BAB 72 : Peminat

142 23 7
                                    

BERITA yang disampaikan pembantu rumah itu benar-benar mengundang amarah si gadis. Habis berderai kaca dicampak geram. Bibir diketap kuat memendam amarah yang memuncak. Sederet pembantu rumah yang berdiri di tepi meja makan meneguk air liur gerun melihat anak majikan mereka sudah naik angin.

"Kenapa bonda dengan ayahadanda langsung tak bagitahu saya tentang diorang nak balik London? Kenapa awak yang tahu dulu?!" Melengking suara Daia bergema di seisi rumah banglo dua tingkat itu.

Gadis pembantu rumah menunduk memandang lantai. Tidak berani mengangkat wajah menatap wajah garang si gadis bergelar tengku itu. Walaupun telinganya bingit mendengar pertanyaan dia dengan nada suara yang menjerkah, dia reda sahaja. Tidak berani membantah walau sepatah. Kalau silap cakap, mungkin boleh kena pecat!

"Ma..maafkan saya Cik Tengku! Ini arahan Ku Zafri dan Puan Amber sendiri yang menyuruh saya untuk tidak bagitahu Cik Tengku. Saya tiada pilihan selain ikut arahan mereka. Maafkan saya sekali lagi, Cik Tengku!" 

Berulang kali si pembantu memohon keampunan. Takut sangat sekiranya dia ditendang keluar kerja! Siapa yang mahu menanggung biaya kehidupan dirinya dan adik beradik nya yang sederet? Janganlah sampai kena buang kerja!

Dada Daia berombak kencang. Terus dicapai telefonnya di atas meja makan. Dibiarkan sahaja sisa makanan tidak dihabiskan pantas meluru memanjat anak tangga. Semua pembantu rumah menghela nafas lega.

"Huihh..seram betul lah bila Cik Tengku marah. Habis terbalik semua benda. Silap hari bulan, rumah besar ni pun boleh terbalik. Dengan kita-kita sekali kena akibatnya." Ucap Mak Di, sambil mengurut dada.

Para pembantu rumah yang lain mengangguk setuju. Sememangnya mereka semua sudah terlalu masak dengan perangai sensitif si anak majikan. Lagi-lagi perihal ayahanda dan bonda nya. 

"ARGHHH!!"

Jeritan Daia yang bergema di seisi ruangan rumah membantutkan perbualan para pembantu rumah itu. Mereka saling berpandangan. Pandangan yang penuh tanda tanya.

"Apa aku perlu ke atas lihat Cik Tengku?" Soal seorang pembantu rumah berasal dari negara jiran iaitu Indonesia. Risau juga dengan kesihatan gadis muda itu.

Mak Di menggeleng kepala menindakkan. "Tak payah kau susah-susahlah Bayu. Kang nanti, kau pulak yang kena halau. Macam tak biasa pulak dengan perangai Cik Tengku tu. Kuat emosi!" Ujar Mak Di disertakan dengan anggukan para pembantu rumah yang lain.

Bayu diam. "Ya benar juga. Ngak apa-apalah. Aku pergi beresin toilet bentar." Bayu beralah tidak mahu menghabiskan masanya dengan berbual kosong dengan rakan kerja, lebih baik melanjutkan tugasannya yang belum selesai.

Mak Di dan para pembantu lain mengangguk bersetuju turut tidak mahu menghabiskan masa sia-sia. Terus mereka bubar bergerak menyelesaikan tugasan masing-masing.

.

.

.

"APA? Takkan kau tak jumpa apa-apa?" Jerkah Daia baran dengan pemanggil di telefonnya.

"Maafkan saya. Saya memang tak jumpa apa-apa yang berlaku selepas kejadian malam tu." Balas satu suara garau dengan teragak-agak.

"What? Tak mungkin! Takkanlah tak ada apa-apa berlaku? Mungkin dia kena halau keluar dari rumah ke?" Daia masih tidak boleh mempercayai kata-kata pengintip upahannya.

Kedengaran lelaki itu menengus kecil. "Tak ada Cik Tengku. Baru semalam Tengku Zariq dengan Syarifah Asyia bertolak ke Mekah. Elok je diorang duduk dalam rumah tu. Tapi kan, ada benda yang saya pelik lah."

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now