BAB 112 : Pertama Kali

134 17 2
                                    

MATAKU liar melilau ke kiri dan ke kanan. Mencari-cari kelibatnya di mana-mana namun sekali lagi aku hampa. Aku menoleh sekilas ke arah Asy yang sedang leka mengeringkan rambutku yang basah sejak tadi.

"Asy. Mana Eshal? Sejak Subuh tadi akak tak nampak dia. Dia pergi mana?" Soalku pada Asy sambil menatap jam di skrin telefon pintarku.

Asy diam. Dia tiada mood mahu melayan kakaknya berbicara. Hatinya masih terasa akan kata-kata Asya malam semalam.

"Asy? Kau dengar tak akak kata apa ni?" Tegurku lagi berulang kali. Sejak tadi Asy melayan aku dengan wajah kaku. Ditanya sepatah, dijawab sepatah. Dia masih terasa tentang hal semalam ke?

"Dengar." Jawab Asy dingin tetap leka menyisir rambutku. Hujung matanya sedikit pun tidak singgah ke arahku. 

Aku menggigit bibir perlahan. "Then? Jawab."

"Malas." 

Aku membolakkan biji mata besar. Tanpa amaran, lantas aku menoleh ke belakang menghadapnya. Asy membuat wajah datar, langsung tidak menatapku. Mungkin cermin di hadapanku jauh lebih cantik berbanding aku? Siapa tahu?

"Malas? Ke merajuk?" Soalku merenung Asy dalam-dalam.

"Dua-dua tak." Balas Asy sambil menyeluk poket seluar untuk mengambil telefon pintarnya.

"Asy, takkanlah kau terasa dengan akak pasal semalam? Seriously? Kau dah 16 tahun Asy. Jangan buat perangai budak-budak boleh tak?" Aku mengerutkan kening rapat sambil mata tidak lepas merenungnya.

"Kenapa? Salahkan Asy buat perangai budak-budak? Apa akak ingat budak 16 tahun tak boleh nak terasa hati? Logik manalah akak pakai." Ucap Asy tegas membangkang.

Aku tersenyum nipis. "Perasaan tu sesuatu yang kompleks Asy. Maaf, akak tak mampu nak fikir hati semua orang. Tapi apa yang Asy kena tahu, akak tak pernah lupa untuk fikirkan perasaan Asy. Maaf, semalam akak emosional sikit. Cakap lepas." Ujarku lembut seraya tangan kanannku naik mengusap rambut Asy lembut.

Asy kelihatan mencebikkan bibir. "Tahu pun. Sedar diri jugak akak ni." Gumam Asy menyembunyikan senyum panjangnya dalam hati.

"Jangan marah lagi eh? Anggap jelah Asy bercakap dengan orang gila malam tadi. Jangan simpan dalam hati. Ingat, hati adalah tempat untuk simpan benda-benda bersih je. Jangan simpan sesuatu yang kotor dalam tu." Pesanku mencucuk dada Asy dengan jari telunjuk.

Asy senyum manis. "Asy ingat.. Dah berpuluh kali akak pesan benda yang sama. Boleh tukar skrip tak?" Gurau Asy dengan senyuman nakalnya.

"Ishh, banyak cakap pulak budak ni. Tadi bukan main beku macam tunggul. Akak cakap nak tak nak je layan. Cepatnya tukar muka?" Perliku kembali duduk di posisiku tadi iaitu menghadap cermin.

Asy hanya sekadar tersengih manja. "Tadi tu Asy cuma practice acting je. Macam akak selalu cakap, sesuatu akan jadi lebih baik kalau dilatih selalu. Kan?"

Aku ketawa kecil. "Ya. Ya. Betul lah tu. Eihh..pandainya dia nak pusing cerita. Dah bijak sangat budak ni." Selorohku sambil tergeleng-geleng kepala.

Asy hanya senyum panjang. Dia sambung mengikat rambut Asya dalam gaya tocang satu. Gaya rambut yang paling merimaskan Asya.

"Tapi kan Asy..."

"Tapi apa kak?" Potong Asy acuh tak acuh. Terlalu tekun agaknya membuat lilitan rambut gaya tocang.

"Kau ingat kau boleh buat akak tertipu ke? Macamlah akak tak perasan yang kau ni tengah cuba lari topik. Akak tanya pasal Eshal, dia mana?" Tanyaku menyimpul senyum kecil, memandang riak wajah Asy yang perlahan-lahan berubah di pantulan cermin.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now