BAB 2 : Pindah Sekolah

383 37 11
                                    

SELEPAS habis sahaja mengemas baju-baju aku ke dalam almari, aku merebahkan tubuh aku di atas katil. Sambil itu, mata aku meliar meneliti setiap sudut di dalam bilik baru yang aku diami. Sebelum ini, tok ma pasti akan mengunci bilik ini. Apa sebabnya aku tak tahu. Dan apabila aku masuk di dalam bilik ini buat pertama kali, aroma tubuh tok ma tiba-tiba menerjah lubang hidung.

Barulah aku tahu yang itu adalah bilik tok ma menghabiskan masa lapang seperti membaca Al-Quran dan membaca surat khabar. Betapa gembiranya aku dapat menempati bilik ini. Aroma tubuh tok ma yang kuat menjadi terapi rindu diri.

"Akak. Kau dah siap kemas ke?"

Aku lihat Asy yang selamba duduk di atas katil aku. Aku terus bangun lalu memulas perlahan telinga lelaki itu. "Berapa kali aku nak pesan dekat kau kalau nak masuk bilik aku tu ketuk pintu? Ini tak. Bagi salam pun tak ada. Main terjah je."

Asy tersengih sumbing. Dia mengaduh perlahan sambil mengusap telinganya yang kelihatan merah. 

"Tak adalah kak. Aku tengok kau dari tadi termenung. Tak naklah kacau kau termenung. Aduh..sakitnya kau pulas telinga aku kak. Kalau telinga aku tercabut, kau orang pertama yang aku salahkan sebab rosakkan wajah aku yang tampan ni."

Wajah aku memaparkan riak jengkel. "Tampanlah sangat. Tak guna hensem tapi akhlak tak ada." Bidas aku sambil ketawa kecil. 

Memang benar. Asy memang mempunyai wajah yang tampan dan indah. Tidak hairanlah aku sentiasa menjadi posmen tidak berbayar di sekolah dahulu untuk sampaikan surat pada dia daripada para peminat dia yang bertimbun.

Lelaki itu hanya senyum kerang busuk. "Kak. Kau dah sedia belum nak masuk sekolah baru esok?" Tanya Asy sambil selamba merebahkan badan di atas katil aku.

"Erm..Sedia tak sedia, aku kena pergi jugak esok." Balas aku selamba.

"Aku tak sabar. Orang kata semua pelajar perempuan dekat sana semuanya cantik-cantik. Yalah. Semua pelajar dekat sekolah tu kan anak orang kaya-kaya. Mesti aku jadi famous kan dekat sana?"

Bulat mata aku mendengar kata-kata Asy. Serta-merta kepala lelaki itu menjadi mangsa sekehan aku. "Ambik tu. Orang pergi sekolah nak belajar. Dia pulak nak tayang muka perasan hensem tu. Kalau aku dapat tahu kau buat hal, tunggu kau nanti. Tahulah aku nak ajar kau macam mana."

Asy telan air liur. Teringatkan balasan Asya ketika kali pertama dia buat hal di sekolah lama. Berbulan-bulan dia kena menghadap buku di rumah. 

Dilarang keras untuk keluar bermain pada waktu petang dan bermain gajet tidak kira pada waktu bila. Telefon pintarnya dirampas selama sebulan. Memang derita!

"Muka aku memang hensem lah." Balas Asy dengan wajah mencebik. 

Sedari dulu Asya tidak pernah mengakui yang dia mempunyai wajah tampan. Bila ditanya, pasti dia akan diejek perasan. Kadangkala, terasa hati juga dengan perangai kakaknya yang endah tidak endah. Tetapi Asy tahu yang kakaknya itu keras di luar namun di dalamnya lembut.

Aku buat tidak dengar kata-katanya. Aku duduk bersila di atas katil di sisinya yang terbaring. "Asy, dekat sekolah nanti, aku tak nak orang tahu kau adik aku boleh?"

Asy pandang aku laju. "Apasal pulak? Kau tak rasa beruntung ke ada adik ganteng macam ni?" Bicara Asy dengan senyuman nakalnya.

Tangan aku laju mencubit lengannya. Dia mengaduh kuat. "Aduh! Rilekslah. Orang gurau je."

"Aku tak nak jadi posmen tak berbayar lagi. Cukuplah aku setiap kali pergi mana-mana mesti kena serbu dengan fans kau. Penat tau. Ah, tak ada. Tak ada. Aku tak nak orang dekat sekolah tu tahu yang kau adik aku. Dah serik." Luah aku sebal. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora