BAB 50 : Mintak Izin

167 27 0
                                    

"AKU terima nikahnya Tengku Asya Rizqa binti Tengku Zariq dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai."

"Sah."

"Alhamdulillah..."

.

.

.

PADA tarikh 4 haribulan 4, aku sudah bergelar isteri. Sungguh ia adalah sebuah tarikh yang cantik dan mudah diingat. Di saat umur masih baru hendak melihat dunia luar, aku sudah terjerumus di dalam alam rumah tangga. Sekitar beberapa jam yang lalu, hanya dalam sekali lafaz, Eshal sudah sah menjadi SUAMI aku. 

Seriously?

Sampai sekarang tak dapat hadam apa yang sedang terjadi. Aku dah jadi isteri orang weih! Seriuslah? Tak pernah terbayang di fikiran aku akan berkahwin tanpa hantaran, tanpa majlis besar-besaran dan tanpa gaun kahwin yang indah bagai Cinderella! 

Actually, bukan itu yang aku inginkan. Aku cuma ingin, tok ma ada di sini walau sekejap. Masih aku teringat tok ma pernah kata dengan aku.

"Asya, tok ma nak sangat tengok Asya kahwin. Agaknya, sempat tak tok ma tengok Asya kahwin?"

Aku memandang cermin besar di bilikku dengan senyum tawar. Tok ma tak sempat.. 

Aku lihat baju kebaya berwarna putih yang tersarung elok di tubuh rampingku. Baju kebaya itu adalah baju yang djahit sendiri oleh tok ma. Cita-citanya hendak melihat aku memakai baju kebaya itu saat aku berkahwin nanti. Walaupun cita-citanya sudah terkubur bersama jasadnya, aku akan berusaha kirim pahala pada tok ma. Insya-Allah..

Tiba-tiba hatiku terdetik. 'Ya Allah. Rindunya aku pada tok ma. Dah lama aku tak lawat kubur tok ma. Mesti tok ma rindukan cucu dia ni. Aku nak pergilah lawat kubur tok ma.' 

Lekas aku segera melangkah ke dalam bilik air hendak mengganti baju. Meski tidak mampu menatap wajah si kesayangan tok ma yang sudah terkambus dek tanah, dapat tengok pusara kuburnya pun cukup melunaskan rasa rindu sarat di dada.

Aku mengenakan baju kurung berwarna kelabu dengan tudung bawal berwarna putih. Dulu, tok ma suka sangat tengok aku pakai tudung bawal. Tok ma suka belanja aku tudung bawal bila kami berbelanja di butik tudung. Memang dia tak boleh nampak aku sebab dia dah tiada, tapi aku harap, aku dapat rasa lagi kegembiraan yang pernah dia rasai saat aku memakai tudung bawal ini.

Pantas aku mencapai beg tangan dan kunci keretaku berjalan laju menuju ke arah pintu bilikku. Baru sahaja aku hendak memulas pintu bilik, ia terlebih dahulu dibuka dari luar. Wajah tampan 

Eshal terjengul di muka pintu membuatkan aku terbulat biji mata. Baju melayu berwarna putih suci yang dipakai di tubuhnya sungguh menyerlahkan lagi ketampanan wajahnya. Aha! Baru aku ingat yang aku dah jadi isteri orang! Bukan single lagi!

"Kau nak pergi mana ni?" Soal Eshal sebaik sahaja melihat aku berpakaian baju kurung dengan tudung di kepala. Nak pergi mana pulak perempuan ni? 

Aku kelu seketika. "Err..aku nak pergi somewhere. Kenapa?" Jawabku sedikit janggal.

Eshal mengerutkan kening tebalnya. Somewhere? "Pergi mana?" Tanya Eshal melangkah masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu rapat.

Aku meneguk air liur serta-merta. Kakiku spontan mengundur ke belakang beberapa langkah kala tubuh tegap Eshal semakin mendekat. Renungan mata Eshal terasa tajam menembus pandangan mataku. Asal rasa lain macam dia pandang aku kali ni? 

"Ermm...somewhere? Kau tak payah tahu pun." Balasku cuba menyembunyikan rasa gugup yang sedang menyelubungi hatiku. Pertama kali aku sebilik dengan seorang lelaki selain Asy. Apa aku nak buat?

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now