BAB 99 : Tak Berani

128 19 4
                                    

RIUH yang kedengaran serba sedikit mengganggu lena Asyad. Lelaki itu sudah beberapa kali menarik selimut menutup seluruh tubuhnya. Namun bunyi riuh-rendah itu tetap sahaja kedengaran. Dia rimas.

Di dalam keadaan separa sedar, sayup-sayup terdengar suara dua orang berbalas-balas kata. Senang cerita, perang mulutlah!

"Hei! Yang kau senyum-senyum ni kenapa? Tak dengar ke kitorang tanya apa?" Suara garang Mikhayla galak membentak seseorang. 

"Lah, aku nak senyum pun kena marah? Datang bulan ke apa kau ni? Orang lain tak bising, kau yang melebih kenapa?" Balas satu suara yang amat dikenali. Orang yang paling dia mahu lenyapkan. Asy..

"Eh, kau faham tak position aku sekarang ni?" 

"Tak faham dan tak nak faham." Asy memjawab sinis. Dia ketawa kecil di hujung ayatnya.

"Aku confuse! No, kitorang semua confuse! Kau jangan cakap kau tak tahu apa-apa eh. Berani kau menipu, aku kerat jari kau tu!" Di dalam kesempatan itu, sempat Mikhayla mengugut sambil matanya mencerlung tajam ke arah Asy.

Asy memeluk tubuh. Dia sebenarnya cuba hendak mencipta alasan daripada menceritakan perkara sebenar. Memberitahu hal yang terjadi seakan-akan menyelongkar sesuatu yang dia mahu pendam juga. Tetapi...adakah pilihan untuk dia berdiam diri sahaja?

Bukan sahaja Mikhayla yang menunggu penjelasannya. The HBoys, yang masih ada di situ, turut terkejut tambah keliru dengan keadaan..atau situasi yang begitu janggal dihadapi. Terlalu banyak persoalan yang menunggu untuk dijawab. 

"Haih..Asy. Jangan biar kitorang confuse boleh tak? Apa yang susah sangat? Cerita jelah. Is it...a secret?" Sampuk Haff tidak tahan berteka-teki dari tadi. 

Keadaan Asya, Asyad dan seorang wanita yang tidak dikenali di dalam sebuah wad merupakan sebuah kejutan besar baginya. Walaupun dia tidak kenal Asya begitu rapat, dia tahu yang gadis itu cukup dingin dengan orang asing. Apalagi nak lawat sampai tertidur di wad yang sama? 

What a very surprising situation. 

"Right, apa yang nak berahsia sangat? Ke..ada benda yang kitorang tak boleh tahu?" Kata Nisa pula. Dia memandang wajah pulas Asya yang tidak sedarkan diri terbaring di atas sofa dengan wajah pucat. Tidak tahu apa sebabnya, mungkin terlalu nyenyak tidur sehingga dikejutkan berkali-kali pun dia tidak celikkan mata.

"Aku..cuma tak nak korang shock je nanti." Ucap Asy selamba menyembunyikan rasa hatinya yang berkocak saat itu. Mahu berterus terang atau tidak? Masih adakah peluang untuknya untuk lari dari situasi itu?

"Shock? Ah, takkanlah. Kitorang semuanya tak ada penyakit asma. So, kau boleh bagitahu kitorang sekarang." Potong Aqlan tidak sabar-sabar. 

Walaupun wajah Asy tampak tenang dan bersahaja, dari cara Asy cuba melarikan pandangan mata daripada ditatap orang lain sahaja sudah dia dapat tahu yang pasti Asy sedang cuba menyembunyikan sesuatu.

Asy mengetap bibir. Dia berusaha sedaya-upaya untuk mengawal reaksi wajahnya yang sebenarnya. Ketika itulah bakat lakonannya teramat berguna untuknya. Tetapi dia harus tahu yang sehebat apa lakonan dia, hakikat mana mungkin menipu.

Sebuah hembusan nafas dilepaskan setelah dia mencapai kata putus.

"Sebe..."

Asy terhenti. Dia berfikir lagi.

"Ahh...goshh. It's totally complicated, don't you know? Aku nak cakap pun rasa macam ada yang tak kena, tahu tak!" Ujar Asy meramas kasar rambut sendiri. Diraup wajah berkali-kali menggambarkan betapa beratnya tekanan yang bertimpa di dalam fikirannya.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now