BAB 18 : Gosip Gila

220 29 0
                                    

"KENAPA kau kata aku macam tu?"

Semakin sinis senyuman yang terukir di bibir merah perempuan itu. Serta-merta darah aku menggelegak apabila soalan aku dibalas sinis. 

"Kau ingat aku tak tahu yang kau ada hubungan sulit dengan Asy?"

Bagai ada satu panah yang terbang menikam hatiku. Kenapa tiba-tiba nama Asy dibangkitkan? Budak tu tak tahu apa-apa. Sejak bila pulak aku ada hubungan sulit dengan Asy? Hubungan adik-beradik yang dirahsiakan ni boleh dikatakan hubungan sulit ke?

"A..apa kau cakap ni? Merepek apa kau ni?" Marahku ditahan-tahan. 

Nada suaraku hampir sahaja meninggi namun nasib baik perasaanku masih lagi mampu dikawal. Jika tak ada kesabaran yang tinggi bila berhadapan dengan minah sotong ni, alamatnya terbaliklah kelas ni dibuat aku.

"Apa aku cakap? Aku rasa kau lebih tahu pasal ni." Balasnya sambil wajahnya didekatkan pada wajahku. 

Senyuman sinisnya benar-benar menyakitkan hati aku. Namun aku tidak mampu berbuat apa-apa. Berat mulutku hendak menyangkal disebabkan aku takut aku terlepas cakap.

"Gila! Asya bukan macam tu!" Sampuk Mikhayla tidak sabar. 

Terbutang mata gadis itu menahan amarah. Aku terdiam. Terharu melihat kawan-kawan aku tetap mempercayai aku walaupun gosip gila dan merepek ini sudah tersebar di mana-mana. Aku minta maaf sebab merahsiakan kebenaran.

 Dan aku yakin suatu hari nanti korang akan tahu. 

Tiba masanya nanti.

Rissa mencebik. "Seriuslah? Korang masih lagi nak pertahankan perempuan ni walau bukti dah jelas depan mata? Jangan jadi bodohlah! Kenapa korang bodoh sangat ha percayakan si Asya ni bulat-bulat?"

"Kawan-kawan aku tak bodoh!" Suaraku akhirnya meninggi. 

Setelah sekian lama aku pendam, aku dah tak boleh tahan lagi kali ini. Rissa dah melampau! Bingkas aku berdiri menghadap Rissa berani. Mata kami saling bertatapan tajam. 

Kelu lidah Rissa seketika mendengar jerkahan kuat dari Asya tadi. Dia tidak percaya Asya berani menjerkahnya. Terhenjut sedikit bahunya. Bulu roma di tubuhnya serta-merta berdiri tegak kala bola matanya dipanah tajam oleh pandangan Asya. 

Terus terkatup rapat mulut Rissa tidak berani bersuara.

Nafasku sudah mulai tidak teratur. Turun naik nafasku berombak kencang. Mataku mencerlung tajam ke arah Rissa. 

"Kau dah melampau Rissa! Kalau nak kutuk, kau kutuk aku sudah! Tak payah nak libatkan kawan-kawan aku. Kau ingat kau siapa ha?!" Bicaraku kuat meluahkan segala amarah yang terbuku di dada. 

Lama dah aku pendam benda ni. Aku dah tak boleh sabar lagi kali ini.

Kini, kesemua pelajar-pelajar di dalam kelas 5 Canggih terlopong besar. Ada yang tidak berkedip kelopak mata. Bagai tidak percaya apa yang dilihat mereka! 

Buat pertama kali Rissa bersekolah di situ, dia dijerkah kuat di hadapan orang ramai. Kisah hari ini memang boleh dimasukkan ke dalam di antara keajaiban Sekolah High Star!

Berbahang wajah Rissa menahan malu apabila dijerkah di hadapan orang ramai. Waktu itu, sempat telinganya menangkap bunyi-bunyi yang mengetawakannya walaupun ia perlahan. Api kemarahannya di dalam tubuhnya menggelegak hebat.

"Apasal kau melenting? Betul lah yang aku cakap kan? Kau memang ada hubungan sulit dengan Asy kan? Dasar perempuan tamak! Asy kau nak. Eshal pun kau nak! Perempuan serakah!" 

Ringan sahaja rasa tanganku hendak menampar mulut lancang Rissa. Menggeletar tanganku cuba menahan sabar yang berbaki. Kalau aku tampar minah sotong ni hari ni, pasti tujuh keturunan minah ni malu nak masuk sekolah ni lagi! Biar padan muka! 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now