BAB 75 : Tak Ingat

128 19 2
                                    

MATAKU tidak lepas daripada membaca semula pesanan Mikhayla, Nuri dan Shasha tadi yang ditulis di dalam buku nota kecil milikku. Banyaknya pesanan diorang ni. Baru aku faham perasaan si waiter nak ambil pesanan orang yang berderet.

"Hei, Asya. Aku dah belikan makanan diorang dan kau, then aku nak beli air pulak lepas ni. Tapi masalahnya, tangan aku tak cukuplah. Can you just take it away? Hantarkan dekat diorang tu. Biar aku beratur beli air." Tegur Nisa selepas habis membeli pesanan makanan di kaunter belah kanan. 

Penuh tangan dan kirinya memegang dua pinggan Nasi Ayam dan Spaghetti Carbonara. Di celah jari-jarinya pula disangkut dengan plastik-plastik berisi kuih-muih dan makanan pencuci mulut yang lain. 

Aku tersenyum nipis lantas menyimpan buku nota kecil di dalam poket baju kurung. Segera mengambil dua pinggan dari tangan Nisa. Dua plastik berisi kuih-muih itu aku selitkan di celah-celah jariku. Huih..rasa diri ini betul-betul macam waiter.

"Ah, kau ada nampak tak diorang duduk mana? Kantin ni macam penuh je." Aku memanjangkan leher mencari-cari susuk tiga gadis itu. Namun tidak kelihatan di ruang mata.

"Oh, ada. Tadi aku nampak diorag duduk dekat pondok tepi pokok kelapa sana tu. Kau tahu dekat mana kan?" 

Aku mengangguk laju. "Air yang kau kena beli, Milo Ais untuk Ayla dengan Sirap Bandung Ais untuk Shasha."

Nisa menunjukkan isyarat jari menandakan 'okey'. Kami pun bertukar haluan. Aku berjalan keluar dari perkarangan dalam kantin yang agak sesak dan bingit. Langkahku disusun penuh berhati-hati menuju ke arah tempat yang dimaksudkan Nisa tadi.

"Assalamualaikum!"

Teguran seseorang hampir-hempir membuat pinggan di tangan terlepas dari pegangan. "Waalaikumussalam!" Jawabku di dalam keadaan melatah. Mukaku merah menahan malu melatah di depan seseorang. 

'Haishh...biawak mana pulak yang bengap sergah-sergah aku ni? Sengaja nak tempah keranda ke apa?' Bisikku perlahan memaki hamun orang yang menyergahku.

Sepantas kilat aku menoleh ke belakang. Aku terkedu. Buat beberapa saat tubuhku jadi kaku. Aku hendak bersuara namun sedikit pun tiada suara yang mampu keluar dari kerongkongku.

"Hai, ingat kami lagi tak?" Soal dia memaparkan senyum manis. 

Aku mengalihkan pandangan dari melihat dua jejaka tampan itu. "Tak. Tak ingat." Bohongku lantas meneruskan jalan menghampiri pondok di tepi pokok kelapa yang semakin hampir denganku.

Aku ingatkan sudah berakhir, namun dua ekor ini masih lagi mengekoriku. Sambil berjalan perlahan, satu-persatu soalan mereka menyesakkan benak fikiranku. Sampai aku naik rimas!

"Woi, seriuslah! Takkanlah tak ingat kitorang?"

"Kau marah dekat kitorang ke?"

"Janganlah jalan laju sangat! Nanti jatuh kang, siapa susah?"

Aku berhenti berjalan. Nafasku berderu kasar mengumpul kesabaran yang berbaki. Aku menoleh ke belakang dengan kesabaran yang berbaki.

"Excuse me. Boleh tak jangan ikut aku? Bila aku cakap aku tak ingat, maksudnya aku tak ingat dan tak nak ingat. Jangan kacau boleh?" Aku cuba mengawal nada suaraku daripada meninggi. Nasib baiklah tangan penuh dengan pinggan-pinggan dan plastik, kalau tak dah lama kena lepuk budak dua ekor ni.

"Seriuslah weih? Kau tak ingat kitorang?"

"NO! I don't remember you both!" Balasku terus berlalu pergi. Tiada lagi gaya anggun dan berhati-hati yang aku lakukan tadi, berjalan tergopoh-gapah menghampiri tempat kawan-kawanku duduk.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα