BAB 42 : Kenapa Dia...?

148 25 0
                                    

SEMAKIN galak Asy mengetuk muka pintu bilik kakaknya apabila ketukan tidak dihiraukan. Malah, tiada sahutan yang membalas panggilannya membuatnya berang. Pantas diketuk muka pintu kayu bilik kakaknya kuat seperti mahu menghancurkan pintu saja.

"Apalah yang kau buat dekat dalam lama-lama tu kak? Kalau bukan sebab mama panggil suruh kau layan tetamu, tak adanya aku nak buang masa aku ketuk pintu bilik kau macam ni tahu tak?"

"Ishh! Apahal kau ni? Buang tabiat apa? Aku nak siap pun tak senanglah.." Rungutku membuka pintu yang sedari tadi aku kunci dek kerana aku mahu bersiap di malam majlis tahlil itu. Aku lihat Asy memakai baju melayu berwarna biru muda dan bersongkok hitam. Buat aku terpegun seketika. 

Asy pula kelihatan tiba-tiba terdiam. Aik? Tadi bukan main becok mulut mengomel.

Sebaik sahaja kakak dia keluar dari bilik, mata dia macam nak terkeluar dari loket mata. Terpegun melihat Asya mengenakan baju kurung merah jambu cair berserta dengan tudung shawl berwarna putih suci. Tampak seperti bidadari yang turun dari kayangan!

"Eh? Ini kakak aku ke?" Bisik Asy sendirian. 

Terteguk air liur sekejap. Kakaknya jarang sangat pakai baju kurung. Patutlah dulu awah tok ma suka sangat buatkan baju kurung untuk Asya. Katanya, Asya nampak lebih ayu pakai baju kurung berbanding dengan baju hoodie yang selalu gadis itu sarung di badan.

Lantas aku tersedar. Macam tak percaya pulak yang lelaki depan mata aku ni Asy. Beza sangat! Nampak macam lelaki Melayu terakhir pun ada! Tetapi dengan muka dia yang macam budak-budak famous dekat TikTok tu, buatkan dia kurang sikit nampak macam lelaki Melayu terakhir. Hehehe..

"Woi! Kau ni dah kenapa?" Sergahku apabila Asy tidak berkutik walau seinci dari depan pintuku. Kaku bagai patung tidak bernyawa. Mata terbutang menatapku dari atas ke bawah. Apa tak pernah tengok orang pakai baju kurung ke apa? Aku korek biji mata tu kang baru tahu!

"Upss..sorry. Aku just terpegun. Kau nampak cantik malam ni kak." Jelas Asy dengan wajah tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Aku membuat muka menyampah. Baru sedar ke aku cantik? 

"Ha..alang-alang dah cantik macam ni. Jomlah ambil gambar. Bolehlah aku uploud dekat IG. Peace!" Tanpa tanda, Asy terus mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket baju Melayunya lalu membuka aplikasi Photo. Selamba badak dia menyelitkan wajahku di dalam gambarnya.

"Ishh kau ni Asy! Takkanlah nak ambil gambar depan pintu? Carilah view yang cantik sikit. Apalah kau ni.." Aku menolak telefon pintar Asy jauh dariku sebelum lelaki itu mengetik gambar. Apalah ambil gambar depan pintu?

Asy tergaru-garu kepala menyedari kesilapan diri. Dia diam beberapa saat. Dekat mana eh pemandangan cantik? Ha! Tanpa isyarat, Asy memaut lengan Asya memasuki kembali bilik kakaknya lalu menuju ke arah balkoni. Dia membuka pintu gelangsar di bilik Asya kemudian bersandar di pagar balkoni. 

"Dekat sinilah tempat paling sesuai bergambar! Cepatlah sini kak. Ambil gambar." Ajak Asy sudah mengeluarkan kembali telefon pintarnya. 

Terbeliak biji mataku melihat tingkah laku selamba Asy. Sepantas kilat laju tanganku menyekeh kepalanya. Geram! 

"Woi! Sakitlah! Kau ni apasal?" Marah Asy membetulkan kembali songkoknya yang hampir terjatuh. Kepalanya terasa agak perit disekeh Asya tadi. Tahan sahajalah bengkak di hati.

"Suka-suka hati je masuk bilik orang. Kau jangan buat perangai macam ni lagi eh. Main masuk je dalam bilik anak dara orang. Malu dah hilang ke?" 

Bibir Asy memuncung panjang. "Alah..masuk bilik kakak aku sendiri kot? Bisinglah akak ni. Cepatlah sini!" Asy terus menarik lenganku mengampirinya. Aku terpaksa turutkan sahaja. Dah lama reda dapat adik Instafamous macam dia ni. 

Semua benda nak kena share dekat media. Tapi sebelum ni dia tak suka uploud gambar aku dalam IG dia. Katanya, nanti ramai buaya text bukan-bukan. Aku ikutkan jelah. Aku pun bukannya sosial sangat orangnya.

Dah dua minggu aku tak bukak IG aku disebabkan terlalu sibuk menyiapkan kerja sekolah yang bertimbun. Bukannya macam Asy yang wajib kemas kini IG setiap jam. Instafamouslah katakan...

Tubuhku berdiri di belakangnya. Aku mengukir senyuman manis bergula. Siapa tengok, mesti kena kencing manis! Ceh, masuk lift, tekan butang sendiri betul!

Setelah beberapa keping gambar diambil, Asy menyuruh aku untuk berposing sendirian. Aku naik hairan namun diikutkan sahaja kata-kata Asy. Pemandangan dekat balkoni aku memang cantik seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini. Nampak keseluruhan bandar Kuala Lumpur berserta dengan bangunan tinggi yang gah berdiri tegak.

"Kak, buatlah gaya sikit. Ala-ala macam model." Arah Asy sambil sibuk mencari sudut yang sesuai untuk mengetik gambar Asya. Dia perlukan pastikan gambar yang diambilnya tiada cacat cela. Lagipun, dia mahu memasukkan gambar itu di dalam IG nya. 

Itulah kali pertama dia memasukkan gambar Asya, kakaknya di dalam IG selama dia membuka akaun aplikasi itu. Selama ini, dia tidak selesa menjadikan wajah cantik kakaknya menjadi santapan para jejaka di media sosial. Namun, kali ini dia rasa berbeza pula. Wajah cantik Asya harus digunakan sebaiknya untuk meraih ratusan like di IG nya.

Aku mengerutkan dahiku kurang mengerti dengan arahan Asy. Akhirnya, aku cuma reti beraksi kaku di hadapan kamera seperti senyum, kemudian tunjuk jari peace dan mini love. Manalah aku reti berposing depan kamera. Aku bukannya artis atau Instafamous.

Asy tersengih-sengih setelah berjaya mengetik beberapa gambar Asya. Waktu itu juga, terus dia memuat naik gambarnya tadi dengan Asya dan gambar Asya seorang diri tadi.

Aku menggeleng kepala kecil. Lantak kau lah Asy.. Tiba-tiba bola mataku memerhatikan ke arah jam di dinding bilikku. Aku ternganga. "Ah! Dah pukul 8! Asy! Cepat! Kita kena tolong mama!" Tiada lembut lagi, aku terus kasar menarik lengan Asy keluar dari dalam bilikku.

"Hei! Jangan tarik baju aku! Aku dah penat-penat iron tadi!" Malas hendak menghiraukan Asy, lantas tubuhnya aku heret sehingga ke luar rumah. Masih belum ramai jiran atau kawan-kawan bisnes papa sampai. Cuma sedara-mara sahaja yang aku nampak kini. Tangan Asy aku lepaskan kasar. Membiarkan lelaki itu menjeling aku tajam.

Mataku liar memerhati sepupu-sepupu dan mak cik serta pak cik sedara yang datang. 'Ah..mak long pun ada? Ishh..kenapalah dia tak duduk je dekat Eropah tu? Biar mereput dekat sana? Dia tak tahu ke ni majlis doa selamat? Yang pakai macam nak pergi hotel 5 star tu dah kenapa?' Sebal hatiku melihat figura yang aku kenali sebagai mak long iaitu Tengku Zariqah, kakak sulung papa. 

Wanita berusia separuh abad itu memang pedas mulutnya. Tidak pernah nak jaga hati orang. Mentang-mentanglah dia kaya, duit berkepuk-kepuk, dia ingat dia boleh sesuka hati hina orang? Cakap pun mana pernah pandang kanan kiri. Main lepas je. Kenapalah papa ajak mak long ke sini? Buat rosakkan majlis doa selamat untuk tok ma je.

Aku memeluk tubuh dengan wajah berkerut. Pantas melarikan pandangan dari memerhati figura yang membuatkan hatiku sebal. Tiba-tiba mata aku dan dia bertembung. Dia? Kenapa dia ada di sini?

Bersambung.

Gagal itu biasa. Terus berusaha itu yang luar biasa.

-AisyNana-

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now