BAB 96 : Murung

138 19 7
                                    

SATU hembusan nafas dilepaskan menandakan dia sudah bosan. Rancangan televisyen yang bermain di kaca TV langsung tidak dapat menarik perhatian jejaka itu. Melainkan bunyi suara yang datangnya daripada video yang dimainkan oleh Asy di laptop ribanya. 

Jika termasuk pada kali itu, sudah hampir 5 kali video itu diulang semula. Eshal jadi hafal dengan setiap satu perkataan yang didengarinya sejak tadi.

Tetapi Eshal tidak mahu membalas apa-apa sebaliknya kembali menonton televisyen. Cuba menahan diri daripada mengganggu Asy yang ingin berseorangan. Dia tahu ketika itu memang bukan waktu yang tepat untuk dia bergurau-senda dengan si adik ipar. 

Asy baru sahaja terpukul dengan rasa kecewa selepas mendapat tahu kejadian yang sebenar. Pasti dia memerlukan masa untuk bertenang.

Tapi..perlu ke ulang video tu sampai 5 kali?




Pengacara : "Bercakap tentang rapat, semua orang dapat lihat betapa rapatnya Tengku Asya dan Tengku Asy sebagai adik-beradik. Malah Tengku Asy pun pernah memuji kecantikan Tengku Asya di dalam internet dan tidak malu-malu untuk mengucapkan 'I love you' secara terang-terangan. Boleh Tengku Asya gambarkan kepada kami, rapatnya hubungan tengku dengan Tengku Asy seperti apa?"

Asya : Lebih rapat daripada isi dan kuku. Dalam dunia, Asy paling faham saya. Dia mungkin kenal saya lebih daripada saya kenal diri saya. Kalau seseorang tanya pada saya, apakah kurniaan terindah dalam hidup saya, dan saya akan jawab, ada adik macam Asy adalah kurniaan terindah dalam hidup saya.

Asy : Ya ke, kak?

Asya : Pernah ke akak tipu kau?

Asy : Selalu..

Pengacara : Aww..so sweet both you. Kalau kami tak tahu yang kalian adik beradik, memang kami akan ingat kalian adalah sepasang kekasih. Baiklah. Kita move on to Tengku Asy pulak. Sebelum ni, tak pernah pun tengku post mana-mana gambar Tengku Asya di Instagram tengku. Tapi baru-baru ni, barulah perlahan-lahan tengku berani post gambar Tengku Asya di Instagram tengku. Ada apa-apa yang tengku nak jelaskan?

Asy : Bagi saya benda tu bukan isu pun. Akak saya tak suka gambar dia ada dalam IG saya. Dia tak suka jadi pusat perhatian. Dan sebab tu jugaklah, kami rahsiakan hubungan sebenar kami sebelum ni.

Pengacara : Ohh..faham. Baiklah. Tengku Asya dan Tengku Asy, kali ni kita nak main satu game.

Asya & Asy : Game?

Pengacara : Yup. Game. Sebuah game simple sahaja. Iaitu game 'Kenal atau Tidak'. Rasanya game ni dah tak asing lagi pada zaman sekarang kan?

Asy : Ha'ah..saya pernah tengok orang main. Tapi tak pernah cuba. Kalau akak?

Asya : Samalah.

Pengacara : Jadi game dia mudah sahaja. Kalian perlu jawab soalan yang diberikan tentang antara satu sama lain dengan cepat. Tak boleh nak fikir dulu. Siapa yang paling banyak betul, dialah pemenang.

Asy : Okay! Akak, aku bet kau mesti kalah.

Asya : Ishh..confident nya dia. Tak apa, kita tengok. Siapa yang kena buang sampah lepas ni.

Pengacara : Baik, soalan pertama diberikan kepada Tengku Asya. Soalannya berbunyi, apa makanan yang Tengku Asy suka makan?

Asya : Kit Kat Chocolate!

Pengacara : Betul ke Tengku Asy?

Asy : Betul! Alah..common sangatlah soalan ni. Ada soalan susah sikit tak?

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now