BAB 5 : Bahasa Spanish

321 38 0
                                    

"ASYA, aku nak kenalkan kau dengan kawan-kawan aku ni."

Aku mengangkat kepala memandang Mikhayla. Mikhayla senyum membalas pandangan aku. Mata aku melihat pula ke hadapan. Tiga orang perempuan yang aku perasan tadi duduk di barisan meja di depan kami sedang memalingkan tubuh menghadap aku. Aku terdiam kejap. Apasal dia orang duduk pandang aku ni?

"Hai. Nama aku Tengku Faranisa. Panggil Nisa je." Kata seorang perempuan yang duduk di meja hadapan Asy. Aku membalas senyumannya.

"Hai. Asya. Selamat berkenalan." Balas aku agak kekok.

"Aku pulak Sharifah Nuria. Just call me Nuri." Ucap seorang gadis yang duduk bersebelahan dengan Nisa pula. Aku mengangguk. 

Aku melihat seorang gadis di sebelah Nuri pula. Gadis itu leka meneliti wajah aku. Aku terasa tidak selesa dengan tatapan gadis itu. "Shasha! Apasal kau pandang Asya macam tu?" Tanya Nuri turut perasan kawannya yang dipanggil Shasha itu terlalu asyik merenung Asya.

Shasha tersedar apabila ditegur. Dia tersengih. "Tak adalah. Aku perasan yang muka Asya ni macam ada campuran orang Arab. Kau orang tak perasan ke?" Ujar Shasha bersungguh-sungguh. 

Serentak itu, Mikhayla, Nisa, Nuri dan Shasha merenung aku. 

"Dahlah tu. Apa yang peliknya? Aku memang ada mixed Arablah." Balas aku tidak selesa akan renungan ketiga-tiga sekawan itu. 

Aku tiba-tiba teringatkan arwah atok aku yang dijemput Ilahi saat dia berumur 10 tahun. Atok dulu adalah berketurunan Arab. Sesak dada aku apabila terngiang-ngiang alunan bacaan surah atok yang merdu di telinga. Rindu!

Mereka mengangguk faham. "Patutlah. Eh, tak silap aku, Asy pun ada mixed Arab kan?" Tiba-tiba Nisa menyentuh nama Asy. Asy mendongak mendengar namanya disebut. 

Dia berpaling membalas pandangan Nisa dengan senyum meniti di bibirnya. Ah, sememangnya lelaki itu murah dengan senyuman.

"Kau orang ada sebut nama aku ke?" Tanya Asy memandang aku, Mikhayla, Nisa, Nuri dan Shasha secara silih berganti. 

Dingin aku tidak membalas pertanyaan Asy. Masih geram dengan perbuatan lelaki itu tadi. Mahu marah tidak boleh. Aku pendam sahajalah amarah aku ni di dalam hati. 

Kalau diikutkan rasa marah dan geram yang marak ini, sudah pasti putus telinga Asy dipiat aku. Baru puas hati. Peringatan agar apabila melakukan sesuatu itu kena fikir dulu.

"Kita orang cakap pasal kau ada mixed Arab kan? Kebetulan, Asya pun ada mixed Arab." Ujar Nisa. Tidak perasan langsung riak wajah aku yang mulai dingin dengan si Asy.

Asy mengangguk faham. Tidak mahu cakap banyak takut terlepas cakap. Nanti tak pasal-pasal telinganya yang menjadi mangsa oleh Asya. 

"By the way Asya, kau dapat berapa bintang? 5 atau 4?" Tanya Mikhayla sedari tadi soalan itu bermian di benaknya. 

"Errm..5." Jawab aku perlahan. 

Teragak-agak juga hendak menipu. Namun daripada terkumul dengan sekumpulan budak bijak, lebih baik aku berbohong untuk seketika. 

"Aku dah agak dah. Dalam kelas ni, ramainya dapat 5 bintang. Kecualilah si Eshal tu. Dia dapat 6 bintang tapi masih dalam kelas ni. Kesian." Ujar Nuri dengan nada mengejek. Dia memasang wajah jengkel.

Aku membuka mata besar. "Eh? Ada budak dapat 6 bintang ke dalam kelas kita?" Soal aku tertarik.

Mereka bertiga mengangguk mengiyakan. "Kau nampak tak budak lelaki yang duduk dekat bahagian kiri barisan kedua pada meja yang paling kiri. Itulah Tengku Eshal Daniyal. Ketua geng The HBoys."

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now