BAB 17 : Minah Sotong

211 27 2
                                    

KELOPAK mataku terasa begitu berat dan kuyu. Aku sudah tak hiraukan lagi suasana riuh-rendah di dalam kelas 5 Canggih dek kerana tak ada guru yang mengawasi. Aku pun tak fahamlah pasa cikgu dekat sekolah ni. Selalu tak masuk kelas tapi sekali bila masuk dalam kelas...nak dekat 3 jam mengajar. Sengaja nak buat otak aku meletup ke apa?

Aku tengok pelajar-pelajar dalam kelas ni pun macam dah biasa je cikgu tak masuk kelas. Sekilas bola mataku mengerling ke arah tempat duduk Asy yang kosong. Nak tahu kenapa kosong? Ha..Asy baru dapat tawaran berlakon dalam teater drama sekolah yang bakal dipersembahkan sebulan lagi.

Malas aku nak komen apa-apa sebab aku tahu berlakon memang minat Asy dari dulu lagi. Biarlah dia seronok menceburi bidang yang dia sukai. Cukuplah mama dan papa halang dia dari menerima tawaran lakonan yang ditawarkan di industri hiburan. Aku tahu Asy terpaksa menolak tawaran-tawaran yang dia dapatkan.

Tak sabar rasanya aku nak tengok lakonan Asy sebulan lagi. Aku menoleh pula ke sebelah kiri. Kelihatan Mikhayla, Nuri, Nisa dan Shasha begitu rancak berborak. Aku malas mahu ikut campur perbualan mereka dek terlalu ngantuk ketika itu. 

Jangan tanya aku kenapa aku mengantuk sangat sekarang ni. Apa lagi benda yang aku boleh dijadikan sebab melainkan terlalu tekun menyulam corak kain sehingga aku terlupa jam sudah lewat? Aku pun tak tahulah kenapa aku sanggup bersengkang mata demi hendak menyiapkan kain yang bakal dijadikan hadiah buat Eshal tanda terima kasih.

Kalau cakap pasal mamat gangster tu, dia masih sama macam dulu. Walaupun dah masuk 2 bulan aku bersekolah di sini, dia masih lagi suka cari pasal dengan aku. Suka sangat naikkan darah aku sampai menggelegak dengan gurauan kasar dia tu. Tetapi hati aku tak adalah bengkak hati sangat sebab dia pandai ambil hati aku. 

Sekasar mana pun dia bergurau, dia mesti akan selitkan pujian bila kutuk aku. Reda sikit bahang di tubuhku. Dia masih lagi tegar menyuruh aku menemani dia setiap kali dia mempunyai latihan bole keranjang. Kulit aku daripada cerah serupa minah Korea, dah jadi gelap sikit. Nasib baiklah aku pandai jaga kulit supaya mengembalikan warna kulit cerah aku semula.

Kain yang aku sulam itu pun hampir siap coraknya. Sesekali aku tersengih seorang diri memuji diri sendiri teringat betapa indahnya ukiran corak yang aku sulam. Aku menyulam huruf E dengan benang pelbagai warna mencantikkan lagi kain tidak bercorak itu. Tambahan pula dengan beberapa kuntum bunga pelbagai corak menjadi corak hiasan di huruf E itu. E untuk Eshal.

Aku senyum lagi. Aku akan pastikan dia berterima kasih pada aku kali ni. Sepanjang tempoh berkenalan kami, tidak pernah walau sekali aku mendengar dia mengungkap ungkapan 'maaf' dan 'terima kasih'. Beberapa kali jugak aku mengutuk dia depan-depan sebab tak reti ucap terima kasih bila aku tolong dia buat sesuatu. Sombong tak bertempat!

Semakin lama aku menahan rasa ngantuk, semakin kuat rasa mengantuk itu menyerbu dada. Kelopak mataku juga semakin berat dan akhirnya aku terlelap. Aku terlelap di atas meja berbantal lengan. Yalah, aku ni dalam kelas. Bukannya dalam bilik tidur. Kalau tak, dah lama aku tidur atas bantal. Buat apa nak sakitkan lengan untuk dijadikan bantal?

Tidak sampai seminit aku melelapkan mata, meja yang menjadi tempat kepala aku diletakkan ditolak secara tiba-tiba. Terkejut aku bukan kepalang lagi. Dari mata yang kuyu terus menjadi segar-bugar. Nafas aku turun dan naik akibat terkejut sangat. Siapa tak terkejut bila hampir terlelap, kemudian kena renjatan elektrik?

"Woi Rissa! Kau dah kena tolak meja Asya?" Bukan aku je terkejut, meja Mikhayla di sebelah aku turut tertolak. Apa lagi, mengaumlah suara Mikhayla macam singa. Aku angkat wajah cepat-cepat dengar nama yang disebutkan Mikhayla tadi.

Wajah perempuan berukiran senyuman sinis di bibir merahnya menjamah bola mataku. Serta-merta darahku menggelegak panas. "Kau pasal ha minah? Aku tak kacau kau pun kan? Yang kau sengaja kacau aku tu apasal?" Kasar aku melontarkan suara dengan nada yang ditahan-tahan. Bengang betullah aku apabila lena aku diganggu. Dah tu, diganggu minah sotong ni pulak! Kacau mood betul lah!

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now