BAB 48 : Memalukan

163 22 0
                                    

TEGANG situasi ruang tamu di dalam rumahku ketika itu. Jam menunjukkan pukul 2 pagi langsung tidak menghalang keputusan Tengku Zariq yang mahu mengumpulkan kami semua di ruang tamu. 

Kelihatan Tengku Syafiq dan Puan Elina turut diheret di dalam situasi tegang itu. Tidak ketinggalan adik bongsu Eshal, Elana juga diajak hadir di dalam perbincangan serius itu.

Aku meneguk air liur pahit. Jari kekal mengetuk riba. Menanti apakah yang bakal terjadi selepas ini. Pandangan sayu mama ke arahku sungguh melemahkan rasa hatiku. Aku mengerling sekilas ke arah Asy di sisiku. 

Jejaka itu berwajah cemberut. Mungkin kerana protes kerana lenanya diganggu atau selepas mendengar berita memalukan itu.

Kala ini, aku seperti mahu membenamkan wajah di dalam tanah. Malu! Aku perasan Eshal sibuk merenungku namun aku buat tidak endah. Apa yang terjadi sebenarnya? Bagaimana ahli pejabat agama boleh datang di masa yang begitu tidak sesuai dan ia sekaligus mengundang salah faham semua orang?

Mama dan papa pasti kecewa dengan aku. Aunty dan uncle pun. Asy tak payah ceritalah. Aku rasa, semua dekat sini mesti tak percaya dengan cerita yang aku sampaikan tadi. Apa boleh buat? Tak ada bukti dan saksi. 

Tunggu jelah apa yang bakal terjadi selepas ini. Harap papa tak mengamuklah.

"Asya. Papa bukan tak nak percaya Asya tapi.."

"Tapi sebab tak ada bukti dan saksi yang buat papa sangsi dengan Asya kan?" Kerutku berkerut memandang ke arah papa tercinta. Wajah lelaki itu keruh. Hatiku bagai tersentap melihat dia menganggukkan kepala perlahan. 

Lihat...

Semua orang tak percaya aku.

"Uncle, nothings happen between Eshal dengan Asya. We are trapped." Sampuk Eshal pula mempertahankan dirinya. 

Aku mengalihkan pandangan ke arah permaidani lembut berbulu di lantai. Seolah-olah hilang sudah harapan untuk dipercayai. Apa yang aku boleh buat saat ini? Pertahankan diri dan mengatakan kebenaran? Jika aku menerangkan kebenaran lebih 10 kali pun, kalau tak ada orang nak percaya..tak guna pun.

"Eshal, cuba beritahu uncle betul-betul. Macam mana Asya dan Eshal boleh ada dalam bilik hotel tu. Can't both of you just be honest?

Aku tercengang seketika mendengar jawapan yang terluah dari bibir papa. "Papa. Apa yang papa fikir? Papa memang langsung tak percaya pada Asya kan? Papa wants to ask us to admit something that didn't happen? Like that?

Papa kelihatan melepaskan satu keluhan berat yang hanya mampu membuatkan aku terdiam. 

"No. Bukan macam tu. Tapi, macam tak logik je. Siapa yang nak pengsankan Asya? Then, bawak Asya dan Eshal di sebuah bilik hotel untuk ditangkap JAIS. Motif? Ia tak logik Asya. Lagipun Asya tahu rumah kita dilengkapi bermacam-macam kelengkapan keselamatan. Mustahil orang luar boleh masuk rumah kita. Asya tak rasa ia tak masuk akal ke?"

Aku terdiam. Benar juga. Macam mana aku nak pertahankan diri dengan kata-kata sahaja?

"Zariq, macam mana ni? Kita tak boleh tuduh diorang buat benda tak elok sebab dua-dua tak mengaku. Lagipun, aku kenal anak aku Zariq. Dia tak akan buat benda yang boleh menconteng arang ke muka keluarga." Kata Tengku Syafiq setelah lama berdiam diri.

"Yalah bang... Kita pun kenal Asya kan? Dia tak pernah keluar malam. Even kalau dia nak keluar pun, mesti dia bagitahu kita. Saya tak rasa Asya akan buat perkara macam tu belakang kita." Sampuk Puan Asyia pula.

"Apa kata kita tutup je kes ni Zariq? Dua-dua kata mereka diperangkap. Jadi, tak adil kita salahkan mereka." Jelas Puan Elina membela.

Aku kekal memaparkan riak wajah keruh. Aku tahu waktu itu, papa tak akan biarkan kes ini berlalu begitu sahaja. Pasti ada bayaran yang harus kami bayar untuk menutup kes ini. Aku masak dengan perangai papa. Semua fikirannya adalah di luar jangkauan.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin