BAB 87 : Realiti

166 22 16
                                    

"PALSU? Eh kejap. Kau tengah cakap video nyanyian dia yang dikatakan sumbang tu ke?" Soal Eshal teragak-agak. 

7 tahun lepas, dia tidak lihat pun video itu. Memang sejak azali tidak suka mendedahkan diri pada media sosial. Segala berita-berita hangat dan sensasi di media sosial tidak ubah seperti angin lalu baginya.

Kepala Asyad mengangguk mengiyakan. "Yes, and I guess, kau tak tengok pun video nyanyian dia 7 tahun lepas tu, am I right?" Tekaan Asyad tepat mengena batang hidung Eshal.

Eshal senyum sumbing menggaru-garu kepala yang tidak gatal. "Yeah but..aku ada tengok video nyanyian dia yang baru-baru ni viral. Tak sumbang pun. Tapi, video tu adalah video yang dirakam pada tahun yang sama. Ada kena-mengena dengan kau ke, Asyad?" Duga Eshal mengurut dagu sendiri.

"Boleh dikatakan macam tu lah. 7 tahun lepas, ada pihak yang bangang tak ada kerja agaknya pergi sebarkan video nyanyian yang sama. Tetapi dengan suara yang berbeza." 

"Maksudnya, video yang viral 7 tahun lepas tu bukan suara Asya? Suara orang lain?" 

Asyad mengangguk. "Lebih tepat lagi, suara edit. Boleh dikatakan satu Malaysia tertipu dengan video tu. Tapi bukan aku. Memang editan nya sangat smooth dan kemas. Susah bagi orang biasa nak tangkap yang tu suara edit. Aku cuba dapatkan video rakaman dengan suara yang sebenar dari banyak pihak."

"Tapi..aku agak latar belakang pihak yang sebarkan video palsu tu bukan biasa-biasa. Diorang boleh halang daripada video asli tersebar di media sosial. Beberapa bulan lepas, finally aku dapat video yang asli. Lepas berhari-hari bertungkus-lumus, barulah aku dapat hack akaun laman sosial diorang. Lepas dapat hack, barulah aku dapat delete video palsu tu daripada internet."

Eshal mendengar penjelasan Asyad dengan tekun sekali. Tidak sangka Asyad dapat melakukan semua itu seorang diri. Merungkai masalah yang tidak kelihatan dengan cara sendiri. Benar-benar berlagak gaya seorang pahlawan sejati.

"Woahh..aku biasanya jarang puji orang. Tapi untuk kali ni...kau memang hebat Asyad." Ucap Eshal dengan rasa kagum sambil bertepuk tangan beberapa kali. Entah itu adalah sindiran atau pujian, hanya Eshal seorang sahaja yang tahu.

Asyad membolakkan biji matanya memandang ke tempat lain tanda menyampah. Langsung tidak terasa dirinya dipuji. Baginya, asalkan kata-kata itu keluar dari bibir Eshal, baik itu sindiran atau pujian, percaya pada lelaki itu hanya akan mendatangkan masalah. 

Tidak tahu mengapa, Asyad merasa begitu anti dengan kehadiran lelaki yang sudah bergelar adik iparnya itu. Tidak benci ataupun dendam. 

Cuma rasa jengkel dan menyampah. Mungkin kerana...lelaki itu terlebih dahulu berjaya mengisi kekosongan dan kesepian di dalam hati gadis yang paling disayanginya.

"Uhh, tak payah tunggu kau cakap pun aku tahu." Balas Asyad mengekalkan raut wajah dinginnya itu.

Eshal senyum sinis. 'Haihh..lelaki ni memang tak pandai sorok langsung. Kenapa jelas sangat muka kau tu tunjuk yang kau tak suka aku?' Eshal ketawa terkekek-kekek di dalam hati. 

Asyad tidak menyukainya bukanlah sebuah perkenalan yang baik. Tetapi bagi Eshal, itu adalah sebuah permulaan yang baik. Perasaan tidak suka itu akan menjadi perasaan benci bila sampai satu masa nanti. Dan perasaan benci adalah perasaan yang akan menjadi jambatan untuk perasaan suka kelak. 

Daripada terlalu suka, baik terlalu benci.

"Aku tak akan berkira dengan kau kali ni memandangkan kau dah tolong Asya. Hhmm..dari apa yang kau cakap tadi, video nyanyian dia yang baru-baru ni viral, kerja kau lah kan?" Teka Eshal main serkap jarang.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now