiri. Selepas balik tadi, terus dia menuju ke dapur.

Dalam 30 minit, dia dapat menyiapkan 3 hidangan iaitu nasi putih, ayam masak lemak cili api dan air tembikai.

Dia menukar pakaian tadi kepada pakaian tidur. Dia juga turut merasai hidangan yang di buat dengan hasil tangannya sendiri.

"Gile sedaplah dik. Terror betul." Puji Rafiq.

"A'ah betul tu. Sedap gile. Kalau ada pertandingan, konfem adik menang." Puji Fauzi pula.

Gadis BiasaWhere stories live. Discover now