BAB 35 : Kawan Lama

186 26 1
                                    

TENANG aku duduk di tepi gelanggang bola keranjang sambil memerhatikan Eshal, Haff, Aqlan dan Zayyad yang tekun meregangkan otot badan masing-masing. Aku cuma bertugas seperti tunggul kayu di situ. 

Sesekali aku memerhatikan orang-orang di sekelilingku yang memandangku dengan tatapan pelik. Mungkin disebabkan insiden bersama Dato' Sri Hafiey semalam mungkin? Ah! Aku malas nak fikir lagi.

"BABY!"

Aku tercengang mendengar satu panggilan nama yang sudah lama tidak menjamah telingaku. Pantas aku berpaling kepala melihat seorang lelaki laju berlari dengan tangan didepakan meluru ke arahku. 

Spontan aku terus berdiri di belakang tubuh tegap Eshal. Terus terhenti langkah kaki lelaki itu serta-merta.

"Nǐ réngrán méiyǒu gǎibiàn, Nadhif! Nǐ xiǎng shénme shíhòu gǎibiàn? (Kau masih tak berubah , Nadhif! Bila kau nak berubah?)" Marahku di dalam Bahasa China ke arah lelaki yang mempunyai campuran Cina itu.

Lelaki yang berwajah tampan itu mencebikkan wajahnya seakan-akan budak kecil. "Wǒ xiǎngniàn nǐ, bǎobèi. Nǐ bùxiǎng wǒ ma? (Aku rindu kau lah baby. Kau tak rindu aku ke?)"  Katanya dengan nada sayu siap menundukkan kepalanya menghadap lantai.

Aku menepuk dahi. Seketika aku memandang Eshal, Haff, Aqlan dan Zayyad yang turut memandangku dengan tatapan penuh tanda tanya. Aku hanya mampu menelan air liur. Entah mengapa aku dapat rasakan lirikan mata Eshal begitu lain daripada lain pada hari ini? Seperti nak baham aku saja.

"Memang tak lah! Silalah bermimpi di siang hari!" Balasku seraya memeluk tubuh.

Nadhif tersengih kambing. Dia tiba-tiba sahaja meletakkan kedua kari telunjuk dan ibu jarinya di mulut serentak lalu membunyikan bunyi wisel. "Phiweett!"

Mata aku terbutang. Alamak! Dia dah menyeru dah! 

Belum sempat aku menghalang, kelibat tiga jejaka tampan bergaya terus menghampiri Nadhif. Mata mereka bertiga terus terbutang melihat aku ada di situ. Bola keranjang yang ada di tangan terus jatuh ke lantai. Bagai tidak percaya kewujudan aku di situ.

"Baby?" Kata salah seorang dari tiga lelaki itu.

Aku menepuk dahi. Mata Eshal sudah tampak lain menatapku. "How many times have I told you, don't call me baby! It's disgusting!" Kataku sambil mengerutkan kening.

"Ahh! Baby! Kau tak rindu kitorang ke baby?" Tanya salah seorang lelaki lantas mendepakan kedua belah tangannya hendak memeluk tubuhku. Belum sempat aku mengelak, tangan Eshal terlebih dahulu menghalang lelaki itu dari mendekatiku.

"Jangan dekat dengan dia." Kata Eshal serius.

Lelaki itu berundur setapak ke belakang dengan wajah mencebik.

"Baby..We miss you.." Kata mereka berempat serentak.

Aku menggeleng kepala bagai tidak percaya. Sudah lebih dua bulan aku meninggalkan sekolah itu, perangai mereka masih sama macam dulu kan? "Nadhif, Leeq, Ofwa, Musta! Jangan main-main boleh!" Marahku sambil mencekak pinggang gaya mak-mak.

"Alamak..tengok muka dia tu. Still baby faces. Geramnya aku tengok!" Kata Leeq masih dalam nada bergurau. Sememangnya itu adalah punca mereka menggelar Asya 'baby' kerana wajah Asya yang dari dulu sehinga sekarang tetap sama. Sentiasa comel dan baby faces!

"Leeq! Serious please!" Aku menguatkan suaraku berkata tegas.

Mereka berempat ketawa seretak. "Baby...kau makin garanglah..Takut kita." Kata Ofwa pula dengan nada nakalnya.

Aku memicit dahiku yang mulai terasa pening berhadapan dengan empat ekor monyet ini. Mereka berempat ini adalah kawan rapat Asy ketika di sekolah lama dulu. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Donde viven las historias. Descúbrelo ahora