BAB 116 : Perangkap Memilukan

167 15 6
                                    

AKU tidak mampu mengawal rasa sebak setelah mengenangkan semula pahit jerihku bertahan dengan seksaan emosi ini selama bertahun-tahun. Aku fikir aku boleh biarkan ini berlalu pergi sendiri. 

Namun aku tidak menduga, ilusi yang dahulunya cuma muncul untuk memerhatikan aku, kini bertukar sebagai ilusi yang ingin menyesatkan aku.

"Well...kau memang lawak Asya. Hati kau menjerit-jerit nak sihat. Tapi tindakan kau sebaliknya. Kau cakap orang lain berpura-pura padahal kau pun sama! Hanya sebab kau takut keseorangan, kau rela berlakon jadi orang lain demi kepentingan diri. Kau memang pengejut, Asya!"

Jeritan suara itu terngiang-ngiang jelas di telingaku. Aku menggeleng-geleng kepala perlahan menindakkan. Tidak lama kemudian, air mata aku mula mencurah keluar setitis demi setitis.

"Tak... Tak... Aku tak pengecut. Aku bukan macam tu. Aku..."

"Tak cukup jadi pengecut, nak jadi penipu pulak. Kau tengoklah betapa ramai ahli keluarga dan kawan-kawan kau yang kau tipu. Dasar manusia penipu! Kononnya kau okey, walhal kau  tak! Hei, kau tak tahu ke menipu tu berdosa?" 

Sinis 'dia' bersuara. Bentakannya buat aku merinding kegementaran. Setiap bait kata suara itu menusuk tepat ke dalam jantungku. Aku dilukai tanpa belas kasih.

"Berhenti. Tak...aku tak macam tu. Aku tak ada niat nak menipu." Bisikku perlahan. Tubuhku kaku di sebalik selimut dan terus menggigil kuat. Namun semakin lama, semakin banyak suara muncul di telingaku.

"Hei, biarlah. Dia kan takut kena palau macam dulu lagi. Memang patutlah dia buat macam tu kan?"

"Kalau dia tak menipu, siapa je nak kawan dengan dia? Haihh...mana ada orang nak kawan dengan orang gila?"

"Heheheh, padan muka. Sekarang dapat tahu kena tipu hidup-hidup dengan mak bapak sendiri. Esok-esok, tak mustahil kena tinggal suami pulak."

"Nak buat macam mana? Itu je cara yang dia ada. Kesian betul."

Tangan kananku naik mencengkam kasar rambutku. Aku mencuba menutup telinga menggunakan sebelah tangan dan bantal yang ada. Namun ia tetap tidak mampu mengubah apa-apa. 

Kini, ada lebih daripada sepuluh suara sedang bercakap-cakap di telinga seumpama mereka memperlekehkan aku. Daripada ada suara yang kasihan bertukar menjadi sindiran. Aku memejam mata cuba menghalau suara-suara itu daripada terus mengganggu.

Dadaku bertambah sesak seolah-olah ada batu besar yang sedang menghempap badanku.

"Diam... Diam! Tolonglah. Bukan, bukan macam tu. Ja...jangan." Terkumat-kamit bibirku ingin menyangkal kata-kata mereka, tetapi rasa serba salah yang membeban kembali datang menggangguku semula.

"Heh, dasar penipu. Bila semua orang yang kau sayang tahu perkara sebenar nanti, tahulah kau langit tinggi ke rendah."

"Cakap orang hipokrit tapi dia pun sama. Manusia jenis apalah ni."

"Kalau aku ada dekat tempat lelaki ni, eh...simpang malaikat 44. Tak nak aku ada isteri gila macam ni. Malu!"

"Tulah kan? Desperate sangat nak nampak normal, at the end nanti, semua orang akan tahu jugak perkara yang sebenarnya. Time tu, berdoa jangan kena tinggal sudah."

Aku mengetap bibir erat. Kelopak mataku terpejam rapat. Peluh di dahiku sudah menitik ke pipi. Mungkin aku terlalu kepanasan akibat lama sangat terselubung dalam selimut. Nafas yang terumbang-ambing kian sesak di tengah-tengah kerongkong.

"Aku sumpah bukan macam tu. Tak, aku tak niat nak tipu. Sumpah..." Ulangku ribuan kali sehingga pusing kepala aku dibuatnya. 

Suara-suara itu makin galak menyindir dan mempersendakan, aku bertambah tertekan dibeban tekanan. Akar rambutku bagaikan mahu tercabut akibat aku mencengkamnya terlalu kuat dan erat. Serapat manapun telingaku ditutup telinga mahupun bantal, suara-suara itu tidak memudar walaupun sesaat.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now