BAB 107 : Imbas Kembali

113 18 2
                                    

SEKEJAP Eshal menjongketkan keningnya tinggi tanda kehairanan melihat tingkah laku pelik si adik ipar. Tatapan mata Asy kelihatan ingin menggali wajahnya dalam-dalam sehingga tembus sahaja rasanya. Habis hilang mood nya untuk melayari Instagram.

Tiba-tiba, diusap perutnya yang kosong tidak terisi sejak pagi tadi. Pada rehat tengahari tadipun dia tidak sempat menjamah apa-apa kerana terlalu asyik terlena di dalam kelas. Apalah nasib badan dapat kawan yang langsung tak nak kejutkan? Asyik nak pedajal orang saja kerjanya!

'Urghh...laparlah pulak. Mana tidaknya, sejak pagi tadi aku tak makan apapun. Malam semalam pun cuma sempat makan sosej yang aku beli dekat kantin hospital. Aih..patutlah perut aku ni sakit semacam..' Aduk Eshal perlahan sambil menahan sakit yang membelenggu perutnya. Baru kini kian terasa pedihnya. Saat berlari gaya atlet balapan tadi, tidak pula terasanya!

'Kalaulah Asya tahu aku tak makan sarapan, agak-agaknya dia marah tak?' Desis Eshal tersenyum nipis lalu menyandarkan tubuhnya di atas sofa. Memori sebelum Asya kemalangan kembali bermain di layar fikirannya. Sungguh, ia adalah memori yang sungguh manis!


Imbas kembali...

"Woi, Asya! Kau buat apa lagi tu dekat dapur? Kita dah lambat ni! Jangan salahkan aku kalau aku tak remind!" Dari luar rumah, Eshal terpekik lagak anjing gila memperingati isterinya yang masih di dalam rumah. Tangan lelaki itu ligat menyarung stokin pada kaki, air liur tidak pernah kering mengomel akan isterinya.

"Ya Allah, bisingnya kau ni! Yang kau melalak macam aku ni pekak dah kenapa? Bingit betul lah! Nasib baiklah aku tak ada jiran. Alamatnya setiap harilah peronda polis datang nak saman kau, tahu tak!" Balas Asya dengan wajah berkerut, tergeleng-geleng kepala tanda tidak suka dengan perangai Eshal yang terlebih selamba.

Beg sekolahnya pantas digalas sebelum dia melirik ke arah cermin buat kali terakhir bagi membetulkan tudung sekolahnya biar awning sentiasa tegak mencanak. Aku menilik wajahku beberapa kali di cermin memastikan tiada noda yang mengotori paras indahku. Heheheh, perasan sekali-sekala, tak salah kan?

Sedangkan Eshal sudah malas menunggu di luar kereta sudah bersiap sedia memanaskan enjin di dalam kereta. Dia tersenyum manis saat memerhatikan gelagat Asya yang tergopoh-gapah menyarung kasut di kakinya. 

'Comelnya dia.. Kenapalah isteri aku ni comel sangat?' Bisik Eshal kegirangan dalam hati. Bengkak hitam di bawah matanya akibat berjaga semalaman tadi tidak dihiraukan lagi. Diperhati lama langkah Asya yang semakin menghampiri.

"Pandang apa tu?" Soal aku sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta. Dari tadi aku perasan tatapan mata Eshal dari dalam kereta seakan-akan sedang fokus menatap sesuatu.

Eshal senyum sumbing. Kepalanya menggeleng menindakkan. "Tak pandang apa-apalah. Jadi, jom. Kita gerak." Balas Eshal tenang menyembunyikan senyuman manisnya.

Aku mengerutkan kening kehairanan. 'Biar betul mamat ni?'

"Eshal, bukak mulut." Arahku tiba-tiba sebaik sahaja kereta yang dipandu dia keluar dari sebuah persimpangan jalan.

Eshal yang bingung dengan arahan yang diberikan hanya mampu menurut. Belum sempat hujung matanya melirik ke arah Asya, sekeping roti putih dan gebu tanpa perisa masuk ke dalam mulut Eshal. Eshal terpegun. Hampir-hampir sahaja dia tersedak dan menekan break di tengah jalan.

"Asya, kau--"

"Dah, diam. Aku tahu kau nak cakap apa. Kau tak suka makan sarapan kan?" Balasku sudah dapat mengagak dialognya selepas itu. Aku dengan selamba menggigit baki roti Gardenia yang sudah aku potong dua untuk dikongsi bersama Eshal tadi. Kebetulan, roti gardenia di rumah memang tengah tinggal sekeping, nampaknya memang terpaksa berkongsi.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now