BAB 10 : Hampir Terbongkar

268 32 3
                                    

PERASAN akan jelingan Asya yang tajam di sisinya, pantas mulut Asy dikatup rapat. Tidak berani bersuara lagi. Dapat dia rasakan aura kemarahan Asya yang mengenai tubuhnya. Jangan buat main... Silap haribulan menderita tak dapat gajet selama sebulan! Sungguh! Asy dah serik!

"Ha'ah. Kitorang kenal macam gitu je. Jangan fikir yang merepek-repek okey. Lagipun aku kan pernah cakap, Asy bukan taste aku."

Terjegil biji mata Asy mendengar kutukan Asya di hadapan mata. Serta-merta mulutnya tak boleh digam lagi. Gatal mulut Asy ingin membalas kutukan Asya. 

"Oh ya? Asy bukan taste akak? Jadi, macam mana taste akak?" Tutur Asy sengaja membalas geram. Terasa juga hatinya ditolak depan orang walaupun ia adalah Asya, kakaknya sendiri.

Pantas aku menekup mulut Asy. Aku terlambat...

"Asya? Kenapa ni?" Tanya Mikhayla kehairanan. Lebih hairan lagi dengan gelagat Asya yang terburu-buru menekup mulut Asy.

Asy segera tersedar akan ketelanjuran kata-katanya. "Ada lalat! Asya tolong halau lalat daripada masuk ke mulut aku tadi." Terang Asy cuba menutup ketelanjurannya tadi. Jelingan Asya menyesakkan nafasnya.

"Sampai bila kau nak menipu Asy?"

Ha! Barulah aku dengan Eshal bersuara. Dari tadi diam je. Tapi, apa maksud dia 'sampai bila nak menipu?' Dia tahu ke tentang penipuan hubungan aku dan Asy? Apabila aku lihat wajah Asy, rautnya berubah sedikit bengis.

"Bukan masalah kau lah. Tak payah nak jadi penyibuk. Uruskan je masalah kau. Kalau sampai perkara tu ke telinga semua orang, kau siap sedia jelah berurusan dengan aku." Marah Asy seperti memahami maksud tersiarat pertanyaan Eshal tadi.

The HBoys ketawa serentak. "Kau ugut kitorang ke? Hahaha! Sorry man. Kitorang tak takut." Ucap Aqlan selamba.

Aku tertanya-tanya. "Wei Asy. Apa yang kau sembunyikan dari akak?" Aku berbisik perlahan di telinga Asy. Asy pandang aku lama sebelum satu hembusan nafas terbit dari bibirnya. 

"Diorang dah tahu yang kita ni adik beradik. Pagi tadi dia ugut aku untuk bocorkan perkara ni dekat satu sekolah." Luah Asy perlahan di telinga aku. 

"Wei! Korang bisik-bisik apa? Cakaplah kuat-kuat. Kitorang pun nak dengar." Tegur Nisa. Rasa ingin tahu di hatinya membuak-buak apa yang dibisikkan oleh Asya dan Asy. Wajahnya cemberut sambil mengunyah-nguyah kuih pelita manis di mulut.

Aku terdiam. Bukan kerana mendengar teguran Nisa yang tiba-tiba. Namun apabila mendapat tahu yang The HBoys sudah tahu rahsia yang tidak sampai seminggu kami simpan. 

Ah! Aku memang tak pandai simpan rahsia! Hatiku sudah mula tidak tenang. 

Sedang bola mata aku meliar-liar memerhati kawasan sekeliling sambil berfikirn sudah menerawang entah ke mana, bola mata aku bertembung dengan bola mata Eshal.

Ya Allah. Cantik rupanya bola mata dia ni. Macam warna coklat hazel gitu. Tapi tulah. Perangai eloknya ke laut. Tak faham aku. Pantas aku melarikan pandangan. 

Sempat Eshal menghadiahkan sebuah senyuman sinis kepada aku. Aku benar-benar terasa disindir dengan senyuman itu.

'Ya Allah... Tabahkanlah hati ini mengharungi ujian-Mu ini...'

.

.

.

BAYU tenang menghembus. Bunyi burung merdu berkicauan memainkan irama merdu. Sungguh santai aku duduk di atas buaian kayu yang dibuat sendiri oleh arwah atok ketika arwah masih hidup. Buaian kayu itu digantung pada dahan pokok yang besar dan kuat. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now