BAB 55 : Misteri Asyad

148 22 6
                                    

WALAU sebenarnya Asyad tidak selesa kala wajahnya menjadi tatapan Zayyad, Haff dan Aqlan buat beberapa minit dari tadi. Ingin menghalang tetapi dia tidak tahu mahu berkata apa. Lagipula dia adalah seorang murid baru. Tidak mahu dikatakan sombong bila menolak mata-mata orang agar berhenti memandangnya.

"Weih, Eshal. Kau yang paling rapat Asya kan?" Sapa Aqlan menepuk bahu Eshal menarik perhatian lelaki itu. Eshal tidak mengangguk dan tidak tidak menggeleng. Lirikan matanya yang dingin bersabung dengan pandangan mata Asyad.

"Muka Asyad ni macam fotostet je tau dari muka Asya. Macam, Asya versi lelaki kan?" Tambah Haff pula dibalas anggukan bertalu-talu dari Aqlan dan Zayyad.

"Kau rapat dengan Asya?" Buat pertama kali, Asyad membuka mulut memandang Eshal. Dia tertarik dengan lelaki itu. Mana tidaknya, sejak dia masuk kelas tadi, aura lelaki itulah yang menerpa dirinya. Seakan-akan langsung tidak mengalukan dirinya di dalam kelas itu. Walhal, itu adalah kali pertama mereka bersua. Tetapi Eshal kelihatan tidak berpuas hati dengan kehadirannya.

'Apa lelaki ni nak? Dahlah muka dia sebijik macam Asya. Tapi setahu, Asya tak ada kembar ataupun abang. Dia sulung. Mana datangnya lelaki ni?' Gumam Eshal di dalam hati kecilnya. Ragu-ragu dengan riak wajah Asyad di hadapannya.

"Kenapa?" Soal Eshal tidak membalas pertanyaan Asyad. Tajam lirikan matanya berbaur keraguan memerhati segala tingkah laku Asyad.

"Jadi, kau mesti tahu semua tentang dia kan?" 

Eshal diam. "Kenapa kau tanya macam kau kenal sangat dia?"

Asyad senyum sinis. "Kau tak jawab lagi soalan aku, Eshal."

Eshal mengalihkan pandangannya. Sebal hati melihat wajah acah kacak Asyad. Tapi memang kacak pun. Kalaulah dia perempuan, agak-agaknya dia mesti cair setiap kali lelaki ni senyum. "Aku mungkin tak tahu semua pasal Asya. Tapi aku tahu banyak tentang dia." Jawab Eshal tenang.

Asyad memaparkan senyuman sinisnya. Segaris senyumannya itu cukup untuk buat Eshal rasa nak layangkan penumbuk ke wajah tampan itu. Apa dia tengah ejek aku ke apa?

"Heh, cakap jelah kau langsung tak tahu apa-apa pasal dia." Balas Asyad dengan wajahnya yang sinis.

Serta-merta darah Eshal berderau. "Kau dah kenapa ha? Cara kau bercakap macam kau kenal Asya. Tapi aku tahu, Asya tak kenal kau pun. Apa kau cuba sampaikan sebenarnya?" Tegang suara Eshal kedengaran. Jejaka itu masih cuba mengumpul sabar di dada. Tidak mahu melenting di situ juga.

"Sabar Eshal. Kau jangan buat perangai dekat sini." Bisik Haff menenangkan kawannya itu.

Eshal diam. Matanya kekal berlawan dengan mata milik Asyad. 'Perghh! Bola mata dia pun sama warna macam Asya. Tak mungkin kebetulan kan?'

.

.

.

AKU keluar seorang diri dari dalam kelas memandangkan aku menyuruh kawan-kawan aku pergi ke kantin dulu. Dompet aku ni boleh pulak tiba-tiba hilang tidak ditemui. Sengaja buat kepala aku berang meletus. Dahlah dengan perangai dingin Eshal bila aku tegur dia tadi. Tak pernah-pernah dia diam bila aku tegur. Biasanya, ada je benda dia nak usik. Tetapi kali ini, dia diam saja.

Kakiku mengorak langkah menuju ke arah kantin tidak mahu mereka menungguku lama. Lagipun, aku nak bagitahu mereka pasal aku dengan Eshal hari ini jugak. Aku tak nak mereka tahu daripada mulut orang lain atau sesiapa sahaja selain aku. Aku tidak mahu hati mereka terguris lagi.

Asy pula sejak dah bergelar adik ipar ni, ikut je dengan abang ipar dia tu. Rehat pun dah tak peduli aku lagi. Geramnya!

"Sorang je ke?" Sapa satu suara membuatkan aku terpegun.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ