BAB 70 : Cebisan Mimpi

138 23 7
                                    

JELAS kedengaran di cuping telinga Eshal disapa dengan suara Asya halus merengek kecil penuh sayu. Eshal menunduk menatap muka Asya yang tidak setenang tadi. Berkerut-kerut kening dan bibir kering gadis itu seperti sedang mengungkapkan sesuatu. Serta-merta Eshal diserang panik.

"Ibu..Qaqa nak ikut ibu." Ungkapan itu semakin jelas kedengaran. Fikiran Eshal berselirat dengan bermacam-macam persoalan. Kening Asya bertaut rapat dengan kelopak matanya yang terpejam rapat.

Eshal hendak menenangkan Asya namun hatinya menghalang. Bibir Asya masih bergerak-gerak seperti hendak mengatakan sesuatu. Perasaan ingin tahu Eshal makin menebal.

'Siapa ibu? Asya tak panggil mama dengan panggilan ibu. Dan..siapa Qaqa?' Gumam Eshal di dalam hati kecilnya. 

"Jangan tinggalkan Qaqa ibu.." Lirih nada suara Asya serentak itu setitis mutiara jernih mengalir di pipi gebu gadis itu. Eshal terkesima. 

'Dia mimpi apa sampai menangis? Ya Allah..kenapalah dia ni suka sangt buat aku risau?' Eshal tanpa lengah menyeluk poket seluarnya mencari-cari tisu namun tiada. Yang ada hanya sapu tangan hasil sulaman Asya yang pernah dihadiahkan kepadanya dahulu. Sapu tangan itulah yang selalu dia bawa ke mana sahaja. 

Selalunya, Eshal seboleh-bolehnya tidak mahu mengotori sapu tangan istimewa itu. Tetapi dalam hal ini, hatinya lebih tidak sampai hati membiarkan titisan air mata si kesayangan jatuh pada lantai.

Perlahan-lahan Eshal mengelap air mata Asya yang mengalir. Eshal senyum tawar. Riak wajah Asya mulai beransur-ansur tenang. Tiada lagi kerutan pada wajah gadis itu.

Eshal lega. 'Agak-agaknya, apa yang dia mimpi ni? Sampai nangis-nangis macam ni. Risau betul lah. Asya, boleh tak jangan buat aku risau sebab kau?' Eshal mencucuk nakal pipi gebu Asya sengaja mengusik.

Dia ketawa kecil melihat Asya berkerut akibat dicucuk Eshal. Eshal ketawa nakal. Seronok mengusik si gadis yang ketiduran pulas. Seketika dia mendengus lembut menahan lenguh di bahunya.

'Ishh..macam nak tanggal bahu aku ni. Patut ke aku tolak kepala dia ni? Tapi kalau dia bangun macam mana? Tak sampai hati pulak nak kejut budak ni.' Eshal diselubungi perasaan serba salah.

Sebelah hatinya begitu tidak ingin menganggu lena Asya yang kelihatan begitu asyik, tetapi sebahagian hatinya lagi sudah tidak mampu menahan lenguh di bahu kanannya. Otot bahunya bagai sudah mati rasa. Eshal dilema seketika.

"Kesimpulannya, dengan menyulam kita dapat menghasilkan pelbagai reka bentuk fesyen yang luar jangkauan kita hanya menggunakan daya imaginasi luar biasa kita semua. Saya harap, penyampaian saya hari ni, sedikit sebanyak mendatangkan faedah pada kamu semua. Ingat, saya percaya setiap pelajar Sekolah High Star mempunyai bakat mereka tersendiri, jadi gunakanlah bakat kalian untuk kebaikan kita dan orang lain. Dengan ini, tamatlah pendedahan saya pada hari ni. Terima kasih kepada Tengku Syafiq kerana menjemput saya ke sekolah ni. Semua kebanggaan bagi saya dapat ke sekolah berprestij ini. Sekian terima kasih."

Kata-kata akhir Sharifah Asyrina disambut dengan tepukan gemuruh para pelajar. Masing-masing begitu asyik dan terpukau melihat contoh-contoh hasil sulaman yang pernah dihasilkan wanita itu. Kelihatan benar-benar unik dan berkelas tinggi. Memang wajar sangat ia dijual dengan harga mahal.

"Astagfirullah!"

Eshal tergamam melihat Asya tiba-tiba mencelikkan biji mata. 'Apahal perempuan ni tiba-tiba bangun ni? Kena sampuk ke apa?' Eshal menghela nafas lega namun dalam masa yang sama dia nyaris melompat akibat terkejut Asya yang sedari tadi berada di bahunya tiba-tiba bangun tanpa sebarang tanda.

Aku menggenggam dada. Jelas aku dapat rasakan debaran di dadaku berdetak begitu kencang sekali. Dadaku terasa begitu sesak dan aku tiba-tiba berasa sukar bernafas. Turun, naik tubuhku mengambil nafas. Fikiranku masih tidak dapat lupakan cebis-cebisan mimpi itu.

"Hei, Asya. Kau okey tak ni?" Eshal mulai berasa panik melihat Asya seperti penghidap asma. Riak wajah Asya yang kelihatan seperti baru sahaja mengalami mimpi seram menambahkan lagi rasa ingin tahunya.

Bibirku menggeletar dikawal debar. Sungguh mimpi yang aku lalui tadi cukup membawa aku berasa seperti di panggung wayang. Sebuah cerita penuh air mata terpapar di layar besar hadapanku. Menyaksikan setiap babak yang dipenuhi dengan adegan menyentuh hati.

Dan yang paling membuatkan dadaku sesak, wajah itu begitu mirip denganku. Setiap yang mengalir di pipinya berkongsi kesan yang sama denganku. Bayangan dia tetap tidak dapat aku lupakan sehingga aku bangun dari mimpi ini.

Siapa dia?

Mimpi yang ku rasakan begitu lama bermain di layar mimpi, memaparkan segala babak pilu lagi sayu. Adegan seorang kanak-kanak perempuan berusia kira-kira 5 tahun ditinggalkan si ibu dan abangnya. Sakitnya ditinggalkan itu meninggalkan rasa yang begitu dalam pada hatiku.

Entah mengapa aku tiba-tiba merasakan yang kanak-kanak itu..

..aku?

Aku menggeleng kepala berkali-kali menindakkan. Kepalaku berpinar-pinar selepas menerima mimpi itu. Rasa pening ini benar-benar persis seperti kali pertama aku pingsan semalam. Aku kembali menyandarkan kepala pada bahu Eshal. Nafasku berderu lemah.

"Hei, Asya. Janganlah buat aku risau macam ni. Kau kenapa? Nak pergi bilik sakit? Aku bawak kau pergi suite kau eh?" Suara Eshal bernada cemas sedikit demi sedikit telah memujuk hatiku. Kalau diikutkan hatiku yang lemah tidak kuat menahan pusing di kepala, sudah lama aku pengsankan diri. Namun dek tidak sampai hati melihat jejaka ini risaukan aku, aku gagahkan juga diri membuka kelopak mata.

"Aku..okey. Tapi, boleh bawak aku pergi suite room aku? Aku rasa nak pengsan lagi. Tolong?" Pintaku perlahan. Tidak mahu rebah di situ, nanti semakin banyak spekulasi yang dibuat para pelajar High Star agi-lagi tentang isu aku pengsan semalam pun belum reda.

Eshal mengangguk laju. Masakan dia hendak mengatakan tidak. Cemasnya hanya Tuhan sahaja tahu kala kelopak mata Asya sudah mahu tertutup lagi. Dia membantu Asya bangun lalu berjalan keluar dari dalam dewan dengan pintu dari belakang.

Tidak hiraukan lagi kiri dan kanan. Yang penting Asya tidak rebah lagi ke lantai seperti semalam. 

Tanpa mereka sedari, sepasang bola mata sedang merenung tajam ke arah mereka. Renungan yang penuh curiga.

Bersambung.

Anda tidak akan dapat merasai nikmatnya bahagia tanpa melalui peritnya ujian.

-AisyNana-

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now