BAB 1 : Perginya Dia

759 41 8
                                    


It will start with the cliche starting,
And ending with the unpredictable ending.
Insha-Allah...

-AisyNana-


SAMBIL aku berjalan di kaki lima sekolah, sempat aku menyanyi kecil. Memandangkan ketika itu kawasan kaki lima sekolah sunyi sepi kerana pelajar lain semuanya di padang sekolah melakukan beberapa aktiviti sukan. Ya, tepat jangkaan kau orang. Aku ponteng aktiviti kokurikulum. 

Tak apalah. Bukan ada sesiapa perasan pun.

Dalam perjalanan aku ke kelas aku hendak mengambil dompet aku yang tertinggal, ekoran mata aku dapat menangkap dua susuk tubuh amat aku kenali sedang keluar dari dalam pejabat pengetua sekolah. Terus jejak aku mati apabila kami bertentang mata. Bibir aku bagai lumpuh tidak mampu berkata apa-apa.

"Asya! Pergi kemas barang sekarang!" 

Tercengang aku mendengar arahan yang keluar dari mulut papa aku, Tengku Zariq. Aku memandang mama aku yang setia mengekori langkah papa menghampiri aku. Jelas di bola mata aku mengharapkan penjelasan ringkas darinya. 

Mengapa aku kena kemas barang? Kenapa mama dan papa datang sekolah? Mama dan papa memang jarang sekali ke sekolah dan memunculkan diri di sekolah ini. 

Mama aku, Sharifah Asyia pantas berlari ke arah aku. Aku terkesima melihat raut wajah mama aku yang sudah dibanjiri air mata. Hati aku tersentak kala tubuh aku tiba-tiba didakap erat oleh mama. Air mata mama yang luruh mengena pada baju sekolah aku. 

Tangan aku serta-merta menggigil tertanya-tanya penyebab apakah yang membuat mama menangis? Aku tahu yang mama memang sangat jarang menangis di hadapan aku. Wanita itu sentiasa berlagak kuat walaupun sebenarnya hatinya serapuh kertas.

"Asya...Tok ma dah tak ada.."

Kelu lidah aku hendak berkata-kata. Bumi bagaikan berhenti berputar. Masa umpama berhenti berdetik lagi. Dunia dirasakan begitu kosong pada mataku.

Yang tinggal kini hanya bayangan senyuman manis Tok Ma aku merangkap ibu kepada mama yang bermain-main di benak fikiran. Sekelip mata bayangan itu hancur retak seribu sebaik sahaja teringatkan wajah itu sudah tidak lagi bernyawa. Tanpa dipinta, air mata aku gugur perlahan-lahan.

"Mama? Mama cakap apa?" Terketar-ketar suara aku ditutur. Berharap sangat yang aku sedang salah dengar. 

Wajah papa keruh berdiri di belakang mama. Mama masih lagi menangis teresak-esak di bahuku. Melihat mama dan papa tidak memberi jawapan, nafasku mula berombak ganas.

"Mama? Cakap pada Asya yang apa mama cakap tadi tak betul. Cakaplah mama...Papa, tolonglah. Cakap pada Asya yang semua tu tak betul. Tok ma masih sihat kan?" Aku menolak perlahan tubuh mama yang erat memeluk tubuh aku. 

Aku memandang wajah mama yang suram dan sudah dibasahi air mata.

Mama menggeleng kecil. Terus dia melentokkan kepalanya pada dada papa dan melanjutkan lagi esakannya. Hatiku mulai tak keruan. Aku pandang papa dengan tatapan sayu. "Papa.."

Papa melepaskan keluhan perlahan. "Asya. Jangan tanya apa-apa lagi. Kemas barang kamu sekarang. Kita gerak ke Kuala Lumpur."

Kala itu, tubuh aku seperti mahu rebah mencium lantai simen itu. Otot saraf aku bagai sudah tiada fungsi. Di fikiran aku hanya terbayang wajah tua Tok ma yang banyak menjaga aku tika aku masih kecil. Suara wanita tua itu gemersik terngiang-ngiang di telinga. 

Nasihat dia bersilih ganti bermain di telinga. Senyuman manisnya masih dapat dirasakan betapa bahagianya dia.

Aku kuatkan tubuh. Langkah kaki aku terasa lambat memasuki kelas mengemas semua peralatan sekolah aku. Setelah itu, segera beg itu disandang dan berlari ke arah keluar sekolah. Air mata aku sudah lebat menghujani pipi. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now