BAB 66 : Tak Cukup Tidur

168 25 3
                                    

KEDENGARAN bunyi derap kaki Asy laju menuruni anak tangga. Boleh bergegar rumah kala dia memijak setiap anak tangga seolah-olah dia sedang tergesa-gesa. Walhal, jam baru sahaja menunjukkan pukul 6:40 minit pagi. Rambutnya pun masih belum tersisir rapi. Tetapi sudah tergopoh-gapah menapak ke ruang dapur sambil menjinjit beg sekolahnya.

"Eh, kau ni dah kenapa Asy? Lari macam orang tak cukup tanah. Ada alien bertapak ke bumi ke?" Tegur Eshal baru sahaja kelar dari dalam ruangan dapur. Dia mengekek ketawa sendiri dengan jenaka yang diucapnya tadi.

Asy membuat wajah menyampah. Awal-awal pagi lagi dia dah terserempak dengan si abang ipar. Buat sakit mata betul! Lagi-lagi dengan mulut cakap lepas Eshal ni memang tak ada break. Main cakap je apa yang dia rasa. Mana fikir orang fikir apa. Dia pun tak tahu macam mana Asya boleh tahan dengan Eshal ni.

"Bisinglah kau! Aku nak jumpa kakak aku. Dia mana?" Soal Asy tidak sabar mahu memberitahu Asya berita yang dibacanya tadi. Mata meliar ke kiri dan ke kanan mencari kelibat si kakak. 

"Ah, kau tak payah nak kacau kakak kau. Pergi sarapan sana. Hari ni, biar aku offer jadi driver sementara korang. Free of charge." Ucap Eshal menepuk bahu Asy kasar sebelum mengatur langkah ke ruang tamu.

Asy terkebil-kebil mendengar kata-kata Eshal. Sejak bila mamat gangster ni jadi baik? Siap offer nak hantar pergi sekolah lagi. Dia ada terhantuk kuat ke? Tergaru-garu kepala Asy teringatkan senyum manis yang dilemparkan Eshal sebelum lelaki itu berlalu pergi tadi. Senyuman tu nampak bahagia sangat. Ada apa-apa jadi ke?

Tanpa berfikir apa-apa memandang dia tidak mahu namanya tersenarai di dalam senarai pelajar datang lewat, Asy terus melangkah ke dapur bagi melakukan rutin hariannya.

Sementara Eshal melabuhkan punggungnya di atas sofa ruang tamu. Wajah polos Asya sedang nyenyak tidur di sisinya di pandang lama.

'Alahai..tak sakit ke tidur duduk? Kesian pulak aku tengok.' Desis Eshal melihat Asya yang pulas lena walaupun di dalam posisi duduk bersandar. Eshal senyum nakal. Terus dia mengetik beberapa keping gambar Asya yang lena terlelap menambahkan koleksi albumnya. Eshal senyum-senyum sendirian.

Tak lama kemudian, telinga Eshal menangkap bunyi langkah kaki seseorang menghampiri ke ruang tamu. Eshal pantas memasukkan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Dia mula membuat pura-pura tekun menyarung stokin pada kaki.

"Aik? Akak tidur lagi?" Tanya Asy kehairanan. Berkerut-kerut dahi macam tidak percaya.

Eshal sekadar menjongket bahu tanda tidak tahu. Selesai menyarung stokin, lantas dia mengejutkan Asya di samping. Tidak mahu gadis itu terlalu lama tidur sekaligus membuatkan mereka lambat ke sekolah.

"Asya, bangun. Kita nak pergi sekolah ni. Baik kau bangun cepat, sebelum aku angkat kau masuk kereta." Di dalam saat itu, sempat Eshal mengugut. Niat di hatinya memang mahu sahaja dia mencimpung tubuh kecil itu. Tetapi tidak mahu menambah bengang di hati Asya selepas perbuatannya awal pagi tadi.

Mendengar ugutan itu menyapa gegendang telinga, mata Asya terus terbuka luas. Kepalanya ditoleh memandang wajah Eshal yang benar-benar hampir dengannya. Dapat dirasakan deruan nafas hangat Eshal menampar kulit wajah.

Spontan tanganku menolak kasar wajah Eshal jauh dariku. Tengok muka dia buat tambah menyampah. Dia ingat aku lupa ke apa yang dia buat pada aku pagi tadi? Hanya Allah sahaja yang tahu betapa terperanjatnya aku apabila tiba-tiba dijerus dengan air sejuk di bilik air. Sedar-sedar sahaja sudah ada di dalam bathtub. Lepastu dia boleh gelak? Naik hantu lah aku!

Dahlah aku liat bangun pagi ni sebab layan dia makan kek coklat berpinggan-pinggan awal pagi tadi. Sanggup aku berulang-alik dari bilik ke dapur semata-mata nak penuhkan perut dia yang macam tak pernah nak penuh. Nasib baiklah aku buat buat kek coklat tu dalam kuantiti yang banyak. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now