BAB 102 : Jangan Benci

133 19 10
                                    

"IBU!"

Aku akhirnya tersedar dari mimpiku yang panjang. Nafasku berderu kasar sambil dadaku turun dan naik mengambil nafas. Keringat di dahiku mengalir perlahan tidak aku hiraukan.

"Qaqa..kau bangun akhirnya.."

Aku tersentak mendengar teguran Asyad yang berada di sisi, manakala Asy sedang duduk diam memangku kakiku di ribaannya.

"Ibu..Mana ibu?" Soalku melihat katil itu sudah tidak ada lagi di tempatnya sebelum ini. Aku menoleh ke arah Asyad dan Asy mengharapkan jawapan.

Asyad diam. "Qaqa..waktu kau tidur tadi, detak jantung ibu mula tunjuk tanda-tanda nak berhenti berdegup. Aku sempat panggil doktor dan ibu telah dialihkan ibu masuk ke wad ICU untuk rawatan selanjutnya." Terang Asyad dengan berat hati. Takut-takut Asya tidak dapat menerima kenyataan ini.

"Goshh..." Aku menghembus nafas berat. Meraup wajahku yang kebasahan dengan air peluh.

'Nampaknya, mimpi aku tu betul. Apa dia datang semata-mata nak bagitahu yang ibu akan mati ke?'

"Akak..kau jangan risaulah. Dia..akan okey." Sampuk Asy cuba menyedapkan hatiku.

Aku mengangguk kecil. Harap-harapnya.

Tiba-tiba pintu bilik wad itu dibuka seseorang dari luar. Seorang doktor lelaki berkot putih labuh sambil memakai penutup muka dan kaca mata muncul di muka pintu.

"Doktor, macam mana keadaan ibu saya?" Terburu-buru Asyad menghampiri doktor lelaki yang merupakan doktor yang memantau kesihatan ibunya sejak dulu lagi.

Lelaki yang berumur pertengahan abad itu menanggalkan cermin matanya sambil mengeluh perlahan. "Maafkan saya, tengku. Saya dah cuba yang terbaik. Tapi sekarang ni, ibu tengku dah tak dapat bertahan lama lagi. Ibu tengku dah sedar dan masih dalam keadaan lemah. Tengku bolehlah jenguk ibu tengku buat kali terakhir."

"Apa..?" Asyad terkelu. Dia terus menoleh ke arah Asya.

Mendengar berita itu, aku hampir-hampir rebah sekali lagi. Aku kuatkan diri. Terus aku membetulkan tudung dan pakaian yang tersarung di tubuhku bersiap sedia hendak berjumpa ibuku buat kali pertama dan kali terakhir selepas 12 tahun.

"Qiqi..aku nak cakap dengan ibu." Ujarku perlahan.

Asyad mengangguk. "Okey. Aku bawak kau ke sana. Kau..kena kuat. Okey, Qaqa?"

Aku tidak membalas. Lemah longlai aku berjalan melintasi doktor itu berjalan tanpa tuju. Perasaan hilang arah ini...aku pernah rasakan perasaan ini. Deritanya aku menahan pedihnya kegelapan yang menyelubungi, sakitnya tidak terperi.

"Qaqa! Tunggu aku!"




.



.



.





ASYAD menolakkan pintu wad yang berwarna putih itu untuk aku masuk ke dalamnya. Sedangkan dia tunggu di luar wad, aku seorang diri menghadapi wanita ini.

"Ibu..." Panggilku perlahan dan sayup.

Seorang wanita yang terbaring di atas katil sedang menggunakan alat bantuan pernafasan menoleh ke arahku serentak ketika aku memanggil dia. Tubuhnya diselirati dengan wayar-wayar bermacam-macam warna. Dari jarak beberapa meter jauhnya, aku dapat lihat matanya sudah dibanjiri air mata.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now