BAB 11 : Perjumpaan Kebetulan

261 34 5
                                    

KALA itu, Eshal sudah serupa troli di mata Puan Eliana. Segala barang berjenama yang dibeli, disuruhnya Eshal angkat. Malah, sudah berpuluh-puluh beg kertas dari pelbagai jenis jenama tergantung di kedua-dua belah tangan Eshal. 

Hilang sudah imej macho Eshal. Yang tinggal hanya imej seorang anak penurut ikut mummy nya pergi berbelanja.

Melihat orang sekeliling mula merenungnya, Eshal berusaha sedaya upaya menahan sabar. Puan Elina memang rambang mata tiap kali mengunjungi pusat beli belah tersebut. Semua kedai berjenama di dalam mall besar itu Puan Elina pasti akan masuk. 

Tidak kisahlah kedai itu jual apa. Asal penting ia berjenama!

"Mummy... Banyak lagi ke barang yang mummy nak beli?" Eshal mengeluh perlahan. Sempat dikerling jam tangan di pergelangan tangan. Matanya terbutang serta-merta. Dah pukul 10 lebih malam weih.. 

Puan Elina memalingkan kepalanya. "Jangan merungut! Ini denda untuk Eshal sebab ponteng kelas minggu lepas."

Mak aih...sempat lagi mengungkit. Mendengar kata-kata keramat Puan Elina, Eshal diam sahaja menurut mummy nya. Tidak mahu membantah lagi. Memang salah dia sebab ponteng kelas pada minggu lepas. 

Macam mana boleh sampai ke pendengaran daddy pun dia tak tahu. Adalah tu reporter tak bertauliah yang pandai-pandai nak buat kerja amal.

"Wah cantiknya handbeg ni.. Eshal, cantik tak?" Tanya Puan Elina sambil memegang sebuah tas tangan kulit berkualiti tinggi. Tetapi tas tangan itu kelihatan tidak sesuai dengan usia mummy nya. 

Manalah sesuai tas tangan macam ni untuk orang seusia mummy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Manalah sesuai tas tangan macam ni untuk orang seusia mummy. Tak sesuai. Tak sesuai.

"Macam tak sesuai je handbeg ni untuk mummy. Pilih yang lainlah mummy." Cadang Eshal jujur. Tetapi dia tidak memberitahu lah sebab tas tangan itu tidak sesuai dengan Puan Elina. Takut pula wanita itu terasa hati.

Kening Puan Elina bertaut. "Siapa kata handbeg ni untuk mummy? Ini untuk bakal menantu mummy lah.."

Terlopong mulut Eshal mendengar kenyataan itu. Menantu? Siapa pulak nak kahwin? Nak kata adik dia, perempuan. Takkanlah mummy nak bagi handbeg tu dekat menantu lelaki? 

"Elana nak kahwin ke mummy? Eh, tapi dia tu muda lagi."

Lantas Puan Elina menyekeh perlahan kepala anak terunanya itu. "Apa pulak Elana nak kahwin? Eshal lah. Handbeg ni, mummy nak bagi untuk bakal isteri Eshal."

Sekali lagi mulut Eshal terlopong luas. Isteri aku? Mummy ni bermimpi ke apa? Umur aku baru 17 tahun kot. Nak kahwin apanya? Malas nak membantah Puan Elina, Eshal membiarkan sahaja 

Puan Elina membuat bayaran untuk membeli tas tangan berjenama itu. Alamatnya memang berhabuklah tas tangan tu nak tunggu Eshal kahwin.

Habis sahaja membeli tas tangan itu, Puan Elina terus keluar dari dalam butik beg berjenama itu. "Eshal, jomlah kita solat Isyak. Dah masuk Isyak ni." Ucap Puan Elina sambil merenung jam tangannya. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now